Rezeki tidak pernah salah alamat, begitulah yang boleh diceritakan tentang kisah lelaki ini bila melakukan proses semakan Wang Tidak Dituntut secara dalam talian.Tanpa diduga, ada RM 700++ miliknya yang masih belum dituntut.
Berita kegembiraan ini telah dikongsikan di akaun fbnya dan turut memaparkan step by step yang dilakukannya untuk memberi panduan kepada umum.
Jom fahami langkahnya, dan kemudian bolehlah disemak. Mana tahu, rezeki kita ada juga di sana.
Ini perkongsiannya.
Semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan..
**********************************************
Cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
8. jika ada wang tidak dituntut.. hasil carian akan memaparkan senarai berserta jumlah wang yang tidak dituntut
**********************************************
cuba la.. mudah.. tak perlu pergi ke jabatan akaun negara dah untuk semakan.. tetapi untuk tuntutan bayaran balik.. perlu isi borang.. hantar by pos atau pergi kecawangan akauntan negara yang terdekat..
borang tuntutan bayaran balik boleh didapati disini
Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi bersama pasangan yang perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan.
Akui ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bukanlah satu hal yang mudah namun perlu sabar dalam segala hal selain sokongan kuat dari pasangan.
“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” katanya berkongsi.
Berselisih faham perkara biasa
Bahkan kata Ozlynn lagi, perselisihan faham adalah perkara biasa namun sabar adalah kuncingnya.
“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” luahnya.
Terdahulu Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut ketentuan Ilahi. Siapalah kita untuk mengetahui bila tiba masanya. Bagi suami isteri setelah berumahtangga perlulah telus dari segala hal, bukannya hanya hal hubungan intim sahaja. Hal kewangan seperti nombor akaun, no pin dan pasword telefon dan sebagainya perlu diketahui oleh suami isteri.
Bukan mendoakan perkara yang tidak baik, tetapi perlu siap sedia supaya dapat membantu meringankan beban pasangan yang ditinggalkan. Perkongsian Wan Ammar melalui laman facebooknya begitu manfaat untuk dikongsi. Isteri arwah buntu untuk bertindak apabila tidak mengetahui pin cod telefon dan no pin atm suami. Perkongsian seperti berikut.
Pahit untuk di telan..kisah rumahtangga
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.
Hari ni wife pada exclient saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.
Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil insuran dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil insuran yang dia jumpa.
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil insuran arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah 2. Call socso semak apa yang boleh tuntut 3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.
Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
Saya nak pesan kat korang
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat insuran, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop insuran, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran insuran, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyifatkan dirinya bernafas semula selepas dibebaskan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram pada 2021.
Usai dibebaskan, Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkupiah putih menzahirkan keinginan untuk bertemu ibunya.
“Perkara pertama yang saya nak buat, jumpa mak saya di sepang, dia sakit, itu keutamaan saya,” katanya.
Dalam pada itu, pengalaman dipenjarakan memberikan kesan yang besar kepada dirinya.
“Sepanjang dipenjarakan, saya macam mati namun masih bernafas sebab tiada hubungan luar, namun alhamdulillah… Allah bagi saya bernafas semula, pengalaman itu beri pengajaran yang cukup besar.
“Berbekalkan semangat yang ada, radio ‘Bapakku FM’ akan dibuka semula. Cuma beri sedikit masa, saya akan teruskan kembali sebagai penyampai radio,” katanya.
Dalam pada itu, DJ veteran yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun itu tidak sabar menjalankan tugas sebagai bapa bagi mewalikan anak pernikahan anak perempuannya Oktober ini.
Setelah sekian lama meringkuk di penjara, baharu ini dia dapat merasakan kebebasan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak.
“Insya-ALLAH, saya akan mengadakan majlis doa kesyukuran, saya memohon semua pihak memberi masa sebulan, untuk saya berehat,” kata juruhebah ‘legend’ sejak 1990-an itu.
Ismahalil dibebaskan selepas Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Berikut adalah kronologi kes dihadapinya:
1-Ismahalil didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 September 2021.
2-Pada 21 Februari tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
3-Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
4-Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.
Ismahalil bermula sebagai juruhebah pada tahun 1994 di Radio Muzik diikuti Rediffusion FM dan THR Gegar Pantai Timur.
Sumber : Sinarplus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.