Mempelajari muzik membawa seseorang ke arah kepekaan minda yang unik. Tidak kiralah sama ada mereka menyanyi, mendengar atau bermain instrumen. Seorang guru akan mengarahkan kanak-kanak mendengar melalui kaedah yang berbeza untuk melatih kepekaan. Bermain alat muzik dan menambah gerak dalam latihan akan mendidik anak-anak mengenai pembelajaran berterusan dan membantu kefahaman membaca.
Muzik juga mempunyai peranan pendidikan yang cukup meluas termasuklah cakupannya dalam mengawal fungsi kedua-dua bahagian otak.
Fungsi otak kiri yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa mampu diaplikasikan dengan lebih jitu jika seorang kanak-kanak menguasai kemahiran muzik.
Mengikut kajian yang pernah dibuat, kanak-kanak yang telah mendalami bentuk lagu dan menghafal beberapa lirik lagu dengan mudah menyediakan keseragaman dalam sesuatu maklumat baru yang dibacanya. Dia akan menjadi pembaca yang lebih pantas!
Jika diamati, seorang kanak-kanak yang mempunyai bakat seni boleh berfikir dengan lebih kreatif dan mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah.
Seni itu luas dan seseorang boleh mempamer kreativiti diri dengan lebih terbuka. Kanak-kanak yang diperkenalkan pada jenis-jenis muzik berbeza pada awal usia dapat mendalami budaya luar dengan lebih pantas.
Muzik juga menggalakkan penglibatan ramai orang. Jadi, seorang kanak-kanak yang disuntik dengan kemahiran muzik kebanyakannya memiliki keyakinan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa.
Mereka akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu bermain di pentas orkestra, sudah tentu dia ingin menghasilkan muzik yang menyokong kepaduan bunyi bagi instrumen-instrumen yang lain. Ini satu kepuasan bagi seorang pemuzik.
Satu kajian di University of California mendapati bahawa muzik melatih perkembangan minda dengan lebih cepat.
Pelajar darjah dua di sekolah yang mendapat pendidikan muzik yang baik mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Matematik. Jumlahnya adalah 27 peratus lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat latihan seni yang khusus. Ini membuktikan muzik bertindak sebagai wadah pantas ke arah pendidikan yang lebih berkesan.
Malah, muzik bukanlah sesuatu bebanan. Muzik melahirkan keseronokan dan rasa gembira bagi penggemarnya. Bukan itu sahaja, apa yang mustahak dalam pendidikan awal muzik adalah dapat melahirkan seorang kanak-kanak yang menghormati, sabar, dan tekun dalam menerima pendidikan muzik yang baik. Setiap ibu bapa perlu mengetahui banyak lagi faedah yang diterima oleh seorang yang mempunyai kemahiran dalam muzik.
Siapa yang tidak mahu anak cemerlang. Semua ibu bapa sudah pasti impikan anak-anak mendapat keputusan A. Malah ia akan menjadi kebanggan buat keluarga. Malah, kecemerlangan anak, ibu bapa yang akan mendapat tempias. Tidak dinafikan pelbagai petua dikongsikan agar anak-anak berjaya dan mudah menjawab soalan peperiksaan.
Biarpun peperiksaan UPSR esok merupakan hari akhir. Masih sempat untuk ibu ayah mendoakan buat anak-anak. Malah perkongsian ini tidak lapuk, sebaliknya masih relevan untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan seterusnya seperti PT3, SPM dan peperiksaan lain.
Ikuti perkongsian oleh Puan Ummi Wafa yang sungguh bermanfaat.
Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.
Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.
1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud:
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,
Dan Engkau dpt mjadikn tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.
-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca Al-Qur’an.
Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.
Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.
Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.
4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.
Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.
Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat.
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab.
Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.
Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.
Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.
Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ruang dapur antara tempat yang menaikkan mood seseorang wanita yang sudah berkahwin selain bilik. Nak nak lagi bagi mereka yang suka memasak. Biarpun penat seharian di luar atau sibuk menguruskan rumah tangga, waktu memasak adalah paling menyeronokkan.
Semua penat hilang kalau dapat beraksi di dapur menyediakan hidangan buat keluarga. Justeru, ruang dapur yang kemas dan cantik membuatkan mood memasak itu semakin bertambah.
Bertambah menarik lagi jika dekorasi ruang berkenaan dilakukan oleh orang tersayang. Menerusi laman Deco Rumah Ku Syurga Ku, lelaki bernama Hisham Aaz ini berkongsi idea dalam mengubahsuai dapur di kediamannya dengan hanya menggunakan kayu pallet.
Malah, perbelanjaan untuk dekorasi itu juga lebih kurang RM500. Namun hasilnya cukup mengkagumkan apabila kedudukan ruang di dapur berkenaan tampak kemas dan tersusun!
Sebelum deko
Selepas deko
Assalamualikum..
Sedikit perkongsian dapur kecil kami..
Simple from pallet pine. Bajet deco.. hehe
Isteri baru bersalin jadi saya kerjakan dapur dia hadiah untuk dia.
Disebabkan dia jarang masak pakai dapur gas. Pakai pressure cooker jer ngn airfryer tu jadi saya manfaatkan laa ruang dapur gas dia buat penutup bole gakk letak apa-apa atas tu dari terbiar.
Kot ada yang perlu diperbaiki or ditambah minta tunjuk ajar sifu-sifu otai deco dalam nak curahkn ilmu. haha
Label-label pada bekas tu dah buat. Tapi saya agak malas nak lekatkan. Tunggu wife laa suruh dia lekat. haha
(Nota tambahan)
Atas permintaan untuk saya memberikan sedikit perincian jadi kita update post.. hehe
Ok 1st Bahan asas papan pallet
Pallet saya beli di PAPAN PINE WOOD (Alam impian) Total pallet yang saya pakai dalam 125 pcs – Untuk semua pallet tak pakai kertas pasir untuk gosok sebab beli dah bersih. Boleh tengok gambar dalam kereta saya beli tu. Tu gambar kali kedua saya beli. First tak ambik sebab dah malam.
Untuk tulang kabinet tu saya beli yang lain saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal.
Cat saya beli satu tin besar di CSM handware tapi lebih banyak pulakk. Ingat macam tak cukup..haha
Wallpaper saya beli online di Shoppee Total saya guna dua roll
Barang-barang lain semestinya di Eco Shop lah.. hahaha.
Yang lain barang yang sedia ade di rumah
Untuk buat semua ni pastikan pakai gam kayu juga supaya lebih kukuh selain dari skru dan paku.
Saya ada update gambar yang sebelum kecik-kecik tu tambahan sebab ada yang minta nak tengok. Tapi maaf kalau gambar belum siap tu agak menyakitkan mata bila ditengok..haha..
Untuk cost pulak..
Pallet Sekeping RM2.30 total pallet yang pakai 125 keping 2.30×125 = RM287.5
Untuk tulang kabinet saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal. Saya pakai 40pcs Harga RM1 x 40pcs = RM40
Untuk rak pinggan yang tu rm1.30 sebatang. 10batang x 1.30 total RM13
Cat satu tin RM70.00
Wallpaper Dua roll RM30.40
Barang-barang kedai Eco RM70.00
Total RM 510.9
Lain-lain teh ais ikat tepi nasi goreng kampung lain-lain, paku skru barang tukang lain, sikit-sikit yang tak de letak lah RM550 hehe..
Ibu kepada pelakon senior, Zulkifli Ismail, Hajah Mariam Saad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad, kira-kira jam 4 petang.
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Zulkifli menerusi hantaran terbaharunya di Instagram.
Allahyarhamah pergi menghadap Ilahi pada usianya 80 tahun di Hospital Besar Rompin, Pahang.
“Innalillahiwainnilaihirojiun, mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun,” tulisnya pada kapsyen.
Zulkifli turut memohon doa orang ramai buat ibunda tercinta.
“Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” tambahnya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan salam takziah buat Zulkifli dan keluargae. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ahli syurga yang lain, Al-Fatihah.
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.