Perkongsian daripada seorang suami ini bagus andainya difahami oleh lelaki lain juga.
Ini penting agar mengerti mengapa isteri asyik tegur dan nasihat suaminya.
Tujuannya satu, adalah kerana sayang dan tidak mahu kehilangan suami tercinta.
Kenapa isteri takut kehilangan suaminya…?
Org perempuan, bila dah sayang, maka cukuplah dgn seorang tu saja sampai bila2…
Ads
Klu nak dibandingkan syg org lelaki dgn syg org perempuan ni, org lelaki lebih senang berubah perasaan ataupun sygnya tergugat bila ada dugaan dan cubaan…
Sayang org perempuan terhadap org lelaki ni berserta dgn impian dan harapan…
Ada tujuan dan keinginan yg ingin dicapainya dgn lelaki tersebut…dia sanggup buat apa saja selagi dirinya disayangi oleh lelaki itu…
Ads
Sebab tu la apa saja teguran dan nasihat dia adalah semata-mata utk kebaikan…
Kebaikan lelaki itu dan juga masa depan dirinya…org perempuan takkan tegur pasangannya dgn niat utk merendahkan, menjatuhkan dan menghukum…tapi ianya sebagai ruang dan peluang utk dibuat pembetulan dan penambahbaikan ke arah menjadikan diri lelaki itu lebih baik dr sebelumnya…
Dia juga akan dapat manfaat hasil drpd teguran dan nasihat dia yg membawa perubahan dlm diri lelaki itu…
Ads
Sebab tu kita org lelaki kena fikir, isteri kawal pergerakan kita, jaga pergaulan kita, ambik tahu ke mana kita pergi, bila kita balik, dgn siapa kita keluar, disebabkan dia taknak kehilangan org yg dia sayangi…
Pengaruh gajet terhadap kehidupan hariann kanak-kanak dan remaja begitu membimbangkan. Lebih risau apabila anak-anak mula ketagihan permainan online, sudah tentunya ia memberikan impak tidak baik terhadap kehidupan anak itu termasuk cara pemikiran dan kecerdasan.
Bukan itu, sahaja, ibu-ibu tentunya boleh naik angin bila anak-anak dari pagi hingga ke petang asyik duduk main telefon tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.
Paling menakutkan, ibu bapa tidak tahu apa jenis permainan dan carian yang digunakan semasa menggunakan telefon.
Namun, perkongsian seorang wanita tentang sebuah link cara mengawal kegunaan telefon penggunaan boleh jadi panduan untuk ibu bapa mengawal anak-anak.
Ikuti perkongsian ini.
Assalammualaikum sahabat semua…seperti yg saya janjikan malam ni sy akan tunjukkan cara sy gunakan family link utk control hp ank2…bila dah install ibu2 blh lah kaji n belajar sendiri ye…nk terangkan sy x reti sngt..kalo depan blh ja sy ajarkan…kalo x faham blh tanyaka..nanti sy akan bls satu persatu ye..terima kasih..sy izinkan kalo sahabat suri rumah semua nk share..semoga bermanfaat untuk kita semua.
Ikuti langkah demi langkah ini.
RESPON YANG POSITIF GUNA FAMILIY LINK
Lock supaya anak masuk tidur awal
Automatik telefon off
Boleh block game
Wow! Menarik perkongsian ini. Ibu ayah kena alert dan segera cuba buat link family ni. Barulah anak-anak mudah nak control!
Tidak seperti selebtriti lain yang memilih untuk berkongsi hal perkahwinan secara terang-terangan, namun pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini mengambil pendekatan berbeza.
Nazrief Nazri, 28 semalam sah bergelar suami kepada seorang model hijab dalam satu majlis pernikahan sederhana namun meriah. Nazrief dan pasangannya, Aizatul Aqma Hamdan, 25, selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000.
Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.
Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.
Dalam pada itu, nazrief turut memuat naik sekeping gambar bersama isteri usai majlis pernikahannya menerusi laman instagramnya.
ALHAMDULILLAH Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri.
Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam.
Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey.
Siapa yang tak kenal dengan keluarga pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sertanya anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang sentiasa menarik perhatian peminat.
Muat naik di akaun Tiktok, Hairul Azreen memaparkan gaya pelakon aksi lasak ini sedang menjamah makanan segera.
Dalam video berkenaan cara Hairul mengucapkan rasa syukur telah menarik perhatian peminatnya.
“Sedapnya, Ya Allah. Alhamdulillah. Syukurnya.”
Dalam pada itu, kapsyen menjelaskan bahawa dia sedang menjaga pemakanan untuk aksi lasak dalam filem terbarunya. Lantaran setelah sekian lama terpaksa berdiet makana segera setelah diberi peluang menikmati makanan itu, Hairul meluahkan rasa syukur.
“Tuhan je tahu perasaan lapar sy bila diet, Video ni selepas scene buka baju, Maybe senang kalau diet hanya belakon tp kalau tgh diet kena fight kena berlari MASHAAALAH. Lepas tu dapat minum air manis. Guys The Assistant masih kuat di pawagam jom beli tiket sekarang!”
Para peminat teruja melihat perkongsian video pelakon Filem Paskal, malah ada yang menyamakan cara bersyukur itu menyerupai anak sulungnya, Yusuf Iskandar.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.