Lelaki Ni Kongsi Cara & Tip Buat Umai, Guna Isi Tenggiri Fresh. Sedap Dimakan Begitu Je!

Share

Umai, menu yang berasal dari Sarawak yang disediakan dari bahan utama iaitu isi ikan mentah.  Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili.

Nak cuba rasa bagaimana resipi ini dibuat? Jom cuba resipi Umai yang dikongsikan oleh saudara PapaDanish Bob.

Bila dapat tenggiri fresh.. pakcik buat Umai. Sedap di makan begitu saja. isi ikan fresh .. gaul dgn bawang, cili padi, garam, ajinomoto, perahan limau nipis/kasturi.. halia sikit .. kalau tak cukup masam.. boleh tambah cuka makan.

Gaul dan perap dalam peti.. dalam 30 minit isi ikan dah jadi putih.. boleh makan terus.

Adjust rasa masam , masin dan pedas ikut cita rasa. Kalau nak best.. perap guna perahan air asam kelubi ( asam paya ).

Selamat mencuba!

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

 

 

 

IKLAN