Nak menu simple tapi sedap, apa kata cuba buat Roti Goreng ini. Bukan sahaja menyelerakan malah puas dapat makan. Buat sendiri lagi jimat. Boleh dijadikan menu untuk sarapan pagi mahupun minum petang seisi keluarga.
Kalau beli sebijik Rm3.. jadi abg buat je lah sendiri lebih jimat dan puas makan utk mak dan adik2..
Buat makan pagi dan makan petang boleh je.. sgt sedap..
Okay sbb kan ramai sgt nk resepi abg sertakan sekali..
Ads
Cara membuat:
Mula2 buat isi dalam dia dulu. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di potong dadu. Dah kekuningan masukkan daging Berger Ramli tu..
Tumis sampai masak daging tu. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan bancuhan tu ke dalam kuali tadi. Perasakan ( seeloknya bg masin sikit biar sedap sbb roti tu tawar)
Nak tambah kentang potong dadu pun boleh, tambah daun kali pun boleh supaya wangi kari tu. Dah masak ketepikan ye..
Ads
Belah tepi roti dan masukkan inti td tu.. letak lebih supaya lebih sedap… Tambah sos cili kt dalam inti tulepas tu bungkus pakai kulit popiah.. buat bancuhan tepung gandum dgn air suam.. rendam roti dalam bancuhan tepung td lepas tu boleh lah balut. Siap balut boleh lah terus goreng dan siap utk dihidangkan.
Kalau inti tu ada lebih boleh tambah telur olah jadikan roti John. Buat tu biar lah lebih boleh kongsi dgn saudara dan jiran2 terdekat. Tidak akan miskin org yg selalu kongsi rezeki dgn saudara dan jiran2nya..
Roti adalah salah satu menu yang mudah disediakan untuk minum petang atau makanan sampingan untuk berkelah. Bagi yang suka menu yang ringkas tentu sentiasa mencuba resipi yang mudah untuk keluarga.
Sebagaimana perkongsian ini. Nak buat memang mudah. Jika tiada idea nak buat menu minum petang bersama keluarga boleh cuba menu ni.
Ikuti perkongsian ini.
Resipi Roti Kukus Sosej Cheese Bahan-bahan:⠀
⠀ 1. Roti Sosej
2.Sosej
3. Cheddar Cheese⠀
4. Mayonis⠀
* Boleh tambah sos cili dll⠀
Cara-cara:⠀
⠀1. Rebus sosej dan toskan⠀
2. Amik roti belah tengah dan sapukan mayonis di dalam⠀
⠀* kalau suka sos boleh sapu sekali ni atau letak lepas masak⠀
3. Sumbatkan sosej tadi di tengah⠀
4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian⠀
5. Lapis kan kepingan cheese di atas sosej⠀
6. Panaskan air dalam peirk kukus hingga mendidih⠀
7. Susun roti tadi periuk(Pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap)⠀
8. Tutup tudung periuk dan kecik kan api. ⠀
9.Kukus selama 2 minit paling maksima atau smpai cheese cair n roti panas n lembut.⠀
Siap!
Hidangan yang mudah, ringkas, cepat, lazat dan kenyang!⠀Selamat Mencuba
⠀
Kredit : Asmawaty N Sofian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Mohon doakan saya kuatkan tabah dan dipermudahkan menghadapi dugaan ini semoga Allah sentiasa bersama saya dan keluarga saya. Abah sayang dengan korang semua”
Pelawak terkenal dari Kumpulan Zero, Atu dan isterinya, Shafeeqa Johari berganding bahu menghasilkan PPE untuk dipakai petugas barisan hadapan. Menurut Shafeeqa, dia terharu apabila usaha membantu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan, dihargai ramai.
“Saya sangat bersyukur dapat membantu menjahit PPE walaupun kita tidak tahu siapa yang memakainya. Mungkin orang yang kita tidak kenal atau kita kenal seperti keluarga kita.
“Paling seronok apabila saya diberitahu kenalan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai penutup kepala yang saya jahit.
“Saya rasa dihargai, kadang-kadang rasa macam hendak menangis. Kalau boleh, saya mahu tolong semua, hendak bantu satu Malaysia.
“Tapi saya tiada kilang, cuma boleh bantu apa yang mampu sahaja,” katanya kepada BH Online.
Menurut Shafeeqa, dia terpanggil menghulurkan bantuan selepas membaca status dimuat naik seorang jururawat di Facebook (FB) meminta bantuan menjahit penutup kepala dan kasut.
“Saya mendapat tahu Hospital Shah Alam (HSA) memerlukan tukang jahit. Apabila saya memuat naik status di Instagram (IG), kebetulan ada kenalan yang kenal jururawat terbabit lalu menghubunginya.
“Dari situ, saya mula menjahit apabila menerima fabrik dari hospital. Kami tidak boleh keluar membeli kain.
Shafeeqa memberitahu, dia tidak mengharapkan balasan, namun apabila ada pihak tampil mengucapkan terima kasih, hatinya cukup tersentuh.
“Saya duduk di rumah pun tidak buat apa-apa selain menjaga anak. Dengan waktu terluang ini, lebih baik saya buat perkara bermanfaat. Kalau hendak tolong daripada segi wang, kami kurang mampu. Jadi kami sumbangkan tenaga,” katanya yang dibantu Atu dan adik iparnya.
Shafeeqa berkata, dia hanya mampu menyiapkan 50 helai PPE sehari, berbanding 200 helai yang diperlukan HSA.
Namun, projek yang diusahakan lebih lancar apabila Shafeeqa dihubungi Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
“Memandangkan saya adalah bekas pelajar jabatan itu, mereka hubungi saya untuk membantu. Dengan kebenaran HSA, mereka dapat menggunakan bengkel dan kelengkapan di UiTM Shah Alam bagi menghasilkan PPE.
“Sekarang kami ada 10 gulung fabrik untuk dijahit dan diagihkan kepada HSA, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
“Sebanyak 32 gulung fabrik lagi akan dijahit untuk kegunaan Hospital UiTM Sungai Buloh,” katanya yang terpaksa menolak permintaan beberapa hospital di negeri lain atas faktor lokasi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...