Membayar bil elektrik setiap bulan yang kadang kala melambung tinggi memang boleh membuatkan kita rasa terbeban untuk melunaskannya. Tambah-tambah bila ahli keluarga sentiasa berada di dalam rumah, 24 jam menggunakan elekterik. Memang tidak pelik bil boleh meningkat.
Pun begitu jika setiap bulan kita melihat peningkatan bil dan semakin banyak pula diperuntukkan wang untuk membayarnya, boleh ‘botak kepala’ juga memikirkan cara bagaimana untuk menurunkan bil tersebut.
Melalui satu perkongsian di laman twitter, ada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai @Mehmed Aezhad ada berkongsi tip yang dia praktikkan untuk kurangkan bil elektrik.
Kongsinya, bil elektrik di rumahnya pada bulan Julai adalah RM208.90 dan dengan penjimatan yang dilakukan telah mencatatkan bil elektrik yang perlu dibayar untuk bil bulan September adalah hanya RM36.60.
Jadi ini apa yang dia buat untuk kurangkan bil elektrik.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk. Siang memang tak buka aircond.
2. WiFi
On WiFi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
Ads
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok @netflix pun dekat laptop itupun jarang.
5. Plug
Disebabkan aku pakai MBP, sekali caj bateri tahan 12-18 jam. So, aku caj 2jam-3jam and tutup balik plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend je aku balik rumah family or tidur rumah kawan. Memang jimat letrik guys
Pelbagai reply diberikan oleh warganet dan ada juga yang memberikan beberapa tip lain untuk penjimatan elektrik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Demi penjagaan kesihatan yang baik untuk tubuh badan, tidak dinafikan ada antara kita telah lama amalkan pengambilan makanan tambahan dan herba dengan pelbagai tujuan. Pun begitu apa kata baca dahulu perkongsian daripada doktor ini berkaitan kesan herba dan buah pinggang.
HERBA DAN BUAH PINGGANG
“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.”
Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia?
Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat penyakit. Makmal mana yang pernah sahkan dan kajian atas manusia dan negara mana yang buktikan?
Berikut adalah fakta peringatan dari Yayasan Buah Pinggang Bewibawa (NKF) mengenai kerosakan BUAH PINGGANG akibat HERBA.
Penulisan ini bukan ingin menuding kepada mana-mana produk tertentu, tetapi lebih kepada memberi kefahaman kepada pengguna agar berhati-hati dalam pengambilan suplemen.
Supplemen herba mempunyai bahan aktif tersendiri yang boleh memberikan kesan serta reaksi tubuh.[1] Kesan ini boleh terjadi kepada semua orang samada sudah berpenyakit buah pinggang atau sihat afiat.
Berikut adalah fakta yang harus difahami oleh semua:
1) Badan Berkuasa Makanan dan Ubat (FDA) tidak mengawal suplemen herba untuk dos, kandungan, atau ketulenan.
2) Beberapa suplemen herba mempunyai asid aristolochic, yang berbahaya kepada buah pinggang.[2]
3) Sesetengah suplemen herba mungkin mempunyai logam berat, seperti Plumbum, merkuri, kadmium, arsenik, dan chromium. Logam berat tersebut boleh penyebabkan toksid kepada badan.
4) Terlalu sedikit kajian yang menyokong suplemen herba mempunyai manfaat kepada pesakit buah pinggang.
5) Suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan moden samada ianya boleh mengurangkan kesan atau meningkat kesan ubatan tersebut bertindak dalam badan. Contohnya herba dari St. Johns Wort, echinacea, ginkgo, bawang putih, ginseng, halia, dan blue cohosh.
6) Dua jenis mineral yang dinasihatkan bagi pesakit buah pinggang tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pemakanan yang tinggi POTASSIUM dan FOSFORUS adalah boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh pesakit kerana mineral ini tidak dapat dikumuhkan sebaiknya melalui buah pinggang yang sudah rosak. Antara makanan yang tinggi Pottasium adalah Peria, Serai, Kunyit, Daun Bawang, Betik dan beberapa lagi.
7) Terdapat sesetengah produk yang dicampur dengan bahan terlarang steroid, sildenafil, sibutramin dan beberapa bahan lain lagi. Bahan tersebut boleh membahayakan jika tiada pemantauan atau diberikan tidak mengikut sukatan dos yang terkhusus.
Satu kajian yang termuat dalam New England Journal of Medicine melaporkan terdapat 23 ribu kes kecemasan setiap tahun akibat kesan sampingan dari suplemen di Amerika Syarikat.[3] Fakta ini amat menakutkan kerana tiada sistem pemantauan khusus dari pihak pengeluar produk mengenai kesalamatan dan kualiti produk mereka. Pengeluar hanya suka menaikkan testimoni yang indah sahaja, tetapi testimoni negatif tidak diambil perhatian.
Di antara produk suplemen herba yang banyak disita adalah ubat rangsangan seksual, ubat tambah tenaga, ubat bina badan supaya nampak sado, ubat kecantikan dan ubat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis serta sakit jantung.[4] Suplemen herba berkenaan tidak melepasi ujian keselamatan, ujian kualiti dan keberkesanan pun. Pesakit mungkin kelihatan gagah seperti ahli gusti buat seketika tetapi jangkamasa panjang akan merana.
Oleh kerana tiada mekanisma khusus untuk pihak berkenaan membuat pemeriksaan tahap keselamatan, maka kita hanya boleh lihat kerosakan demi kerosakan.
Ianya berbeza dengan ubat-ubatan hospital. Walaupun sudah melepasi tahap kajian atas haiwan dan manusia bahawa selamat disahgunakan, sistem pemantauan dan kajian tetap dilanjutkan. Oleh yang demikian kita akan memerhatikan peristiwa penarikan balik produk-produk tertentu seperti kes produk Losartan untuk darah tinggi baru-baru ini. Inilah ketelitian dan ketelusan yang dibina oleh pihak berwajib bagi memastikan segala ubatan adalah terbaik diberikan kepada rakyat.
Memang terdapat ujian berkala kepada produk-produk herba yang dilakukan oleh pihak berwajib, tetapi ujikaji tersebut tertakluk pula kepada aduan yang dilaporkan atau pengsampelan secara rawak terhadap beribu-ribu produk di pasaran.
Sekali lagi seruan saya agar berhati-hati dengan produk tersebut dan jangan mudah terpengaruh dengan janji manis serta fakta yang tidak tepat dari jurujual.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Berkunjung ke rumah sanak saudara atau teman-taman mahu pun jiran tetangga ada banyak adap yang perlu dijaga.
Jangan pandai komen itu dan ini, bila ada yang tidak kena di pandangan mata sedangkan kita tidak tahu apa-apa.
Menurut Farizal Radzali di dalam sharing nya ada berpesan, kalau pergi ke rumah orang, mata tu tapis sikit, mulut tu jaga sikit.
Bila nampak rumah orang berselerak, jangan cebikkan bibir, mana kita tau dia dah kemas banyak kali tapi anaknya masih selerakkan.
Bila nampak rumah orang tak berkilat meghelip macam rumah kita, jangan jeling semacam, mana kita tau dia tak sempat sebab anaknya ramai dan suaminya tak membantu kerja rumahnya.
Bila nampak anak orang tak terurus kat rumah sendiri, jangan suka-suka nak perli, mana kita tau maknya tak sihat dah berapa hari.
Bila nampak isteri bercakap nada tinggi kat suaminya, jangan terus menghukum isteri itu jahat suami itu dayus, mana kita tau itu cara mereka sejak berkahwin berbelas tahun yang lalu.
Bila nampak suami buat kerja rumah, jangan kata suami takut isteri, mana kita tau itu memang rutin dalam rumahtangga mereka.
Bila nampak semua yang buruk di rumah orang, jangan terus bandingkan dengan rumah kita….
Mana kita tau, orang yang rumahnya tak sekemas rumah kita, tapi dia rajin memasak berbanding kita.
Mana kita tau, suami dia tak serajin suami kita membantu kita, mungkin anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak kita 1 anak dia 5, lepas tu nak bandingkan rumah kita lebih kemas.
Jangan cepat kata orang pemalas kita rajin, mana kita tau rumah dia buruk tapi hati dia cantik.
Rasulullah saw, bila dia memberi salam mahupun memanggil orang di rumah orang lain, baginda akan berdiri di tepi dinding, bukan di tengah pintu yang akan dibuka oleh tuan rumah. Dengan cara itu, baginda takkan terus nampak keadaan dalam rumah orang tu setelah pintu dibuka.
Lagi, andai terlihat orang lain yang dirundung masalah, jangan terus ajar dia untuk ikut cakap kita. “Dah tau laki tu jahat, kawin buat apa?” “Kalau aku la, aku terus minta fasakh” “Kalau aku, aku tak buat macam kau”… Kalau aku…. Kalau aku…. Itu kalau kita. Cara hidup kita, keluarga kita, cara membesar kita, hati kita, segalanya, konfem ke sama dengan dia? Kita tak duduk kat tempat dia. Jadi jangan kata ‘kalau aku’ sebab sekarang ni bukan pasal kita tapi pasal dia.
Setiap kehidupan ada cerita yang berlainan. Jangan sesekali bandingkan kehidupan orang dengan kita. Mungkin dia kurang di satu bahagian tapi dia lebih dia satu bahagian lain. Begitu juga kita. Takde yang sempurna. Selagi mereka bahagia, biarkan. Tak perlu canang ke seluruh kampung pasal keluarga orang lain. Kita nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
MANA KITA TAU.
Kalau rumah yang kita selalu pergi, memang tak pernahnya kemas dan bersih, tegurlah cara baik. Kalau menegur pun tak tau nak cara baik, biarkan je la. Bukan rumah kita yang dia selerakkan…. Kan kan kan…. So, jangan stress dengan seleraknya rumah orang. Sebab kita tak tau mungkin ada orang lain pun sedang memperkatakan tentang kita.. MANA KITA TAU. Manusia tak maksum.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.