Hasil kreativiti sendiri, lelaki ini mengubah suai bilik yang dahulunya suram kepada lebih moden dan sedap mata memandang.
Dengan kesan pelekat dan dinding yang rona merah jambu yang pudar, saudara Firdaus Hanafi Ismail berjaya mengubah suai bilik yang dulunya diduduki oleh kakaknya.
Alhamdulillah siap pon hasil mendeco bilik saya
Sebenarnya ni dulu bilik kakak saya . Sebab tulah warna pink . Sakit ata tngok hari2 warna pink . Saya dah lah tak suka warna pink ( maaf kepada peminat pink ) . Tahun lepas ade gak saya tampal wallpaper tapi tertanggal dan mcm tak cantik sangat . So saya tanggal kan semua .
Ads
Ads
Jom kita cuci mata dengan dekorasi si bujang yang cukup simple tetapi menarik.
.
.
Ads
.
.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara adat dan syariat mungkin masih ada antara ibu bapa hari ini yang keliru berkaitan cara terbaik mengurus tali pusat anak-anak hingga ada yang telah menyimpannya hingga bertahun-tahun lamanya.
Umumnya, kita sering juga mendengar ada orang berpesan agar simpan elok-elok tali pusat anak-anak dan sebaiknya disatukan agar hubungan antara adik beradik lebih akrab dan tidak bergaduh.
Namun adakah benar dakwaan ini dan diharapkan dengan perkongsian info daripada seorang ibu ini pada beberapa tahun lalu dapat kiranya memberi kesedaran buat kita andai masih keliru tentang hal tersebut.
Di sini turut disertakan rakaman video bersama Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal itu. Jom semak.
“Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul”
Ni throwback Jumaat minggu lepas. Kesedaran dah ada dari bulan 5 bila dengar ceramah UAI, tapi tunggu pindah rumah sendiri baru nak tanam.
Ni dah 4 bulan lebih berpindah baru teringat nak simpan betul-betul.
Apa ni?
Tali pusat anak-anak. Dari anak first lagi Anak 1st dah umur 4 tahun 11 bulan dah. Sikit lagi nak masuk 5 tahun.
Rupanya tali pusat anak-anak ni, kena simpan dengan betul. Dan simpan tu bukan simpan dalam uncang atau botol atau sampul duit raya, tapi perlu DITANAM.
Makruh menyimpan tali pusat anak tanpa ditanam. Sunat disegerakan tanam.
Tanam macam biasa je, macam tanam uri. Saa bungkus dalam tisu je lepas tu tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2 3 kangkang.
Sebab tali pusat tu, bila dah terpisah dari badan, sudah dikira sebagai bangkai. Dan makhluk-makhluk halus suka bangkai. Jadi kalau kita simpan dalam uncang, jadi magnet kepada makhluk-makhluk halus la nampak gayanya. Meremang betul, tapi benar.
Saa pun baru dapat kesedaran. Ikut orang lama-lama semua suruh simpan elok-elok kan, katanya boleh buat ubat (rendam dalam air dan bagi minum anak-anak) atau pun kalau simpan sama-sama semua adik beradik dalam 1 bekas, diorang jarang bergaduh.
Rupanya itu semua KARUT. Korang ingat lagi ke mana korang simpan tali pusat anak?
Jom ler kita pakat tanam tali pusat anak masing-masing.
Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan orang tua di kampung.
Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.
Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Popia Simpul Untuk Mama
Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.
Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.
“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.
Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.
Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.
Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.
Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.
Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.
“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.
Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.
“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.
Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.
Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.
Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Lama tidak melihat kelibatnya di kaca tv sebagai pelakon. Sebaliknya pelakon kecil molek ini lebih banyak berada di rumah melayani anak dan suaminya.
“Sekarang saya fokus pada bisnes, memang ada tawaran tapi melibatkan penggambaran yang lama. Jadi saya kurang ambil tawaran sebegitu. Cuma kalau ada tawaran untuk telemovie saya tak tolak. Sekarang ini saya baru sahaja selesai penggambaran filem Polis Evo.
“Soal mengandung lagi, memang ada keinginan untuk itu. Wanita bergelar ibu akan lupa tentang kesakitan waktu melahirkan bila tengok anak dah besar. Anak saya sekarang dah dua tahun, jadi perasaan rindu nak mengandung itu memang ada.
“Sebab tu kalau boleh sebelum umur 40 tahun ini, saya teringin nak mengandung dan dapat anak perempuan. Sementelah sekarang saya dah ada 3 anak lelaki, yang sulung Rayqal, manakala kedua anak tiri saya dan ketiga Ney Ney.
“Waktu melahirkan Ney Ney atau Mohamed Neqayl Nedim ada komplikasi di mana berlaku pendarahan akibat fibroid. Waktu itu, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal.
“Kalau difikirkan balik memang ada rasa takut. Tapi tetap teringin juga. Kerana fibrioid itu juga buat saya plan. Walaupun dah buang fibroid, tapi kemungkinan untuk ada kembali tu tak mustahil. Tapi setakat ini memang saya tak ada buat pemeriksaan susulan.
“Doktor kata kalau tak jaga pemakanan akan datang berulang, doktor pesan jangan makan daging merah tapi itulah yang paling saya suka. Memang susah nak elak tapi nasihat saya pada wanita di luar sana, selalu lah buat pemeriksaan dan tahu kesihatan dalaman masing-masing.
“Saya bukan takut buat pemeriksaan tapi lebih kepada mengambil sikap sambil lewa. Sebenarnya wanita lepas melahirkan kena selalu buat pemeriksaan,” ujar Nora lagi ketika ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi LilitXFiziwoo di Fashion Valet, Publika baru-baru ini.
Tambah Nora lagi, dirinya bertuah kerana suaminya, Nedim Nazri ringan tulang dan sentiasa membantunya menguruskan anak. Selain Ney Ney, Nora turut dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan pertama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.