Tak dinafikan, pertukaran fesyen sebenarnya seiring dengan peredaran masa mengikut zaman. Bukan sahaja dari segi pemakaian, malah termasuklah tudung.
Kadang fesyen yang datang ni, kita pun tak tahu berpunca dari mana. Tup-tup dah mula menjadi ikutan ramai. Dari situ mulalah ada yang berkongsi tutorial untuk dijadikan ikutan orang ramai.
Daripada perubahan fesyen itu, baru-baru ini tular seorang lelaki telah menggayakan semula style-style tudung dari tahun 1970 hingga kini, 2022 yang telah menarik perhatian orang ramai.
Tak dinafikan, kesemua style yang ditiru itu sememangnya betul dan menjadi ikutan dari dulu hingga kini. Malah, style tudung iaitu gaya BBNU yang memakai subang ikut gaya masa kini turut membuatkan ramai boleh relate.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur dan memberi pelbagai reaksi sebaik saja melihat video tersebut. Malah, segelintir warganet berkata salah satu style yang digayakannya ada iras-iras seperti wajah YB Nurul Izzah Anwar.
“Throwback deko raya haji.. dining chairs nak tukar semua agak besar bajetnya + kalau tukar yg lama ni nak humban ke mana lak kan so sy makeover kan dia.”–Amy SharinaKaneshiro
Benarlah, orang kata kalau sudah namanya orang kreatif ada sahaja yang ingin dilakukan untuk menambah baik sesuatu walaupun kalau dilihat memang sedia cantik. Apa yang pasti, dengan melakukan diy pada perabot kediaman umpamanya memberi mood yang tersendiri dan apa yang lebih penting kosnya juga tidaklah mahal berbanding yang sedia ditawarkan di pasaran.
Hal yang sama telah dilakukan oleh Puan Amy Sharina Kaneshiro yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam memperindahkan lagi kerusi makan dengan menambah paku sendiri menjadikan kerusi yang sedia ada nampak mempunyai aura wow yang cukup istimewa.
Perabot SSF beri inspirasi
Saya buat begini, sebab saya suka barang-barang di ssf tu, kebanyakan barang-barang mewah dan sofa/armchair dia mesti ada paku2-paku ni. Tapi harga selalunya mahal,so saya nak jimat, dan tak mahu membazir buang kerusi lama so saya makeoverkan dia nampak ala-ala kerusi kat ssf tu. Jadi saya beli paku tersebut di shoppee. AliExpress pun ada tapi tak sampai lagi pakunya.
Kos hanya RM70 je
Kos cuma RM70 untuk 1000pcs paku. Sebijik kerusi saya paku sebanyak lebih kurang 130pcs paku. Total ada 6 kerusi saya ambik masa dua hari untuk menyiapkannya dan hanya belah siang je, malam saya tidak bertukang.
Selepas diberi sentuhan DIY
Macam-macam lagi DIY
Ya kebanyakan saya diy, kat dinding wainscoting tu pn saya buat sendiri. Biasanya mana yang kalau upah orang buat tu mahal saya akan ambil inisiatif buat sendiri.
Cermin petak-petak kat dinding tu saya tampal-tampal sendiri guna cermin ikea. Kos jauh lebih murah dari tempah. Tapi belum siap sepenuhnya cermin tu actually, sebab saya kat kk. Belum ada masa lagi nak pergi beli cermin lagi di ikea. Nak potong-potong cermin tu, nak bubuh frame.
Sentiasa Kemas, Anak Perlu Disiplin
Saya housewife ada anak 3 orang, dua bersekolah rendah lagi dan seorang berumur 2 tahun lebih. Walaupun anak kecil saya tu memang suka sepah barang mainan dia. Saya biar dia sepah main.
Tapi lepas tu ajak dia kemas balik. Yang anak besar-besar tu saya disiplinkan untuk simpan balik barang sebaik je lepas guna jangan tinggal-tinggalkan merata. Untuk barang-barang deko dan kaca-kaca tu alhamdulillah anak-anak tak kacau sangat. Mula-mula tu sibuk gak la nak tengok-tengok tapi lepas tu sudah tidak hairan lagi, dia main mainan dia sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lufya hantar anak perempuan belajar taekwondo sebab selalu kena buli. Berasa marah apabila anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon dan penyanyi Lufya mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, mendedahkan bahawa anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu dipukul oleh rakan sekolah.
“Saya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebelum ini, saya sudah ke sekolah dan berjumpa dengan ibu bapa seorang pelajar lelaki yang telah menendang serta menumbuk Haura.
“Namun, setiap kali pulang dari sekolah, dia tetap mengadu perkara yang sama. Pelajar yang sama masih mengganggunya.
“Saya juga telah bertemu dengan ibu pelajar berkenaan, dan dia telah meminta maaf walaupun cara penerimaannya kurang meyakinkan. Tapi saya terima juga. Malangnya, kejadian tersebut terus berulang.
“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan Haura ke kelas taekwondo. Kalau selepas ini anak saya yang lembut dan manja ini bertindak balas, tanggunglah akibatnya,” tulisnya.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu juga berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura terpaksa mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini.
Satu lagi kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama mengundang pelbagai persepsi masyarakat. Ada yang menghulurkan simpati, tidak kurang yang mencerca dan mengutuk kelalaian ibu tersebut.
Jika si ibu sudah biasa dengan rutin menghantar anak tersebut, mungkin keterlupaan tersebut tidak berlaku. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
Ibu mana yang sanggup membiarkan anak menemui ajal dengan cara sedemikian. Anak yang dikandung selama 9 bulan dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang, masakan mahu dibiarkan nyawa-nyawa ikan dan akhirnya menemui ajal.
Mungkin itu satu UJIAN buat sang ibu, kita pula tidak tahu lagi bagaimana akan diuji. Biarpun mungkin kelalaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku namun jika Tuhan sudah mencorakkannya begitu, siapa kita mahu menolak ketentuan tersebut.
Bagi ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak, mungkin boleh menjadikan tip dan panduan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dilaman facebooknya. Moga bermanfaat untuk semua.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...