Lelaki warga emas hilang lebih dua minggu, kereta ditemui terbakar, ada pindahan wang ke akaun pihak ketiga. Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.
Lelaki Warga Emas Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Ditemui Terbakar, Ada Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
“Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.
“Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah,” katanya.
Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.
“Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).
“Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
“Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja,” katanya.
Ads
Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.
“Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai,” katanya.
“Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin),” katanya.
Sabari bergambar bersama anak-anak dan menantunya.
Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram.
Dalam perkembangan terbaharu, @syilla_syilla turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan ‘total lost’ dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah.
Ads
“Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta,” katanya.
Inspirasi sungguh keluarga ini! Biarpun tahu anaknya bakal buat perangai, keputusan nekad untuk membawa anak tersayang tiada penghalang buat dirinya. Begitulah yang perkongsian pelakon Zarina Zainuddin melalui instagramnya yang memaparkan percutian mereka sekeluarga di London.
Lebih manis, percutian ini merupakan percutian pertama buat anaknya, Azil yang agak sukar dikawal kesan daripada autisme berbanding Azal. Mujur suami juga memahami dan turut sama membantu melengkapi percutian ini.
Biarpun menyedari anaknya akan tantrum ketika bercuti, Zarina seorang ibu yang cekap apabila menyediakan keperluan yang perlu dibawa untuk memastikan anaknya dapat dikawal dengan tenang. Malah percutian mereka ini telah menarik perhatian netizen yang teruja melihat Azal bercuti bersama keluarga. Nyata tiada mustahil bagi Zarina untuk membawa anak istimewanya pergi bercuti asalkan siap sedia dengan keperluan yang sepatutnya supaya percutian menjadi momen indah buat keluarganya.
Assalamualaikum Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga.. Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang.. Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah..untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku..
Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander..azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..
Tantrum ..memang akan ada.
Tadi saja Azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal Azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu.. selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman ,keselamatan anak-anak.
Tangan erat digenggam Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2.. Tak cuba tak tahu..ya..
Nak seribu daya tak nak seribu dalih
Soal anak takde alasan sebagai emak bapak. Dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko, kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan .. Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa.. Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada
Bawa ubat penenang Minta nasihat pakar sebelum bercuti Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu..ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara.. InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah Menunaikan umrah tahun depan Tq sharondhilon aturkan perjalanan kami sekeluarga ke London.
Kasih sayang ibu bapa
Kawal tantrum
Tak kisahlah kasut terbalik Azil, janji dah sampai London dengan keluarga
Dalam pada itu, netizen memberikan kata-kata motivasi dan melahirkan rasa kekaguman melihat kesungguhan Zarina dan suami membawa keluarga bercuti bersama anak istimewanya itu.
Semoga percutian ini menjadi momen indah buat Azil dan keluarganya. Bukan calang-calang ibu bapa yang sanggup bercuti membawa anak istimewa. Tahniah Zarina dan suami!
Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dll. Sebenarnya sayur ni amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.
Apa faedahnya makan sayur hijau?
✅ Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk seperti jaring yang akan menahan kanji ini dari diserap sekali gus. Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji tadi dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.
✅ Sayur hijau melawaskan, ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempoh yang lebih sihat. Dapat mengawal kolesterol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.
✅ Sayur hijau tinggi dengan klorofil. Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, meng alkali kan darah bagi pesakit kencing manis yang darah nya lebih asidik. Darah berasid ni kuman suka biak, kanser pun suka juga.
✅ Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salur darah, melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.
✅ Sayur hijau kaya dengan nutrisi seperti ALA, magnesium, polyphenols yang boleh membantu mengawal paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin. Sangat baik bagi pesakit kencing manis.
✅ Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi yang boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.
Nasihat saya bagi pesakit kencing manis, kalau makan nasi, isikan separuh pinggan tu dengan sayur hijau. Ia mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmadkecn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simple je video tapi bahagia tengok.. Mak ayah pun sporting layan anak menantu. Demikian antara pujian diberikan kepada keluarga ini yang bercuti di homestay tepi sawah.
Menerusi perkongsian di aplikasi tiktok, rata-rata yang menonton memuji gelagat bersahaja ahli keluarga ini bercuti bersama.Sempoi gaya, sporting semuanya apabila sama-sama mengenakan kain pelikat dan kain batik ketika bercuti di homestay Sungai Besar, Sabak Bernama Selangor baru-baru ini.
Nur Mithali Emelyn ketika berkongsi momen tersebut bersama penulis. menurutnya, seramai 19 orang termasuk kanak-kanak turut serta dalam percutian tersebut.
“Kami pilih tepi sawah ni sebab tak ramai orang berkunjung ketika itu. Untuk idea tu, abang dan kakak ipar saya yang bagi idea secara spontan je, masa sibuk ambil2 gambar, dorang panggil suruh beratur dan jalan mcm tu(macam dalam video)😆
“Sebenarnya, plan bercuti tu dibuat lepas pengumuman boleh rentas negeri. Apatah lagi, dah lama tak jumpa family selepas PKP. Jadi ini peluang terbaik untuk berkumpul kembali.
“Walaupun ramai, tapi tak ada masalah atau cabaran sepanjang percutian. Kami selalu bercuti bersama, jadi kami dah ada tugas masing-masing. Jadi semuanya jadi mudah alhamdulillah. Untuk akan datang memang dah ada plan nak bercuti lagi, cuma belum tahu tempat dan bila,” ujarnya lagi.
Menurut Emelyn lagi, ahli rombongan paling tua di dalam percutian tersebut adalah bapa mentuanya yang berusia 64 tahun manakala paling muda adalah anak saudaranya berumur setahun.Pemilihan tema kain pelikat untuk lelaki dan kain batik serta baju kedah untuk wanita dipilih memandangkan tempat percutian mereka di kawasan sawah padi. Sesuai untuk membangkitkan aura suasana desa.
“Untuk kaum lelaki, kami memilih baju putih dipadankan dengan kain pelikat manakala wanita kain batik dengan baju kurung kedah. Sementara untuk kanak-kanak pula selesa dengan berseluar kain batik.“Tema tepi sawah ini memang jadi pilihan memandangkan kami semua tinggal di bandar, ada yang tak pernah turun ke bendang bahkan ada juga yang memang tinggal jauh dari sawah padi.
“Jadi, peluang menginap di homestay yang berhadapan dengan sawah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.