Dua tiga hari ini ‘panas’ isu tentang rumah tangga, terutamanya tentang kesetiaan suami isteri di mana yang tidak terlibat pun turut terkena tempiasnya. Bila mula tular kisahnya, rupanya sang suami menginginkan zuriat sendiri setelah 3 tahun perkahwinan dengan isteri pertama belum lagi mendapat rezeki cahaya mata.

Namun berbeza pula dengan satu hantaran di Tiktok ini, tentang sepasang suami isteri warga emas yang terlihat begitu ‘sweet’ walaupun sudah berusia.

Difahamkan, pakcik di dalam video itu sentiasa menemani isterinya yang kurang sihat di wad hospital dan kerap kali memberikan kata-kata semangat apabila mahu pulang selepas waktu melawat habis.

Patut Jadi Contoh! Warga Emas Salam, Cium Dahi Isteri Sambil Cakap “Nanti Abang Datang Lagi Sayang”

Menerusi kapsyen di laman Tiktok @Lynnzz, dia memberitahu bahawa pasangan warga emas itu tidak mempunyai anak, namum terlihat bahagia walaupun salah satu daripada mereka sedang diuji.

IKLAN

Malah, pakcik berkenaan juga sentiasa datang awal untuk bertemu isterinya walaupun waktu melawat belum lagi dibuka.

Setiap kali hadir, dia terlihat begitu ramah terutamanya dengan staf-staf hospital yang sedang bertugas dan akan melayani isterinya dengan cukup baik.

“Setiap masa pakcik ni ada menemani isterinya. Mereka tiada anak.

IKLAN

“Setiap kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’.

“Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya.

IKLAN
@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 #fyp #kasihsampaisyurga ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Meninjau di ruangan komen, beberapa saudara mara kepada pasangan tersebut telah mengakui bahawa warga emas berkenaan sememangnya sangat akrab sejak mereka baru berumah tangga lagi. Mereka juga mendoakan agar pasangan yang dipanggil ‘paklang’ dan ‘alang’ itu diberi kesembuhan serta kesihatan yang baik.

Malah, jika dikaitkan dengan isu tular beberapa hari ini, orang ramai akui bahawa sikap yang ditunjukkan mereka membuktikan tiada zuriat bukan alasan untuk pasangan tidak bahagia.

Patut Jadi Contoh! Warga Emas Salam, Cium Dahi Isteri Sambil Cakap “Nanti Abang Datang Lagi Sayang” Patut Jadi Contoh! Warga Emas Salam, Cium Dahi Isteri Sambil Cakap “Nanti Abang Datang Lagi Sayang”

Sumber: TikTok @_lynnmj_

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI