Lemak, Lembut & Cantik Bentuknya, Ni Cara Buat Kuih Talam Labu Ikut Sukatan Cawan!

Share

Kuih Talam memang banyak jenis dan setiap satunya mempunyai rasa dan keenakannya yang tersendiri. Bahkan bila menyebut tentang Kuih Talam Labu, bukan sahaja rasanya yang enak malah warna yang memukau turut menjadi daya tarikan untuk dinikmati dengan penuh rasa kenikmatan.

Pun begitu, untuk menyediakannya bukanlah semua pakar. Kadang memerlukan untuk dicuba beberapa kali sehinggalah kita benar-benar puas hati dengan kejadiannya.

Jadi buat yang teruja untuk mencuba, boleh juga gunakan resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia. Selamat mencuba.

 

Lapis Labu Gedik

Bahan-bahan:

¼ biji labu saiz sederhana (dikukus, dan blender halus.. anggaran ½ cawan selepas diblender.. saya guna pengisar kering sahaja)

4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku

Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan-bahan ini :

2 cawan tepung beras

½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung jagung

¾ – 1 cawan gula halus ( saya guna ¾ cawan sahaja..kisar gula supaya senang larut)

¼ camca teh garam

Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati guna hand whisker kemudian tapis

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. satu bahagian dicampurkan dengan labu

Panaskan kukusan hingga air mendidih.. panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu.. Loyang sudah betul panas baru start melapis.. Kukus dengan api sederhana.

Setiap lapis, kukus selama 5minit.. Lapisan terakhir kukus selama 20-25minit

Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi..biarkan wap air atas kuih mengering.

 

  • Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

.

 

IKLAN