Apabila menghantar permohonan kerja tentu kita tertunggu jawapan daripada majikan. Kita mesti tertanya-tanya bila akan mendapat respon untuk menghadiri sebarang temuduga.
Tapi tahukah anda, bahawa untuk satu jawatan dalam syarikat itu anda perlu bersaing dengan ramai calon yang berkelayakan.
Jadi kena pastikan langkah pertama menghantar permohonan anda kepada syarikat adalah memberikan’first impression’ yang sangat sempurna. Bukan sekadar ‘send’ email sahaja.
Sebenarnya banyak kesalahan yang menyebabkan permohonan anda di ‘reject’ terlebih awal oleh syarikat.
Menarik tentang kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemohon, pengguna Twitter, Azlan Sulaiman berkongsi tip dan panduan agar pemohonan dihantar dengan sempurna.
Ads
Aku baru habis baca 100+ email org mintak kerja. Yg lepas for next phase less than 10. Now, aku tak pelik kenapa ramai freshies menganggur
Aku baru habis baca 100+ email org mintak kerja. Yg lepas for next phase less than 10. Now, aku tak pelik kenapa ramai freshies menganggur Aku akan share common mistakes + tips; job application, pre-interview, interview & post-interview. So, PLEASE BACA & HADAM. Esp student social science, mass comm, arts/design & yg sama waktu dengannya.
Ini kesalahan yang tak patut buat
Mistake 1: Email Apa cb ko guna email zaman myspace? Send la guna proper email. Nak je aku ss tapi aib pulak kang kawan ko kenal haha. Jgn guna nama email pelik2 macam emokid77, gadiskudalamkoma or nama panggilan korg spt amirpendekjb!
Mistake 2: Surat Cinta Dik, masa abang sangat berharga. Awak tulis permohonan kerja panjang2 macam nak mintak pengampunan kat YDPA. Tulis 2-line short intro da cukup. Let your CV & portfolio speak 🙂
Ads
Mistake 3: Takda Effort Kosong! Takda intro, takda apa dia, dia just bagi 1 attachment; CV. Then, ada pulak sorang tu dia just “Here’s my resume”. Hurm, patutlah korang susah nak dpt kerja elok. Intro la sikit dik. Like “ASL?” then aku reply “21, Boy, Tawau” gitu…
Mistake 4: Spamming Please jangan attach files or link satu2 kalau benda ko send tu lebih dari 5 file/link. Rimas aku tengok. Masukkan kat dalam PDF kemas sikit. Tak pun buat masukkan semua in 1 website link. Klu ko kat depan aku dah lama aku laga muka ko kat tetek sajat
Mistake 5: File berat/Xboleh access/corrupted Pls jgn send pdf size 40mb. Kan ada pdf compressor. Klu share GDrive, tkar la setting ke ‘All With Link Can View’. Klu file kat cloud, always check if file still okay, kadang2 dia corrupt. Senang cerita aku malas nak bazir data donlot
Mistake 6: Takda portfolio
Ads
Klu awak tak share portfolio macam mana org nak tau awak boleh buat kerja ke tak? Takda exp kerja? No prob! Buat la portfolio mockup. MAKE SOME EFFORT. Klu ada exp kerja sambilan mcm design & event masukkan je. Paling best buat in showreel or pdf
Mistake 7: Keluar tajuk Contoh, ko study mass comm tapi nak jadi lawyer. Tak kena kan? Make sure you know the job scope & requirement. Klu ko dari aliran lain, please tunjuk portfolio yg ko pernah or boleh buat kerja tu. Jangan main send je. Maybe ni bukan rezeki ko. Takpe :’)
Mistake 8: Takda reference Ko gebang ko hebat, boleh terbang, cepat belajar, itu ini, tapi tak lampirkan reference; lecturer & majikan ko sebelum ni. Then, macam mana aku nak tau ko blh terbang ke tak? And please bagitau kat dorang ko letak dorg as reference kat CV ko okay 🙂
Mistake 9: Grammar If grammar ko so-so but understandable then we’re cool. Tapi kalau ko sendiri tak faham apa yg ko baca, please mintak tlg kat kawan yg terer BI check grammar kat ‘job application template’ korang and cover letter (klu ada). Jgn lupa belanja kawan makan okay!
Mistake 10: Kurang kelayakan Know your skills & exp. Jgn apply position yg jauh dari kemampuan korg. Klu tak pasti, buat research dulu, position tu kat industri tu buat apa je. Apa skill and work exp yg ko perlu ada. Mampu? Apply. Non mampu? Cuba position lain Ok that’s all for tonight. Banyak lagi mistake tapi ni antara yang aku jumpa masa check over 100+ job application semalam. Esok, aku akan share tips macam mana nak land a job. Trust me, it’s going to add % of you to land a job. Stay tuned. Ok guys. Malam ni kita sambung pre-interview pulak; resume, cover letter, portfolio. Mungkin cara sesetengah org lain. Tapi ni cara aku 🙂 Resume microsoft office is so 1990. Steal the spotlight with your creative resume. Ni antara contoh yg ada. Buat simple je not too flashy. Tak reti design? Upah orang or beli template. Nak free pun ada tapi kena rajin cari. Google ‘Free creative resume template’
Contoh resume
Masa aku fresh grad dulu, aku pg career fair kat Mid Valley. Aku perasan takda org lain submit creative resume. Masa aku submit resume aku, almost semua staff kat booth ambil & tengok. Siap gali balik & ignore resume lain haha. Sbb menarik perhatian kot.
Aku submit resume kat 6-7 booth. All call pangil interview kecuali Petronas Dagangan hahahahaha! Hasil interview semua offer kerja kecuali 1 marketing company ni. Tp aku da agak dah xdapat sebab aku buat silap. Lupa research pasal job & company sbb tengah busy freelancing masa tu
Lepas resume, buat Cover Letter. Apa kena ada kat CL ni? 1. Your name & contact + the employer’s 2. Short intro about you & your current job 3. Jawatan yang kau nak apply 4. Why they should hire you? Apa kelayakan kau?
Penutup kena ajak dorang utk go through cv & portfolio
Tips untuk Cover Letter: 1. Make is simple, 3/4 page to full page. 2. Speak their language. Investigate the company. Klu swasta mostly English tau 3. Check typo 4. Double check! Ramai yg copy paste dari previous application siap lupa update info. OMG aku yg baca rasa awkward wei!
Now, move to Portfolio. Kalau yg kerja dalam bidang seni graphic design mesti familiar dengan benda ni. Tapi almost semua bidang boleh buat portfolio. Portfolio is your supporting file yg buktikan ko boleh buat kerja. Format: 1. PDF 2. Video showreel Jangan attach JPEG banyak2 🙁
Ni ‘high class’ portfolio. Benda yg kena ada dalam portfolio: 1. Short intro about yourself 2. Contact 3. Case studies Tak mampu nak buat lawa macam ni? Buka Microsoft PPT, buat kat situ je. Case study boleh letak assignment masa study, freelance exp, etc.
Portfolio ni takda specific format. It’s up to you. Ni contoh kalau korang pernah manage event. Kalau ada experience buat kerja amal ke or your own side project pun boleh masuk. But, paling penting is hasil kerja yang berkaitan dgn kerja yang kau apply
Oh aku lupa nak mention something kat part resume. Selain section basic yg perlu ada, jgn lupa masukkan achievement & jawatan yg korang pernah pegang masa study dulu. Leadership tu paling penting. Menyesal kan tak volunteer jadi MT masa kat U? Siap kutuk org gila pangkat lagi 😛
So, kepada sesiapa yang masih study tu belum terlambat lagi. Kalau ada opening untuk jadi MT, exco or even class rep, korang volunteer je. Biar la org ckp ko GP. Pengalaman lead org tu penting. Masa aku study dulu aku pegang more than 10 jawatan kot. Tp org yg calonkan la XD
Bila dapat interview
Next phase pulak; interview. But before that nak explain sikit beza cv & resume sbb ada org tanya nak hantar mana satu? Resume is the summary of your cv. So, you kena study your industry, which one lagi familiar. Tak pasti?
Tapi kalau orang yg panggil interview tu dah specify nak which one, bawak je la apa dia mintak. My industry is creative advertising. So, I prefer resume. Your portfolio speaks louder than anything. Nak tahu beza cv & resume blh google. Takkan semua nak kena suap?
Masa majikan panggil interview, dia akan set tempat & utk time pulak kadang2 dia tanya bila available, kadang2 dia da set kan? Kalau dia da bagi chance pilih timing sila study tempat nak jumpa tu & always avoid peak hours trafik.
Penampilan diri
Untuk pakaian pulak biar bersesuaian dgn kerja yg korang apply tu + tempat nak jumpa. Aku pernah interview grafik designer utk company freelance aku. Aku ajak lepak mamak je. Dia boleh datang pakai kemeja & slack siap tuck in. Mcm nak kerja gomen. Chill bro -.-
And for girls.. I’m sorry to tell you this but some employers judge your appearance. So, your makeup game & grooming have to be strong. Lelaki jangan pakai mekap pulak. Aku laga muka kau kat tetek sajat nnt.
Masa nak interview tu, dia akan inform apa dokumen korang kena bawak. Kalau dia tak inform, please tanya siap2. So, nnt tak gelabah
Masa interview nak cakap English ke rojak or BM? Always start with proper English melainkan majikan tu mmg ckp BM je. Some interviews ada 2-3 interviewers kan? Speak their lingo. Be their friend. Jangan tunjuk rasa takut. Klu nervous, speak slowly but CLEAR so grammar tak fail .
Employer yg bijak takkan tanya soalan pasal pemimpin unless ada kaitan. “Siapakah anak menteri besar pahang yg ke-3?” So old school. Semua itu mitos. Takdanya korang kena hafal nama menteri bagai. Better pergi hafal nama rasul. But always know what’s trending in your community .
Kalau ada senior yg kenal majikan, sila siasat. Dia jenis yg macam mana & apa possible question yg dia akan tanya. But ada a few questions yg selalu majikan tanya even industry lain2
Antara soalan yg dia akan tanya; korang buat apa je masa lapang or apa je korang buat selain kerja? PLEASE JANGAN CAKAP MAIN GAME & TENGOK MOVIE/YT. Cuba jawapan seperti: baca buku, outdoor activity, bersenam, freelance, community service, etc.
Senang cerita kena gambarkan yg hidup korang sangat interesting & korang tengah cuba untuk improve diri korang or contribute kat komuniti
Here’s a tip kalau dapat soalan maut yg boleh buat susuk korang jatuh: 1. Buat2 tak dengar 2. Suruh employer ulang soalan 3. Fikir jawapan. Perlukan masa lagi? 4. Ulang soalan yg dia tanya tu as the opening of your answer
Macam mana nak tau ada chance ke tak dapat kerja ni? Most employers akan tanya 2 things: 1. When can you start? 2. How much is your exp salary Kalau korang mmg perlukan kerja & boleh start asap, please inform. Because timing is everything. Manatau ada kerja urgent kena siapkan ke
Demand gaji
Gaji pulak nak mintak berapa? Jangan main mintak 2k sebab kau terdesak nak kerja. Mesti korg da siasat standard salary for your qualification kan? Use that as your benchmark. Then + kos hidup betul2, investment & hutang. Make sure you ada baki to save. Jgn cukup2 makan je.
“What if lepas kira semua aku perlukan 3k. I’m a fresh grad!” Tell them straight, you’ve done your calculation & try to convince them. Certain area makan & cost of living tinggi tau. Make sure you mintak gaji yg cukup untuk cover. Don’t worry. Majikan pun ada otak dan perasaan.
This part fresh grads selalu fail; bila majikan cakap “do you want to ask us anything?”. Usually semua tak tanya. Please at least tanya: 1. Benefits; annual leaves, insurance, parking, bonus, etc 2. Work environment 3. Time masuk & balik kerja Soalan lain boleh Google ok
All in all, interview ni two-way communication. Speak their lingo & try to be their friend. Get to know them & ask them some questions too. Biar ada exchanges. Bukan dorang tanya, ko jawab all the way. Majikan nak cari teammate bukan kuli. Speak more & steal the show!
Klu tak terer BI, boleh practise dgn kawan or kat cermin. After a few weeks korang akan perasan confidence level korg makin tinggi even grammar tak perfect. Paling penting… Please berak siap2 before interview. Aku ingat lagi nervous dia mcm mana ms pg interview as a freshie.
Keluarga: Panduan yang menarik untuk rujukan. Kesilapan yang kita anggap biasa tetapi ia kesilapan yang besar bagi syarikat yang mahu mencari pekerja yang berkaliber. Kena ingat, ‘first impression’ itu paling penting. Selamat berjaya!
Tidak mudah menjadi ibu bapa pada zaman sekarang ini, begitu banyak cabarannya. Yalah, sedangkan bila kita asyik menegur anak atas apa tindakan yang telah dilakukan dengan itu tidak kena, ini salah , itu betul, mulalah anak-anak akan tarik muka dan ada juga yang pandai melawan cakap.
Jadi bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk kita mendekati anak-anak kita agar hatinya lembut menerima teguran yang kita berikan?
Andai ibu dan ayah belum bertemu jawapannya, melalui perkongsian daripada Puan Siti Aminah ini diharapkan dapat membantu anda mencari solusinya. Jom semak.
Rebutlah 3 waktu ini. Waktu yang paling AFDAL untuk kita sentuh hati anak-anak 3 waktu ini diajar oleh Baginda SAW sebagai waktu yang paling sesuai untuk nasihati anak.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, Silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak..Alhamdulillah saya sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam. Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Elok sangat dan kena pula masa cuti sekolah ni, pasti ramai yang merancang bercuti dengan anak-anak. Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya. Saya berniat nak tegur cara dia bersolat,
kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut-urut belakang anak) Allah sayang anak yang rajin tolong mak”
Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham. Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan. MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.”
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Di sinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama.
Ajarkan anak tertib makan. Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan. Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan.
Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu. Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya. Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’. Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW. Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak. Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba. Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar.
Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni. Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Kegembiraan suami isteri mengikuti aktiviti berkonvoi bertukar tragedi apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kejadian berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jemaluang, Mersing.
Pasangan terbabit, Mohd Hanafi Ismail, 37, dan isterinya, Salimah Mohd Shafei, 40, dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu dikatakan berkonvoi ke Johor Bahru bagi menghadiri acara Desaru Intetnational Bike Week (DIBW) 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.
Salah seorang peserta konvoi yang hanya dikenali sebagai Iwan, 30-an berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan sebelum merempuh beberapa motosikal termasuk salah satunya ditunggangi pasangan suami isteri itu, kira-kira jam 8 malam.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi peserta konvoi patah kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, konvoi berkenaan membabitkan lebih 100 motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kuala Terengganu.
Katanya, ketika dalam perjalanan, pasangan terbabit menunggang Kawasaki Z800 bersama 19 peserta konvoi lain berpecah untuk singgah di bandar Kuantan, Pahang bagi membaiki motosikal rakan mereka yang mengalami kerosakan.
Konvoi terakhir suami isteri
Pasangan ini yang mempunyai dua orang anak sememangnya meminati aktiviti berkonvoi motosikal besar dan tidak disangka-sangka bahawa konvoi kali ini adalah konvoi terakhir mereka berdua.
Anak sulung pasangan itu, Nur Syazwany, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Oktober depan mengakui sukar menerima kehiIangan itu yang berlaku sekelip mata.
“Memang abah dan ibu berjanji nak balik hari ini, tapi saya tidak menyangka mereka pulang dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah itu berkata, adiknya, Muhammad Akmal, 12, pula tidak sihat dan selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Rabu lalu.
Pesanan terakhir abah
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian berlaku selepas dimaklumkan datuk, Mohd Shafie Muhamad, 72.
“Setengah jam sebelum kejadian itu berlaku, abah ada telefon dan pesan supaya saya mengunci semua pintu dan menjaga adik serta berinya makan ubat.
Tidak sempat salam ibu ayah sebelum pergi
“Muhammad Akmal demam dan tidak bermaya. Ketika abah dan ibu keluar rumah pada 7.30 pagi (semalam), kami tak sempat bersalaman kerana saya baru terjaga tidur dan adik pula masih lelap. Itu yang buatkan saya terkiIan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, menantunya (Mohd Hanafi) yang bekerja sebagai jurujual kenderaan sangat meminati motosikal berkuasa tingggi dan membeli model Kawasaki Z800 yang ditunggang ketika kejadian.
Rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada ahli keluarnga mangsa dan mengharapkan mereka tabah dengan dugaan tersebut.
“Tak Pe Duit Boleh Cari, Ibu Ada La Segalanya…”-Chef Wan Upah Jururawat Hampir 6K Sebulan, Tarik Perhatian Warganet!
Kita banyak belajar tentang kehidupan ini daripada orang tua kita. Darinya kita mengenal erti cinta, sayang menyayangi dan memberi dengan tulus. Apa yang pasti, begitu banyak pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kita sebagai anak-anaknya. Tidak termampu untuk kita membalasnya sampai bila-bila.
Lantaran itu selagi boleh, sebagai anak yang tahu mengenang jasa orang tua wajar untuk kita menyantuni ibu ayah dengan sebaik mungkin hingga akhir hayat mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah chef selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan boleh dijadikan inspirasi. Cara bagaimana dia menyantuni ibunya yang telah berusia dan mengidap penyakit Demensia cukup menyentuh hati.
Chef Wan melalui Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah.
Menerusi hantaran tersebut dimaklumkan bahaawa jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu.
“Agensi jururawat itu mengenakan RM180 untuk sehari dan sebulan kira-kira dalam RM5,800 ke lebih dengan kerja lebih masa.
“Biar la mereka berjinak-jinak dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Bila datang waktunya, dia (jururawat khas) boleh menjaga ibu saya dengan baik.
“Saya rasa senang apabila mak ada orang yang profesional untuk mandikan dia, tukar lampin, suap sarapan, bagi ubat, melakukan sedikit senaman serta memastikan mak saya tidur sekejap pada pagi dan tengah hari,” ujarnya yang mengakui bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya.