Mungkin ada yang merasa pelik malah tidak kurang yang terasa teruja bila ada yang berkongsi resipi menghasilkan kerepek daripada biji durian di media sosial. Maklumlah, durian harganya mahal dan kalau biasanya biji dibuang dan kini boleh dijadikan menu kudap-kudapan, pastinya bertambah memberi makna pada nilai wang yang dibelanjakan.
Tambah-tambah jika membeli durian Musang King, Duri Hitam, D24 dan sebagainya. Jadi alang-alang telah berbelanja lebih untuk membeli durian, usah membazir dengan membuang bijinya begitu sahaja.
Jom sediakan kerepek biji durian ini dengan cara yang dikongsikan oleh Puan Rozana Hashim AsSalihin, ujarnya “Makan durian, biji jangan buang! Boleh buat kudap-kudap hilang boring dan stress. Raya Haji pun tak kemana, Eloklah buat kerepek ni. Senang dan mudah.”
KEREPEK BIJI DURIAN
Cara buat :
1. Bersihkan biji durian. Kalau kau rajin buang kulit koko tu. Kalau tak rajin biarkan je lah.
2. Rendam air garam semalaman ok.
Ads
3.Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis. Saya sagat pakai sagat tupperware tu, senang. Ni anak lelaki saya umur 12 tahun yang sagatkan. Mama dia duk basuh pinggan time ni.
Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
4. Selepas itu, boleh goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak. Lama juga nak garing ni, jangan lupa untuk selalu kacau. Sebagai info, biji durian ni berlendir setelah disagat, anda goreng dengan lendir tersebut dan bila masak, lendir itu hilang.
5. Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau. Itu tandanya nak masak. Dan ini dah masak dan boleh angkat
Ads
6. Toskan dan tunggu sejuk sebelum boleh dimakan. Rasanya sedap, lemak-lemak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Meraih kebahagiaan dalam rumahtangga itu impian setiap kita. Pun begitu ketahui dahulu apa perlu kita suami isteri patut lakukan dan wajar juga ketahui ada perkara jangan dibuat agar impian menjadi nyata.
Atas sebab itu juga, penting untuk kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, agar dapat menjaga hubungan dan kasih sayang suami isteri berkekalan dan harmoni sentiasa.
7 KESILAPAN BESAR DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain. Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan.Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.
Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal.Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.
Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.
Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya.
Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin.
Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya.Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan.Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan.
Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.
3. Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap.
Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul. Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita.Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai.
Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara.Walau geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan.
Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita sendiri juga.
Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang tegang menjadi baik.Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya.
Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya.
Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan.Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya.
Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat dengannya.
Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur secara lembut pun mudah diikutinya.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
4. Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri
Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu.Para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri.
Jadi mengapa mesti kita berbohong?
Bukankah ia adalah tabiat yang tidak baik. Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat untuknya dalam syurga.
Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya.Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Ia boleh meruntuhkan rumah tangga berkenaan. Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam hidup kita. Maka mengapa perlu kita berbohong?
Begitu juga dengan isteri.Jangan sesekali membohongi suami kita.
Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan.Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
5. Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya.Jangan pula menjadi sebaliknya.
Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan.
Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri.
Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan.
Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.
6. Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami.
Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya.
Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai.Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya.
Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita.
Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.
Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas.
Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.
Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya.
Isteri juga mahukan hiburan bersama kita.Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa bersama.
7. Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid
Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan diri.
Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.
Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami sekalian menjauhkan diri daripadanya.
Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.
Kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan.
Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka. Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka.
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kek Batik Indulgence memang digemari ramai lantaran rasanya yang enak terutama ketika dimakan waktu sejuk.
Bagi peminat kek, pastinya akan makan berkali-kali menikmati rasanya keju dan coklatnya. Malah anak-anak pasti teruja menjamah hidangan ini.
Jika asyik beli aje tentu ‘lari’ bajet, apa kata buat sendiri. Menarik resipi yang dikongsi oleh Putri Bungsu yang menyediakan langkah demi langkah membuat kek dengan begitu lengkap. Ikuti resipinya.
Inilah saya hampir setiap hari, selepas semalaman dalam fridge ni masa memotong kek batik, cukup keras elok je seronok tengok. Ok saya edit untuk resepi, Cara Potong sekali, kerana sokongan anda semua.
Resepi kek batik ni dapat dari kawan da lama 1998 dulu, saya ubah sikit agar tidak manis keterlaluan. Tapi topping cheese & chocolate Saya belajar setahun lepas, itu pun melalui YouTube, Dan!! Tak betul 100%, Saya olah ikut Cara saya, Resepinya seperti di bawah, semoga bermanfaat untuk semua.
Kek Batik Indulgence Mek Da
Bahan-bahan Untuk Base
1. 8 biji telur ayam 2. 1/2 cawan susu pekat manis 3. 1 pek milo 480 g 4. 1/2 butter cup 5. 1 keping coklat masak 6. 2 bungkus biskut merry 7. Loyang saiz 12’ X 12’ 8. Plastik untuk alas
cara-caranya :
pecahkan semua telur didalam mangkuk sedehana besar. Kemudian pukul telur hingga kekuningan, masukkan susu dan pukul hingga sebati, masukkan milo dan kacau lagi sehingga semua bahan itu sebati, kemudian ketepikan seketika.
Sediakan bekas yang bersesuaian, pecah dua biskut merry dan biarkan.
Kemudian panaskan kuali sederhana besar, masukkan butter cup dan cairkan, kemudian masukkan coklat masak kacau sehingga cair dan sebati kedua-dua bahan tersebut. Kemudian masukkan pula 3 bahan telur, susu dan milo yang telah dikacau tadi. kacaukan semuanya perlahan-lahan sehingga bahan yang cair tadi menjadi likat, masukkan pula biskut merry dan kacau lagi, kacau sehingga biskut merry disaluti coklat.
Apabila semuanya telah sekata masukkan bahan tersebut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekankan kek batik itu tadi dan ratakan didalam loyang, biarkan seketika, step Seterusnya.
Lapisan Cheese
Bahan-bahan : 500 gram cream cheese Tatura 1/3 cup gula 1ml asen vanila 6 gram gelatin 50ml air panas (pastikan air panas mendidih) 250 ml whipping cream
Cara-caranya: Sediakan bekas yang bersesuaian masukkan Cream Cheese, gula dan asen vanila dan pukul sehingga menjadi soft dan sebati. Kemudian masukkan pula whipping cream dan pukul lagi sehingga bahan sebati. Sediakan mangkuk kecil untuk bancuh gelatih dengan air panas kacau sehingga gelatin larut kemudian masukkan ke dalam bahan cheese dan pukul lagi, apabila telah sebati kesemua bahan, tuangkan ke dalam loyang adunan base kek batik dan hentak sedikit agar is lebih rata.
Lapisan Coklat
Bahan-bahan: 500 gram coklat dark compound coins 500 ml whipping cream 2 ml esen vanila 1 sudu kecil butte 10 gram gelatin 50 ml air panas (betul2 panas@ baru lepas dijerang.
Cada-caranya: Satukan coklat, esen vanila & butter dalam 1 bekas. Didalam bekas yang lain @ periuk kecil, masukkan whipping cream dan panaskan dengan api sederhana, sentiasa kacau sehingga panas atau berwap. Tuangkan whipping cream ke dalam coklat tadi kacau segera sementara whipping cream tengah panas untuk mencairkan coklat dan kacau sebati dan sekata, (guna kaedah double boil pun boleh) ketepikan sebentar. Didalam bekas lain, satukan gelatin dengan air panas kacau sehingga gelatin menjadi cecair dan tidak berbiji terus tuang ke lapisan cheese tadi perlahan-lahan. Masukkan ke dalam fridge untuk bekukan topping kek batik itu tadi. Paling minima 5 jam untuk keras sempurna dan cantik bila dipotong.
Cara memotong
Sediakan air panas didalam bekas atau botol yang bersesuaian ikut saiz@ panjang pisau dan kain lap yang bersih. Caranya celupkan pisau didalam air panas, lap kering pisau, potong kek dan basuh pisau. Celup lagi dengan air panas, ikut langkah seperti diatas sehingga selesai.
Kisah inspirasi PhD UiTM melibatkan seorang pesara guru dan anak sulungnya yang berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah bersama pada konvokesyen UiTM ke-104.