Lepas Makan Durian Terasa Mual & Perut Tak Selesa, Begini Dr kongsikan Solusinya!

Share

Umumnya bila adanya musim durian, itulah saat-saat yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh peminat raja buah.

Bahkan sering juga kita dengar, peminat tegar buah durian ini berulang kali mengatakan “Siapa tak maka  durian memang rugi”. Ini bagi membuktikan betapa sedap dan enaknya buah durian tersebut.

Namun bagi yang tidak suka makan durian, nyata mereka ada alasannya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana tidak boleh terima bau durian yang kuat, malah jika dicuba untuk makan durian, perut pula terasa sakit, pening kepala dan mual.

Nak tahu sebab apa ini terjadi, ayuh kita baca perkongsian Dr. Hafiz Sulaiman ini.

PUNCA SAKIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN SOLUSI

Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?

Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan.

Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah.

Tapii..

Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian?

Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:

– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.

Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini:

#Kafein dan teobromine: Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)
# Alkohol (Histamine, tyramine)
# Seafood bercengkerang (Histamine)
# Cili, peram (tempoyak lah)

Solusinya:

#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.

Jangan fikir banyak sangat. Kalau takde masalah kesihatan..Makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.

Makan durian bawa manfaat jika sederhana.Jika tak cakna jadi musibat kita merana.

Selamat menjamu selera.

Sumber : Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

IKLAN