Demi jaminan masa depan anak-anak, lazimnya kita sebagai ibu ayah akan membuat simpanan untuk jangka masa panjang. Walau pun bermula dengan sedikit, lama-lama apabila terus menabung akan berganda jumlahnya.
Punbegitu bukanlah suatu yang pelik bila jumlah tabungan sudah capai puluhan ribu ringgit sekali pun andai dibelanjakan begitu sahaja dengan sekelip mata juga akan habis. Ini sepertimana kisah yang dikongsikan oleh pelakon Zarina Zainuddin terkejut apabila anak bongsunya, Adam, 15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian sehingga wang simpanannya hanya berbaki RM3.
Ujarnya, “Sebagai seorang ibu, saya kongsi supaya orang luar ambil langkah sama memantau pergerakan anak.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Zarina berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapan yang dibuat dan berasa kesal dengan tindakannya itu.
Ads
Bagaimanapun, Zarina sudah memadam video itu kerana dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu menjatuhkan air muka dan membuka aib anaknya.
Zarina berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan anak bongsunya itu sebaliknya mahu perkara ini menjadi iktibar dan teladan kepada ibu bapa lain.
Awasi Anak-anak
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.
Ads
Dia Calarkan Kepercayaan
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?
“Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama,” katanya.
Ads
Zarina berkata, dia sangat tegas dengan anak-anak dan jika buat salah kena mengaku kesilapan yang dibuat dan kena tanggung kesan kesalahan itu.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesusahan hidup itu menjadikan kita lebih gigih dan nekad untuk berjaya. Ia menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan demi ibu ayah dan keluarga.
Kemiskinan itu mendidik hati seseorang itu menjadi seorang itu tabah dan berjaya dalam hidup.
Sejarah telah membuktikan kemiskinan itu telah melahirkan ramai jutawan dan ahli akademik yang berjaya.
Sebagaimana perkongsian seorang lelaki di facebook Dr Mohammad Rahim Kamaluddin yang memiliki kelulusan PhD mengimbau kisah keluarganya ketika lampau.
Terjumpa slip gaji ibunya hanya berjumpa RM260 membuatkan hati sebak. Dengan gaji itu, dapat membesarkan anak-anak walaupun hidup miskin. Ayah pula bekerja buruh.
Sempat memberi nasihat kepada warganet, usah bimbang anak yang dilahirkan dengan serba kekurangan mampu berjaya dalam hidup.
Terjumpa slip gaji mak yang hanya 260.00 (slps tolak pinjaman awal dan kwsp) pada tahun 2001. Masa itu, mak kerja sebagai tukang sapu di SJKT Menglembu.
Sy bangga jadi anak orang miskin yang pernah bekerja sbg tukang bersih (mak) dan buruh kilang (arwah ayah).
Kepada mak cik/pak cik/abang/kak dan sahabat yang bekerja sbg pekerja biasa, dont give up! Anak Tuan/Puan boleh berjaya suatu hari nanti. Kami doakan.
Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa bangga dengan cara lelaki berkenaan. Berjaya dalam hidup walaupun keluarga serba kekurangan. Malah ada yang berharap ia menjadi teladan kepada keluarga lain.
Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.
Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.
Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?