Mungkin ada antara sejak dari dahulu dimomokkan dengan banyak mitos berkenaan penambahan berat badan dan penurunan berat badan. Contohnya, jangan ambil sarapan jika mahu turunkan berat badan atau ada juga yang nasihatkan kena ambil sarapan untuk elak makan terlebih banyak  ketika waktu tengah hari diebabkan perut terlalu lapar.

Hal ini menyebabkan ramai antaranya keliru ‘nasihat’ mana yang betul dan patut diamalkan dalam penjagaan berat badan yang ideal.

Jadi apa kata kita dengar kajian-kajian yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan benarkah melewatkan sarapan menjadi penyebab gemuk dan gastritis pada seseorang.  Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.

MELEWATKAN SARAPAN BOLEH MENYEBABKAN GASTRITIS DAN GEMUK?

Ramai yang beranggapan apabila kita melewatkan boleh menyebabkan gastritis atau menyebabkan kita menjadi gemuk kerana kita akan makan dengan lebih banyak.

Dalam kajian terbaru, gastritis tidak disebabkan oleh kita tidak makan, tetapi disebabkan kita tidak ada lapisan pelindung yang dinamakan mucin pada permukaan dalam perut. Ini menyebabkan asid yang dikeluarkan ketika mencernakan makanan akan mencederakan perut.

IKLAN

Lewatkan Sarapan Jadi Punca Gastritis & Gemuk? Dr Ni Jelaskan Tanggapan Orang & Faktanya!

Lapisan ini tidak dihasilkan kerana sel-sel “mucous neck cell” telah dirosakkan oleh pengambilan ubat penahan sakit, tabiat merokok, dan ubat steroid.

Malah ada pendapat yang terbaru mengatakan dengan berpuasa atau menjarakkan makan 4-6 jam dapat membantu mengurangkan masalah gastritis kerana apabila kita tidak makan, perut kita tidak menghasilkan asid yang mencederkan perut. Asid hanya dikeluarkan apabila kita makan.

Lewatkan Sarapan Jadi Punca Gastritis & Gemuk? Dr Ni Jelaskan Tanggapan Orang & Faktanya!

IKLAN

Ada juga yang mengatakan apabila tidak bersarapan, ia akan untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya.

Saya setuju. Tetapi kita boleh melebihkan pengambilan sayur dan buah seperti mana yang dicadangkan dalam konsep pemakanan Healthy Plate. Di Malaysia dikenali sebagai Suku suku separuh.

Lewatkan Sarapan Jadi Punca Gastritis & Gemuk? Dr Ni Jelaskan Tanggapan Orang & Faktanya!

IKLAN

Dengan mengamalkan konsep pemakanan ini, kita menjadi lebih sihat kerana lebih banyak sayur dan buah kita ambil, kita menjadi lebih sihat. Jangan tambah nasi tetapi banyakkan buah dan sayur, bila kita masih berasa lapar.

Jika berasa pedih perut pada waktu pagi, ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Ia melegakan rasa tidak selesa dalam perut.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI