‘Life Begins At 40’, ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Malah ketika ini adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Begitu juga dengan soal kewangan. Malah ketika jika masih bercadang untuk membuat hutang adalah keputusan yang kurang tepat kerana dalam tempoh lebih kurang 15 atau 18 tahun.
Barangkali ada yang masih bekerja pada usia 55 ke atas mengikut keupayaan diri. Ada juga pencen awal atas usia atau faktor kesihatan. Pada usia ini juga boleh melakukan pengeluaran wang KWSP bagi membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa.
Ads
Justeru itu, pada usia perlu ada perancangan kewangan yang sempurna agar tidak menjejaskan kehidupan selepas bersara.
LIFE BEGINS AT 40″ Saya tak pasti siapa yang mulakan ungkapan ini, tetapi hati hati kawan banyak perangkap tersembunyi dalam usia begini 1. Jika usia kita telah masuk 40 an, kita akan bersara lagi 15 tahun saja lagi. Ya, 15 tahun lagi dah tak lama! 2. Jika kita baru nak menabung untuk bersara, sebulan RM500 sebulan x 12 x 15 = RM90,000 sahaja simpanan. Takkan nak kerja sampai tua atau harapkan anak cucu kita. Bagaimana jika mereka juga susah hidupnya? 3. Jika kita hidup sampai 75 tahun. Bermakna kita perlukan dana hidup 20 tahun kedepan. Jika simpanan hanya ada RM90,000 / 20 / 12 bermakna sebulan kita boleh belanja RM375 sahaja! Nak makan sehari RM12.50 sahaja 4. Jika kita masih beli kereta baru, kita sedang tempah bencana kewangan jika tiada simpanan persaraan. “Bila lagi nak merasa bang, kerja dah penat penat dulu” 5. Jika kita baru nak ‘kahwin lagi’ satu, jika tahun depan dapat anak baru. Pada usia 55 tahun, kita masih tunggu anak balik sekolah depan sekolah lagi. “Atok ambik kamu ya Delisha?” Tanya kawan kawan anak kita! Jika tambah lagi 5 anak? Usia 70 orang ingat kita tunggu cucu bukan anak lagi! 6. Jika waktu ini baru buat pembiayaan peribadi, bersedialah untuk hidup susah nanti. 7. Jangan belajar melabur guna duit loan waktu usia begini, bila gagal ia telan duit persaraan kita nanti. 8. Usia begini juga, jangan melabur ditempat tempat yang berisiko tinggi. Cari pelaburan yang risiko sederhana, biar sedikit untung janji tidur lena.
Kawan kawan, Usia ini penentu sebenarnya,kita akan senang atau susah bila menjelang tua. Kata Buya Hamka, Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tidak berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tidak akan tercapai olehnya tanah tepi. Dan alangkah indah kehidupan tanpa merangkak-rangkak di hadapan orang lain. Dari guna duit kahwin lagi, bawalah isteri keliling dunia sambil makan kurma atas unta.
Nostalgia kek dulu-dulu mesti ada yang merindui akan rasanya. Biarpun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun rasanya cukup enak dan tidak muak dimakan. Jadi buat anda yang teringin merasai kembali kek orang lama, jom kali ini kita sediakan Kek Oren yang ringkas dan gebu untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Bahan A
5 Biji telur grade A (Jika gunakan telur grade B jadikan 6 biji)
270 gm Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gm Gula kastor
Bahan B
250 gm Butter (biarkan lembut tanpa perlu dicairkan)
3 sudu besar oren sunquick
Caranya
1. Mix kesemua Bahan A sampai gebu- Guna speed laju
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer, Masukkan butter dengan Oren Sunquick. Mix balik dalam 3 minit.. stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi
Mungkin ada di antara kita masih berbaki pemberian daging korban yang diterima ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu. Tidak tahu menu apa lagi yang ingin dihidangkan untuk keluarga, apa kata kali ini sediakan menu special Nasi Daging Daging.
Oleh itu, bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Ada petuanya, dan paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja namun hasilnya memang hebat.
Cuba tip atau petua ini ketika memasak.
Mesti ada rempah 4 sekawan
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik dalam air asam
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur pucuk manis memang enak rasanya, sama ada dimasak ringkas dengan direbus atau dimasak dengan santan nyata mampu membuka selera ketika dijamah bersama lauk pauk pilihan. Umumnya, pokok pucuk manis ini sangat mudah didapati di kampung-kampung. Andai teringin dimakan, terus boleh dipetik di laman rumah.
Menyedari pucuk manis ini bukan sahaja kerana bila dimasak enak rasanya, malah mengandungi banyak khasiat. Pun begitu menurut perkongsian Dr Suri Roowi, ada memberi peringatan agar berhati-hati menikmati pucuk manis ini.
Nak tahu apa sebabnya, ini katanya;
PUCUK MANIS – SEDAP TAPI PERLU HATI-HATI
Pucuk manis;
secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu
sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral.
iii. lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain
Walaubagaimanapun…..
– pucuk manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin)
Justeru….
Pengambilan ekstrak pucuk manis yang berlebihan boleh sebabkan toksik.
boleh juga sebabkan pening, mengantuk dan sembelit.
Di Taiwan, lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan.
Lima pesakit pula terpaksa menjalani ‘lung transplant’
Buat anda yang ingin mencuba menikmati keenakan rasa pucuk manis, bolehlah dimasak lemak seperti yang dikongsikan oleh Roslinda Abdul Hamid ini. Menurutnya, walaupun senang dan rasanya semua orang tahu tapi dia share untuk anak-anaknya dapat rujuk cara penyediaan menu Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Keledek pada bila-bila masa kelak.
Masukkan ubi keledek ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama air dan perasakan dengan garam. Pastikan ubi keledek tenggelam dan rebus sehingga empuk.
2. Setelah ubi keledek empuk masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan daun pucuk manis yang telah dicuci ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di