Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Ads
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ads
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Ads
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kini sedang hamil anak pertama.
Mengakui teruja dengan pengalaman bakal bergelar ibu tak lama lagi, perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman media sosial Instagramnya.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda – saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.
“Walaupun media sosial ialah platform yang hebat untuk berkongsi siaran pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi,” katanya.
Dr Amalina juga memberitahu, bekerja dalam tempoh yang panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) adalah yang sukar dan memenatkan.
Malah, dia juga melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua terutamanya dengan alahan dan muntah sehingga hilang berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata.
“Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokong.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama.
“Ya, dia sangat teruja dan akan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan. Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan berbanding saya.
“Ibu saya pula sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan cukup. Ibu akan membekukan banyak makanan di dalam peti sejuk sebelum dia pulang ke Malaysia,” katanya.
Katanya, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai seorang wanita hamil apabila dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.
Bukan mudah bergelar ibu bapa, besra tanggung jawab yang harus dipikul. Namun orang selalu nampak pengorbanan ibu, jarang sekali kehebatan dan kesusahan yang dilalui si ayah dalam membesarkan anak-anak dipertontonkan.
Mungkin kerana ayah lebih bersikap low profile dan bersahaja. Manakala ibu pula berjiwa lebih lembut menyebabkan anak-anak lebih suka berkongsi dengan si ibu.
Sementelah ayah, sibuk dengan urusan kerja keluar rumah mencari rezeki yang halal buat anak isteri.
Bak kata saudara Ariff Ismail, majoriti dari kita, mesti lagi rapat dengan mak berbanding ayah. Tak semua lah, tapi boleh dikatakan kebanyakan dari kita memang rapat dengan mak terutama anak lelaki. Dengan mak ni, kita boleh manja lebih sikit.
DIARI SEORANG AYAH
Masa kita kecik dulu, orang yang kita cari mesti emak. Kita sakit cari emak, bila nak beli mainan cakap dengan mak, malas nak p sekolah cakap dengan mak. Nak cakap dengan ayah semua ni? Memang tak lah kan.
Kadang kadang bila kita fikir balik, ehh semua mak lah yang kita cari. Tapi mana mak dapat permission? Mestilah dari ayah. Ayah ni selalu karakter mesti tegas, garang dan tak banyak cakap.
Tapi bila kita buat silap, mesti mak akan cakap ” ni ayah kau balik kejap lagi, memang nahas kau kena”. Kalau buat salah kat sekolah ke dengan mak ke, gaduh dengan adik beradik mesti kita nak elak dari di bicara depan ayah. Mak ok lagi, paling paling bebelan je yang kita dengar.
Majoriti dari kita, mesti lagi rapat dengan mak berbanding ayah. Tak semua lah, tapi boleh dikatakan kebanyakan dari kita memang rapat dengan mak terutama anak lelaki. Dengan mak ni, kita boleh manja lebih sikit.
Perasan tak? Ayah ni lebih banyak berdiam dari bercakap. Kadang kadang bila kita tanya sepatah, sepatah je dia jawab. Bila kita call dengan mak boleh sejam, dengan ayah ni kadang kadang 5 minit pon tak sampai dia dah letak.
Tapi sedarkah kita? Ayah lah yang banyak mengawal dari segala benda. Dari sekecil kecil hal, sampailah sebesar besar perihal. Sikap ayah tak tunjuk kasih sayang depan kita, ayah nak kita berdisiplin.
Kalau mak dah berlembut, ayah berlembut, tak jadi orang kita ni brother. Garang ayah ada sayang nya. Dalam tegas seorang ayah ada sikap ayah yang sentiasa tunjukan kasih sayang dia, tanpa kita sedari.
Teringat saya masa mula mula saya masuk Universiti dulu. Ayah tak hantar pon, tapi dia minta teksi bawak saya dan mak sebagai peneman untuk pergi daftar kat u. Dalam hati ayah ni, kalau tak sayang sekalipon hantar je lah. Ni first time ni nak keluar dari rumah.
Tapi apa yang ayah buat? Yang saya nampak dia tak ambil berat pasal saya, rupanya segala kelengkapan dia dah atur untuk saya termasuk duit belanja. Dulu lepas spm saya kena tolong ayah jaga kantin. Dari jaga kantin kilang sampai lah jaga kantin matrikulasi.
Ada satu peristiwa yang paling saya ingat, masa tu bulan puasa, ada tempahan untuk majlis berbuka. Kita ni jiwa muda brother, mana nya nak layan sangat buat buat kerja ni. Sekali kena tengking dengan ayah, apa lagi anak jantan kan, lawan lah, saya balingkan senduk nasi ke lantai.
Perasaan puas melawan masa tu, dah lawan tak kan nak tunggu, start enjin motor terus gerak keluar. Sekali Allah tu kan Maha Besar, tak lama pon nak dapat pembalasan, saya bawak motor kawan naik kat belakang, tengah laju ada pak cik bawa kereta tak bagi signal main nak masuk simpang.
Member belakang terus lompat lah, saya tersembam sondol belakang kereta. Nasib tak patah riuk masa tu. Dalam hati, nak jawab apa dengan ayah ni, nak cakap accident memang mintak penampar lah. Pakat dengan member anta motor untuk repair.
Tetap tak bagitahu ayah, saya bagitahu mak, apa lagi dapat lah bebelan maut dari mak. Lawan lagi bapak kau, nasib tak jadi apa apa kalau tak kan dah susah. Sudah lah badan kita sakit sakit, kena pulak bebelan lagi.
Bila dah besar ni, mak pulak dah tak da, tinggal lah ayah sorang je. Nak tak nak apa apa kena la berdiskusi dengan ayah. Ayah lah jadi pengganti mak. Teman borak bila balik kampung, tempat kaunter aduan masalah dan jadi bahan usikan saya.
Ayah ni sebenarnya, nampak je tegas, nampak je garang. Rupa rupa nya segala perihal kita dia ambik tahu dari kecik sampai lah ke besar. Segala perangai buruk kita, perangai baik kita, dia tetap ingat. Cuma jangan lah harap, kalau ayah kita jenis keras jenis garang tiba tiba nak suruh dia cakap ” I Love You My Son “.
Haa dapat lah, tapi dalam mimpi. Ayah ni brother, dia banyak pengalaman dan sentiasa penuh dengan nasihat. Benda yang dia dah hadap, benda dia dah buat, kalau boleh dia tak nak kita buat. Dia nak kita jadi lebih baik dari mereka.
Bila dah jadi ayah, barulah kita tahu betapa besar nya tangungjawab seorang ayah. Baru kita tahu, bukan mudah nak jaga keluarga. Betapa banyak benda seorang ayah akan fikir untuk anak nya.
Pesanan saya, segarang mana ayah kita masa kecik, setegas mana dia masa kita membesar. Sesibuk mana dia masa kita belajar. Dia tetap ada je dengan kita. Hargailah jasa ayah yang bersusah payah membesar kan kita.
Buang sikap kita yang apa apa ingat kat emak, beli hadiah ingat kat mak, kita ubah untuk ingat kedua dua sekali. Tiada ayah tiadalah kita di dunia. Kasihi mereka, santuni mereka selagi Allah pinjamkan mereka kepada kita.