Lima Cara Nak Bebas Jeragat Terutama Wanita Usia 40an, Ambil Peduli Hal Ini.
Buat mereka yang mempunyai masalah jeragat pastinya sukar untuk menghilangkannya. Lebih serius lagi sukar untuk hilangkan jeragat dalam tempoh masa yang singkat.
Umumnya masalah jeragat ini akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Jeragat atau melasma adalah sejenis penyakit kulit yang tidak bahaya tetapi boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan menjejaskan penambilan seorang wanita.
Justeru itu, untuk tampil cantik sudah tentu kita mencari rawatan untuk mengatasi masalah ini. Rawatan termasuk cara alami atau moden.
Berikut ikuti lanjut kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kebersihan wajah
Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.
Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.
Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita.
Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
Aloe vera
Cara alami dengan menggunakan jeli aloe vera untuk disapukan pada bahagian muka. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit.
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
– Mencerahkan wajah
– Melindungi dari sinar matahari
– Mengecut dan menghilangkan jeragat
Ads
– Mengatasi kulit kering dan berminyak.
– Menghilangkan jeragat.
– Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:-
Campurkan jel aloe vera dengan madu
Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.
Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.
Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.
Ads
Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.
4. Pengelupasan kimia
Berjumpa dengan pakar estetik untuk mendapatkan nasihat lanjut masalah jeragat. Untuk masalah jeragat yang tidak kronik, biasanya menggukan larutan kimia untuk mengelupaskan dan menjatuhkan jeragat yang melekat di bahagian kulit. Biasanya rawatan ini hanya dilakukan kepada yang mempunyai masalah jeragat di bahagian luar sahaja.
5. Rawatan laser
Bagi rawatan laser pula ia sesuai buat jeragat yang kronik apabila sudah berakar jauh di bawah lapisan kulit. Cahaya laser akan memancarkan pancaran kecil menebusi kulit dan merangsang pengeluaran kolagen dan merangsang elastin. Rawatan laser ini tidak menyakitkan dan boleh diumpamakan seperti cucukan pin kecil yang dirasakan kurang selesa bagi sesetengah orang.
5.Produk Kosmetik
Ads
Pelbagai produk kosmetik banyak di pasaran dikatakan dapat membantu masalah kulit wajah termasuk jeragat. Salah satunya adalah Safi Youth Gold. Malah penampilan anggun menawan personaliti Amyra Rosli menyerlahkan dirinya sebagai duta baharu produk ini.
Amyra menjelaskan bahawa kesibukan tugasan seharian juga bukan alasan buat dirinya mengekalkan kulit wajahnya supaya sentiasa kelihatan anjal, tanpa garisan pelitup muka dan bebas jeragat apatah lagi dalam keadaan masa kini yang memerlukan pemakaian pelitup muka berjam lamanya.
Lantaran itu, tiga pilihan serum iaitu Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion, Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum hadir tepat pada masanya untuk membantu wanita menangani pelbagai masalah kulit berkaitan penuaan.
Jadi, jangan biarkan kulit wajah kita terus mengalami kerosakan akibat tiada penjagaan yang betul. Bertindak sekarang sebelum masalah jeragat menjadi lebih teruk.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Namun tahukah ibu bapa bahawa jika salah doa ia akan memberi kesan kepada tingkahlaku anak.
Namun sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Bagaimana sukar sekalipun atau besar cabarannya namun kita harus pikul tanggungjawab ini dengan baik. Perlu prihatin dan sedari setiap sudut agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Justeru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai kesilapan setengah ibu-ibu dalam berdoa.
“Sebenarnya Ustazah tak nak sentuh mengenai kesilapan ibu-ibu kerana jasa ibu-ibu ini besar pengorbanannya. Namun semoga kesilapan ini kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus perbaiki diri dalam mendidik anak-anak”.
Kurang berdoa
Ustazah Siti Noor Bahyah memberitahu bahawa, “adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada noktah.
“Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah dengan sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa”,jelasnya ketika ditemui baru-baru di sebuah majlis ilmu di Shah Alam,Selangor.
Beliau turut berkongsi pengalaman cara terbaik mendoakan untuk anak-anaknya, “Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah, seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”.
“Apabila menyebut nama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja.
“Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakan doa. Doa ibu tiada hijabnya di sisi Allah.”
Moga cara doa yang khusus ini kepada anak, menjadi panduan buat kita semua untuk memperolehi anak yang mendengar kata, soleh soleheh dan anak-anak cemerlang dunia akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kecoh juga di media sosial berkenaan pendedahan daripada sebuah keluarga yang mendakwa dilayan buruk ketika menaiki pesawat penerbangan daripada Langkawi ke Kuala Lumpur.
Hal ini terjadi difahamkan disebabkan anak kecilnya tidak berhenti menangis kerana enggan duduk di kerusi berasingan hingga menyebabkan hampir dihalau keluar oleh kapten pesawat tersebut.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui pernah mengalami situasi seakan-akan sama dengan keluarga berkenaan. Ia terjadi sewaktu dia membawa Fatima tapi bernasib baik kerana mendapat layanan baik dari staf kabin.
“Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belt.
“Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga. Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!” luah Faz di Instagram story yang nyata memahami perasaan ibu bapa berkenaan.
Dalam pada itu Faz turut mempersoal sama ada benarkah kanak-kanak itu menangis selama 20 minit dan hampir dihalau keluar.
“Betul ke baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat? Simply unacceptable because most of us have love and compassion.”
Nak mendidik anak bukan sesuatu yang mudah terutama apabila anak semakin membesar. Apa yang merisaukan apabila anak mula buat perangai tidak mendengar cakap ibu bapa.
Menerusi facebook seorang lelaki, Muhammad Hassan berkongsi info manfaat ini.
Bina emosi,bina akhlak.
Anak-anak tinggikan suara depan mak ayah,melenting apabila ditegur,susah dengar cakap apabila disuruh. Sebenarnya bukan akhlak mereka bermasalah sebaliknya emosi mereka sedang terganggu.
Anak buat salah mak ayah pukul,tengking,denda,pulau mereka. Dari kecil anak-anak dibesarkan dalam suasana huru hara. Paling Sadis dipukul sehingga meninggalkan kesan. Semua ini akan ganggu emosi mereka.
Apa kata sentiasa peluk dan cium anak jika mereka buat salah,tidak dengar cakap. Bagi yang dewasa ajak berbual, dengar apa yang mereka ingin luahkan. Adakalanya kita perlu jadi pendengar yang setia untuk mereka, bahkan lebih dari kawan-kawan mereka. Dengar masalah mereka walaupun dalam perkara yang remeh.
Insyaallah asbab peluk dan cium anak degil akan jadi anak yang taat,anak yang kasarakan jadi anak yang mendamaikan. Rahmat الله akan bersama kita tatkala saat kita peluk anak dengan kasih sayang. Rotan dah boleh gantung di dinding dengan tenang.
Nabi s.a.w tidak pernah pukul anak dan isteri. Cara nabi s.a.w bentuk umat dengan akhlak dan kasih sayang. Senda gurau bersama anak dan isteri. Adakalanya nabi s.a.w berkejar-kejaran dengan aisyah r.ha. Biarkan aisyah r.ha menang dan adakalanya nabi s.a.w menang. Nabi s.a.w suka bergurau dengan anak-anak kecil. Inilah akhlak seorang manusia yang sangat mulia disisi Allah s.w.t,didik umat dengan penuh kasih sayang.
Tuan Puan Perbaiki JIWA kita, perbanyakkan istighfar. Anak degil, anak bermasalah, anak isap rokok, anak tidak solat, suka keluar rumah,balik lewat malam puncanya dari kita. Kita tidak hidupkan kasih sayang dalam jiwa mereka. Mereka tidak faham apa itu erti kasih sayang, yang mereka faham erti ‘ketakutan’ ‘Kebencian’
Dari kecil ajar anak-anak ‘khidmat’. Kemas rumah bukan sebab takut mak ayah, tetapi sebab sayang mak ayah, sebab nak kejar pahala. Setiap hari dakwah mereka kelebihan khidmat. Dengan khidmat الله lembutkan hati yang keras.
Adik kemas rumah, basuh pinggan, basuh kasut sekolah, buang sampah nanti الله bagi hadiah untuk adik disyurga, nanti الله sentiasa sayang adik,nanti الله bantu adik ketika susah dan senang. Bukan kemas rumah untuk dapat hadiah atau habuan dunia. Hari-hari cakap begini kepada Anak.
Salah faham kita hari ini, letak habuan dunia depan anak. Anak kemas rumah mak janji bagi rm10, mak janji bagi PS3, mak janji ajak jalan-jalan di Mall. Sampai satu tahap mereka akan ‘boikot’ jika tidak tunaikan apa yang kita janjikan. Hadiah bagi kemudian untuk raikan mereka.
Waktu makan suapkan makanan untuk anak walaupun telah dewasa. Hidupkan solat-solat sunat bersama anak,hidupkan zikir,berzanji,qasidah,ta’lim,al-quran secara berjemaah.
Saya yakin dan percaya, akan lahirnya anak-anak yang Taat الله Rasul jika kita sentiasa hidupkan suasana kasih sayang dalam kehidupan mereka. Paling penting Jangan tunjukkan masalah peribadi kita, masalah pejabat kita,jangan gaduh suami isteri depan mereka. Tunjukkan akhlak dan layanan yang baik terhadap mereka.
Anak adalah amanah yang الله anugerahkan kepada kita untuk bawa mereka masuk syurga bersama. Ibu-ibu,ayah-ayah, tahan tangan kita dari memukul mereka. Ringankan tangan untuk peluk cium mereka.