Lipas bila waktu malam hari, mulalah bermaharajalela di dalam rumah. Dapur antara kawasan yang paling disukai lipas. Pening juga memikirkan apakah cara untuk menghalau lipas-lipas ini dalam rumah kita.
Pelbagai cara dicuba termasuk menggunakan produk di pasaran, namun lipas hilang sekejap dan akan muncul kembali. Nah berikut dikongsikan petua untuk menghalau lipas hanya dengan menggunakan dua bahan dapur sahaja.
Memang stres bila nampak lipas merayap-rayap di dalam rumah terutama di ruang dapur. Menurut kajian, di dalam perut lipas, ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas dengan penyapu atau kertas, kemungkinan cacing ini akan keluar daripada perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak.
Cacing ini anda tidak boleh nampak dengan mata kasar sebab saiznya yang kecil. Cacing ini boleh boleh masuk dalam tubuh melalui pori-pori kaki terutama bahagian tubuh terutama kaki yang ada luka.
Ads
Ada cara mudah, selamat dan jimat untuk menghalau lipas. Boleh cuba cara berikut:
Bahan-bahan:
1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gula
Ads
Cara-cara:
Ads
Campurkan baking soda dan gula dalam satu bekas. Kacau biar sebati.
2. Letakkan bekas tersebut di tempat yang gelap terutama yang menjadi laluan lipas. Boleh juga taburkan campuran bahan ini di atas laluan lipas.
NOTA PETUA: Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.
Yang mana gemar buat asam pedas atau laksa, atau berniaga ke pasti akan guna daun kesum sebagai salah satu ramuan wajib dalam masakan kan? Kalau tak letak, tak lengkap lah pula masakannya kurang dari segi bau dan rasa!
Zaman sekarang ni, kalau ada kerajinan nak menanam sendiri, buat lah memandangkan harga barang tak menentu sekarang. Bila tanam sendiri ni, nak guna main ambil je, tak perlu nak pergi ke kedai dah nak membeli.
Jadi, jom ikuti 13 tips mudah untuk menanam pokok daun kesum yang rimbun hasilnyav daripada Mohd Syafiq Ahmad Khasasi.
13 Tips mudah Cara Tanam Pokok Daun Kesum rimbun dari Cikgu Kebun
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni. CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 TEKNIK MUDAH TANAM DAUN KESUM:-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. Nisbah 70% tanah, 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemuanya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik. Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. Hangpa faham-faham la sistem barter, macam tahu-tahu CK buat laksa hehe.
Pejam celik hari ini genap seminggu umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadah puasa bersempena bulan Ramadan.
Antara topik hangat yang saban tahun selalu diperkatakan adalah mengenai makanan di bazar Ramadan atau di manakah bazar Ramadan yang ‘best’?
Ini kerana ada sesetengah pengunjung yang suka pergi ke bazar-bazar yang meriah dengan jualan juadah berbuka puasa. Ianya hanya dapat dinikmati hanya sebulan pada setiap tahun.
Satu video yang dimuat naik di Twitter @hafizaquafiz telah mencuri perhatian netizen, di mana video itu menunjukkan pemandangan tapak Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani yang dirakam menggunakan drone.
Daripada video dirakam itu kelihatan sejumlah khemah yang tersusun panjang di belakang kawasan perumahan tersebut.
Panjangnya boleh dikatakan menghampiri 1 km dengan gerai-gerai dikiri dan kanan jalan.
Netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video pendek berdurasi lapan saat itu. Ada yang menyukainya kerana mempunyai pelbagai pilihan juadah yang boleh dipilih untuk dijadikan juadah berbuka.
Ramai juga yang teruja melihat suasana bazar ramadan sepanjang itu kerana langsung tidak menyangka ada lokasi yang boleh memuatkan khemah-khemah sepanjang jalan raya berkenaan.
Video-video yang ditampilkan oleh pempengaruh Soyank memang tidak pernah jemu untuk di tonton. Malah setiap dari video yang ditampilkan mempunyai storyline yang berbeza dan ‘out of the box’.
Selepas membanggakan negara Malaysia dengan kemenangannya dalam Pertandingan Ultimate VFX Challenge di Los Angeles bulan lalu dan penampilanya bersama Zach King, kini Sofyank hadir dengan satu lagi buah tangan terbaharu yang turut menampilkan isterinya.
Dalam satu hantaran IG yang dibuat semalam, Sofyank meluahkan rasa gementar untuk kongsikan video tersebut kerana ini kali pertama beliau shoot video production bersama isterinya untuk melengkapkan storyline yang memerlukan sentuhan fizikal antara beliau dan talent perempuan.
Perasan gementar Sofyank itu ‘terubat’ apabila rata-rata penonton berasa kagum melihat betapa kemas transition antara satu babak dengan babak yang lain. Daripada babak membeli air kopi, kemudian tukarkan isterinya menjadi patung di kedai baju.
Babak paling menarik perhatian apabila Sofyank memperlihatkan bunga-bunga mengelilingi tubuhnya dan menjadi ‘pagar’ ketika beliau melutut di hadapan isterinya.
Sangat kemas suntingan yang dibuat oleh Sofyank yang mempunyai vibe-vibe ala filem keluaran Disney.
Semoga Sofynak terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.