Raja kepada segala buah, durian menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand dan Singapura. Isi yang berkrim dan berlemak, rasanya yang unik, tiada tandingan kelazatan buah ini. Oleh kerana itu, bila tiba musim durian, peminat “hardcore” buah ini akan pergi jauh untuk membeli tanpa kira harganya.
Seorang peminat durian telah memuat naik video yang tular di mana dia mengukur berat buah itu sambil memapar harganya yang berjumlah RM117. Video ini menunjukkan lelaki itu membuka buah durian “Black Thorn” yang dibeli dengan harapan yang tinggi memandangkan beratnya yang mencecah 1.8kg dan jenisnya yang “premium”.
Malah apabila dibuka buah itu, kecewa adalah perkataan yang paling sesuai untuk menghuraikan perasaannya.
Terkejut lelaki itu apabila melihat kualiti durian premium yang dibayar RM117 tidak mempunyai isi langsung! Jelas hancur harapannya untuk menikmati durian semahal itu dan timbul perasaan “kena scam”.
Perkongsian video ini meraih perhatian wargamaya yang lain. Mereka menasihatkan untuk membuka buah durian itu di depan kedai pembekal buah itu lain kali agar tidak terkena seperti ini lagi dan tidak rugi.
Ads
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada peminat durian diluar sana untuk mengelak daripada “kena scam” dan kerugian. Semoga anda dapat menikmati buah durian yang berisi penuh bersama keluarga tersayang.
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan menu untuk keluarga juga memerlukan kita kaum ibu memikirkan jenis hidangan yang bukan sahaja berkhasiat malah kalau boleh biarlah mudah disediakan.
Apatah lagi jika menyediakan sarapan, kalau boleh dalam kita bersiap-siap untuk ketempat kerja, masih sempat ‘mencuri’ masa untuk menyediakan menu buat suami dan anak-anak.
Nak tahu menu apakah itu, lain tak bukan apa kata kita sajikan telur separuh masak. Andai dimakan dengan kicap dan lada sulah, memang enak rasanya.
Menurut Rozita Ab’dullah, hanya dengan 3 langkah mudah telur separuh masak dapat disediakan dengan sempurna. Jom semak.
Cara-cara menyediakan telur separuh masak, hanya 3 langkah.
LANGKAH 1 : Didihkan air di dalam kuali.
LANGKAH 2 : Setelah air benar-benar mendidih, matikan api dan masukkan telur.
LANGKAH 3 : Kemudian ambil tudung periuk dan tutup telur tadi seperti di dalam selama 5 minit. Setelah itu, sedia untuk dimakan.
Ekstra info
Kebaikan yang boleh anda perolehi daripada pengambilan telur separuh masak ini banyak, antaranya dikatakan :
1. Menu Sarapan Yang Sihat
Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.
2. Membantu Pembentukan Otot
Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.
3. Bantu Turunkan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.
4. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.
5. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan sumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.
6. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.
7. Baik Untuk Mata
Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.
Memasak nasi nampak mudah, tetapi jika salah masak nasi boleh jadi lembik ataupun mentah. Untuk mendapatkan nasi yang leboj peroi dan ‘cantik’, ada caranya.
Selain jenis beras yang digunakan, cara untuk menyukat air ketika memasak kena betul. Ibu-ibu cuba teknik ringkas ini bagi memastikan nasi yang dimasak ‘menjadi’.
SUKAT GUNA CAWAN
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan anda menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.
MASAK BERAS BASMATHI
Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Katakan anda guna 3 cawan beras, maka airnya juga haruslah 3 cawan air.
MASAK BERAS PERANG
Jika anda mahu memasak beras perang, caranya lain sedikit. Sebaiknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.
3 KALI BASUH
Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.
GUNA JARI HANTU
Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.
MASAK ATAS DAPUR
Jika anda memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur memerlukan anda untuk menjadi lebih peka supaya nasi tidak hangit. Ketika air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.
GEMBUR NASI
Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, anda digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.
LEBIHAN NASI
Untuk membuat nasi goreng, anda harus menggunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Jika ada lebihan nasi dan anda merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di