Bagi penggemar masakan ‘western’ Macaroni Cheese adalah antara menu yang menjadi kesukaan ramai terutamanya anak-anak kecil kerana rasanya yang berkrim dari sos keju yang ada.

Jadi tidak salah kitanya andai menu ini dijadikan pilihan ibu-ibu untuk dibawa ke sekolah sempena jamuan akhir tahun. Tentu rakan sekelas anak-anak kita makan dengan berselera.

 

 

Pun begitu, menyediakan menu ini mungkin ada antara kita bimbang jika berlaku pembaziran. Maklumlah setiap rakan-rakan kelas anak kita juga turut membawa makanan dari rumah masing-masing. Jadi tentu ada lambakan makanan di hari jamuan tersebut.

Jadi apa kata anda ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Jaja Mohd Zain ini. Andai tidak habis dengan mudah boleh di bawa pulang.

 

 “Letak siap-siap dalam bekas begini, senang nak makan tak yah susahkan cikgu-cikgu dah. Tak sempat makan, hangpa bawak balik la noh.”

Mac & Cheese, Satu Lagi Pilihan Menu Favorite Jamuan Di Sekolah Anak. Ni Resipinya!

RESEPI MAC & CHEESE MAMA ECHA :

(Sukatan utk 30 bekas)

BAHAN-BAHAN:

Macaroni Kimball – 2 packet. (Tak sampai 2 packet pon) (rebus asing sampai empuk).

IKLAN

Prego Mac&cheese 2 tin

Sosej – 1 paket (hiris)

Cendawan butang – 1 tin (hiris)

Susu full cream – ½ kotak besar

Udang – 30pcs (buang kulit, rebus asing. Rebus kejappp je)

Bekas untuk isi

Bawang putih – 6 ulas (tumbuk)

Oregano 1-2 sudu

IKLAN

Gula/garam/perasa

Butter 3 sudu besar

 

ARTIKEL MENARIK :

 

CARA-CARA:

1. Panaskan butter. Tumis bwg putih. Masuk sosej+cendawan smpai betul2 masak.

IKLAN

2. Masuk Prego Mac&cheese tu. Masuk susu full cream. Masuk oregano. Masuk gula+garam+perasa. Senang citer, masuk je semua skali.

3. Biar smpai mendidih & pekat sket. Pastu masuk macaroni yg dah rebus tu. Gaul sebati semua skali. SIAP.

Mac & Cheese, Satu Lagi Pilihan Menu Favorite Jamuan Di Sekolah Anak. Ni Resipinya!

4. Boh la dalam bekas. Atas skali hias la, letak udang tu.

Mac & Cheese, Satu Lagi Pilihan Menu Favorite Jamuan Di Sekolah Anak. Ni Resipinya!

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mac & Cheese, Satu Lagi Pilihan Menu Favorite Jamuan Di Sekolah Anak. Ni Resipinya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI