Menjadi satu perkara yang membanggakan buat ibu ayah apabila melihat anak-anak mampu berjaya dalam pelajaran dan menggenggam segulung ijazah.
Baru-baru ini, anak penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, Suhazrin Amrin, berjaya bergelar graduan Sarjana Sains di sebuah universiti tempatan.
Perkara itu dikongsikan oleh Rahmad sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto mereka sekeluarga dan meluahkan rasa bangga apabila anak lelakinya itu berjaya menamatkan pengajiannya.
Ads
“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan master in science (sarjana sains) di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di samping itu, Rahmad juga sempat membuat kejutan dengan muncul di pentas dan menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani anaknya, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 itu.
Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.
Ads
“Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ucapkan tahniah pada mereka satu keluarga. Malah, ada yang berpendapat wajah Rahmad dan anaknya itu seakan adik dan abang.
Memiliki anak-anak yang ramai ni memang seronok. Suasana rumah riuh dengan suara dan karenah anak-anak, hilang segala rasa penat tatkala pulang dari kerja.
Umum mengetahui angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan isteri, sejak dahulu lagi mengimpikan untuk memiliki keluarga yang besar. Pasangan ini kini memiliki 6 cahaya mata yang comel Dan bijak belaka.
Selain berkongsi tip kekeluargaan, Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr Halina juga sering memuat naik video mahupun gambar anak-anak. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.
Terbaru menerusi instagram, Sheikh Muszaphar berkongsi video mereka sekeluarga ketika ingin pulang ke kampung angkasawan Negara yang terletak di Seremban.
Namun, disebabkan kereta yang dimilikinya tidak mampu menampung mereka berlapan, Sheikh Muszaphar meminjam van milik restoran Rebung.
Apa yang melucukan, sambil memandu, sheikh Muszaphar memasang lagu Balik Kampung.
Cukup comel dan lucu gelagat anak-anak yang dilihat beratur untuk menaiki van. Semua nampak gembira termasuklah si kembar Emelia dan Eusoff.
Pastinya ini merupakan pengalaman paling manis dan menyeronokkan terutama buat anak-anak kerana pertama kali menaiki van untuk pulang ke kampung.
Rata-rata terhibur melihat gelagat keluarga ini. Tak kurang yang memuji cara sheikh Muszaphar dan Dr Halina membesarkan anak-anak. Cukup sederhana dan tidak banyak karenah.
Mungkin ramai antara wanita yang bergelar isteri diuji dengan pasangan suami yang sakit terlantar dan sebagainya. Mereka inilah orang yang penting yang menjadi sumber kekuatan kepada suami. Tatkala ketua keluarga diberi ujian, lumpuh sistem kekeluargaan namun dibahu sang isteri lah menjadi tempat untuk keluarga bersandar.
Wanita dan juga ibu bernama Raudzah Arippin ini cukup hebat dan kental orangnya. Berhadapan dengan suami, Muhammad Idzwan Othman yang diserang strok pendarahan, kisahnya menjaga suami ini cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana.
Dibibirnya terukir senyuman namun di hati siapa yang tahu. Pengalaman menjaga suami sakit diinspirasikan di dalam sebuah buku bertajuk “Maaf Suami Puan Kritikal.
Harus dibaca oleh isteri untuk dijadikan panduan bersama.
Ikuti perkongsian dari ibu dan isteri yang cukup hebat ini.
“Suami diserang strok pendarahan pada 2015. Kalau ikutkan dia diserang sakit tiba-tiba, memang ada darah tinggi tapi waktu diserang itu ia berlaku secara tiba-tiba. Kebetulan saya dan anak-anak ikut suami ke pejabat walaupun hari itu hari ahad. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk ikut suami ke pejabat hari itu.
“Ketika kejadian, itu kami bersarapan bersama, suami cakap pening. Semua berlaku mengejutkan tapi saya tak panik, sebaliknya saya hubungi bahagian kecemasan dan terus ke hospital. Apabila sampai di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan zon merah sebelum ditolak ke bahagian kritikal.
Saya masih ingat kata-kata doktor ketika itu. ‘Maaf suami puan kritikal’ dan kata-kata itu masih menghantui sampai sekarang. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada anak-anak. Apatah lagi, suami merupakan tonggak utama keluarga.
“Apabila suami tak sedar diri anak-anak terkejut. Waktu itu anak sulung bakal menduduki UPSR, yang kedua darjah lima, yang ketiga tadika dan yang bongsu 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu.
“Yang main peranan ketika itu adalah saya yang kena terangkan apa yang terjadi pada ayah. Selain menenangkan mereka.
Cabaran menjaga orang sakit bukan semudah yang disangka.
“Menjaga orang sakit ini berfasa. Fasa awal yang paling mencabar adalah menerima keadaan baru. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama. Cuma minggu pertama itu sahaja saya rasa terawang-awang.
“Bila bangun pagi rasa macam mimpi. Bukan tak terima takdir tetapi rasa tak percaya sebab semalam dia sihat dan ada dengan kita, saya jadi tertanya-tanya betul ke benda ni jadi pada keluarga kita.
“Waktu tidur malam saya fikir apa akan jadi esok. Sampai bila suami akan terlantar dan doktor sendiri tak cakap bila dia akan sedar.
“Apabila dah berkeluarga, ada suami dan anak pasti ada impian yang kita bayangkan. Tetapi bila berlaku semua benda ini menyebabkan ia berkecamuk dalam diri.
Bukan mudah untuk reda lebih-lebih lagi dengan ujian seberat ini. Namun, nasihat dari seorang kawan membuatkan raudzah mula sedar.
“Sebenarnya untuk menerima bergantung pada apa kita fikir. Kalau kita tak reda dan terima jadi susah untuk terima benda lain. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama.
“Seorang kawan saya pernah memberi nasihat ketika melawat suami di hospital, mungkin dia tengok saya serabut. Dia cakap ‘Raudzah, setiap kali bangun pagi cakap pada diri sendiri Ya Allah aku reda. Apa jadi hari ini reda sahaja. Jadi saya fikir betul apa dia cakap.
“Jadi sebelum pergi ke hospital, saya cakap ‘Ya Allah aku reda apa jadi hari ni aku terima.’ Jadi kita rasa tenang dan senang nak buat keputusan. Sebab dalam keadaan ketika itu, saya perlu buat banyak keputusan termasuklah anak-anak, bil rumah dan sebagainya.
Suami sakit, rutin berubah
Lebih memeritkan, ibu kepada 4 anak ini sudah lama berhenti kerja dan selepas suami sakit, rutin hariannya juga turut berubah.
“Biasanya suami hantar anak ke sekolah, saya pula uruskan ruamh tangga. Tetapi kini semuanya berubah. Pagi saya uruskan anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Pulang ke rumah saya mandikan suami. Semuanya dilakukan sendiri dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.
“ Saya tak nak anak tengaok saya lemah. Jadi, saya set dalam diri tak nak menangis depan mereka. Sebab saya fikir anak-anak akan tengok apa ibu buat dan respond pada keadaan tersebut. Bayangkan kalau saya menangis setiap hari pasti akan buat mereka sedih. Saya selalu pesan dan cakap pada mereka pergi sekolah macam biasa.
Biarpun dihujani dengan ujian cukup berat, namun wanita ini mengakui Allah permudahkan segalanya.
“Saya tulis buku ni pun sebab saya rasa ujian ni besar tapi Allah mudahkan terutama dalam hal anak-anak. Walaupun saya tak dapat lihat mereka ketika tengah periksa, mereka terpaksa berdikari serta pandai bawa diri. Termasuklah yang darjah satu, siap gosok baju sendiri.
“Alhamdulillah pencapaian mereka cemerlang. Bila saya duduk dan fikir memang banyak hikmah dan rahmat yang saya dapat walaupun diuji dengan suami sakit. Sebab tu saya selalu pesan pada anak-anak, sentiasa berbuat baik di sekolah.
Keluarga dan rakan-rakan prihatin
Memandangkan tonggak utama keluarga sakit, ia memberi kesan kepada pendapatan keluarga. Akui Raudzah, awalnya agak susah memandangkan suami bekerja sendiri. Namun menakjubkan kerana mereka dikelilingi kawan yang cukup prihatin.
“Untuk fasa-fasa awal minggu pertama, kawan-kawan suami tubuhkan tabung #pray4idzwan di facebook. Saya dapat sumbangan yang banyak dan tak bimbang tentang belanja. Malah ada yang sponsor belanja anak-anak sekolah sampai sekarang. Kawan-kawan sekolah dan ada yang tak rapat dengan saya masih menyumbang. Keluarga pun banyak membantu kami.
“Selain kekuatan saya datang dari Allah, bagaimana kita menerima keadaan itu juga memberi kekuatan kepada saya. Bila suami sakit, saya tak suka dalam keadaan serabut, saya suka fokus pada penyelesaian dan bukan masalah. Saya kena dapatkan kekuatan dan salah satunya adalah dengan menulis.
“Saya selalu update keadaan suami di facebook dan itu satu terapi buat diri saya sendiri. Setahun lebih saya menulis dan kawan-kawan cakap patut keluarkan buku. Malah waktu itu saya dapat banyak mesej dari wanita lain yang bercerita tentang masalah dan pengalaman mereka menjaga pasangan atau keluarga.
“Dulu tak ada rujukan untuk panduan saya jaga suami. Daripada situlah timbul idea untuk saya tubuhkan grup whattsapp Info Strok dan Lumpuh. Bila ada grup ini memudahkan orang lain mendapat info dan maklumat tentang penjagaan orang strok dan sehingga sekarang grup ini masih aktif.
Diminta memberi kata-kata semangat buat wanita atau isteri senasib dengannya, kata Raudzah, doa azimat terbaik dalam memberi kekuatan.
“Kita semua manusia biasa, tetapi doa lah supaya kekuatan luar biasa sentiasa Allah bagi pada kita,” ujar Raudzah lagi yang berkongsi cerita cukup memberi inspirasi kepada wanita atau isteri di luar sana terutamanya yang menjaga pasangan sakit.
Cuti sekolah ini kami tidak ke mana-mana. Mungkin ronda-ronda sekitar KL Selangor sahaja. Widaad sudah bising, "kawan-kawan semua balik kampung ibu. Kenapa kita tak balik kampung jugak?"Hehe. Sabar ya Widaad. Ibu mungkin lebih berkali-kali ganda mahu balik kampung dari Widaad. Tapi kena tunggu hingga abah agak mudah sedikit untuk berjalan dengan stabil sendiri, ke bilik air terutamanya.Ikut pengalaman balik Melaka tempoh hari, urusan ke bilik air memang agak rumit kerana bilik air di rumah kampung laluannya sempit. Rumah Kuantan juga lebih banyak kawasan bertangga. Doakan suami saya supaya terus kuat semangat untuk latihan berjalan. Ini video terkini. Rasanya yang ini agak jelas sedikit video saya bawa suami naik ke rumah, berbanding yang pernah saya muatnaik dulu. Bagi yang tidak pernah lihat alat ini, ia dipanggil 'electric stair stretcher'. Memang khusus digunakan untuk bawa pesakit kurang upaya menuruni dan menaiki tangga. Sebelum ini saya kendalikan alat ini dengan bantuan orang lain. Sekarang Alhamdulillah sudah boleh kawal seorang diri.Ia menggunakan kuasa elektrik melalui bateri yang boleh dicas semula. Untuk proses turun dan naik tangga, ada butang kawalan yang perlu ditekan, untuk naik atau pun turun.Tenaga saya digunakan untuk mengawal alat ini supaya treknya berada tetap pada tangga (supaya tidak terbalik ke hadapan).Kalau abang-abang sado yang bawa mungkin rileks saja kot. Kak Odah sado berpeluh-peluh. Hahah. Sebenarnya bercampur cuak juga kerana keselamatan orang dibawa bergantung pada kecekapan yang mengendalikannya. Salah langkah memang mengundang risiko besar. Adakah alat ini berat (tanpa pesakit)? Ya, sangat berat. Hehe. Terima kasih Widaad yang ambilkan video. 🙂
Untuk yang tidak sempat menonton semalam, krew TV AlHijrah telah menitipkan rakaman ini kepada saya untuk simpanan dan tontonan semula. Semoga perkongsian ini bermanfaat. (Ya, boleh dikongsikan. Terima kasih!)#tvalhijrah#segmeninspirasi#maafsuamipuankritikal
Penampilan baharu Fazura sekali lagi menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.
Akhirnya persoalan orang ramai terjawab apabila suami kepada aktres itu iaitu pelakon Fattah Amin mengesahkan bahawa isterinya kini sudah berhijab sepenuhnya.
Menurut Fattah atau nama sebenarna Abdul Fattah Mohd Amin,31, dia bersyukur doa untuk melihat isterinya berubah ke arah menjadi muslimah lebih baik termakbul.
“Sebagai seorang suami saya rasa bersyukur kerana itu apa yang saya doakan selama ini.
“Alhamdulillah, Fazura pun dah bertudung sekarang ni,” ujarnya lagi.
Berkongsi perkembangan anak perempuannya Nur Fatima Aisya, jelas Fattah sebagi ibu bapa yang masih muda dan belum banyak pemngalaman, jadi setiap kali anak meragam, mereka tidak senang duduk dan bimbang. Lebih-lebih lagi, jika terdengar bayi itu menangis.
Malah, jelas Fattah dalam situasi sekarang tidak membolehkan mereka membawa keluar Fatima berjalan-jalan. Namun, Fattah berharap akan membawa anaknya itu melawat zoo apabila pandemik ini berakhir.
“Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.
“Rasa kesian apabila dia sendiri tak dapat tengok dan kenal haiwan-haiwan tersebut secara langsung dan hanya melihat mereka melalui televisyen,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkongsian menerusi laman instagramnya, Fazura memuat naik bait-bait kata mengharapkan tiada pihak yang mensensasikan soal ibadah, hijab dan hijrah. Tanpa menujukan kepada sesiapa atau berkaitan soalnya berhijab kini, perkongsian Fazura mendapat perhatian ramai.
Rata-rata mengucapkan tahniah atas perhijrahannya dan memberikan kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat ibu Fatima yang kian berseri dan manis bertudung.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.