Di sebalik pelbagai gosip yang melanda dirinya dan suami, Datin Sri Shahida yang terkenal dengan raut wajah lembut tetap setia berada di samping suaminya Datuk Sri Alif Shukri.
Walaupun sering menimbulkan kontroversi berkaitan gimik pemasaran produk perniagaannya namun pasangan yang mempunyai lima orang cahaya mata ini terkenal sebagai pasangan yang tegas dalam bab mendidik anak-anak.
Tak hairanlah tiga anak lelaki dan dua anak perempuan mereka sering dipuji oleh warga maya kerana mempunyai akhlak dan disiplin yang baik berdasarkan pelbagai perkongsian video di Instagram Shahida sendiri.
Datin Shahida Hamil Lagi?
Kehadiran Datin Shahida dan Dato Aliff Shukri di majlis perkahwinan anak lelaki pengasas produk kecantikan D’nars, Allahyarham Faziani Rohban pada dua minggu lepas mencuri tumpuan warganet.
Dalam video sekitar majlis persandingan Iqbar Hakim Jasman dan suri hati pilihannya yang di muat naik oleh Sahida dalam Instagramnya, ramai pengikut usahawan kosmetik ini meninggalkan komen meneka Shahida hamil berdasarkan saiz perutnya yang kelihatan bentuk ‘baby bump’.
Komen Alif Syukri yang mahukan 12 orang anak dalam posting tersebut mendapat reaksi balas daripada warganet yang rata-rata memberi sokongan pasangan ini wajar menambah bilangan anak lagi kerana mampu daripada semua sudut.
Ads
Apa pun kita nantikan pengumuman daripada Alif dan Shahida tentang berita gembira ini. Jika benar pasangan popular ini bakal menimang cahaya mata lagi, Pa&Ma mengucapkan tahniah. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan.
Sumber: IG dan TikTok Shahidadherbs
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Belum reda kisah kematian pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayob tempoh hari, persoalan mengenai tarikh 11 Ogos 2018 yang dikatakan cukup bermakna buat dirinya di muat naik oleh Allahyarham meninggalkan tanda tanya dikalangan peminat.
Ada yang membuat spekulasi kononnya allahyarham mahu mendirikan rumah tangga, tetapi rupa-rupanya itu adalah tarikh ulang tahunnya yang ke-34. Perkara tersebut diakui oleh ibunya sendiri.
“Tarikh 11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya itu adalah hari ulang tahunnya ke-34. Arwah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Memang dia ada mengakui sudah mempunyai teman wanita tetapi kami belum mengenali siapa wanita berkenaan.
“Sebelum kematiannya, arwah juga tidak putus-putus meminta maaf kepada saya dan ayahnya 10 hari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Malah, dia juga merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan umrah selepas dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.
“Tetapi , saya pujuk dan cakap boleh pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak disangka ia sebahagian petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika Syawal yang lalu. Disebabkan keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan arwah mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,”cerita ibu arwah lagi.
Apabila bakal bersalin, biasanya seorang ibu akan memastikan segala persiapan dibuat awal supaya barang-barang kelengkapan ada bagi menguruskan bayi dan ibu bersalin.
Lazimnya kelengkapan ini dikenali sebagai check list yang mesti ada. Begitu juga yang dilakukan oleh pelakon Shima Anuar yang sedang menanti detik melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsikan pelakon Highlands Tower di laman Instagram.
Berikut check list pelakon ini.
“I am almost #9monthspregnant. My hospital bag is ready! (kalau boleh please prepare barang awal siap2. just incase baby tak sabar nak keluar awal drpd tarikh yg sepatutnya. takde la kelam kabut nanti) So here is harta karun dalam hospital bag i. Saja share mana tau berguna untuk mommies yg first time nak beranak. ?
1 – tshirt and sweater (bawak je tshirt laki kau tu. selesa! ?)
2 – pyjamas
3 – baju untuk balik rumah (kalau boleh standby baju yg senang untuk breastfeed baby. mana tau on the way balik tu baby nak susu)
4 – seluar (yg besar)
5 – kain batik
6 – towel and face towel
7 – nursing bra (dah boleh simpan push up bra korang. dah ada baby ni pakai nursing bra je k? ?)
8 – disposable panties
9 – socks
10 – nursing cover
11 – breast pad (untuk elakkan bra korang basah sbb leaking)
12 – pad (i prefer pakai pad macam masa period tu. selesa je.)
13 – toiletries bag
14 – makeup bag
15 – slipper (1 untuk pakai dlm toilet. 1 untuk pakai dalam bilik)
16 – hair dryer/curler,” tulisnya.
Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.