Umumnya bila menyentuh bab ‘main kutu’ kaum ibu sama ada yang bekerja atau surirumah cukup biasa dengan konsep bermain kutu ini.
Pun begitu ada juga risikonya bila bermain kutu dan itu semua ada yang sedia maklum.
Kadang-kadang ada ahli tarik diri dipertengahan jalan, bahkan tidak kurang juga ada yang lesap bila dapat duit.
Oleh itu, untuk bermain kutu yang selamat ada caranya. Malah jika diusahakan kaedah ini, ianya jauh lebih mudah dan anda sendiri boleh tentukan masa dan jumlahnya.
Saya kongsikan main kutu cara selamat dan tidak salah disisi undang undang.
Boleh letak matlamat sama macam main kutu, untuk bawa isteri jalan jalan, buat korban, kahwin, kahwin lagi, mangkut tingkat semua boleh kawan kawan.
Baiklah,
Saya sertakan ikut susunan gambar agar mudah. Ini hanya untuk pengguna Maybank2u sebab saya juga guna Maybank. Bank lain saya tak tahu.
Ads
Kita hidup di zaman Corona ini kena ada banyak ‘Goal’, jika tidak kita yang masuk goal kawan kawan.
Jom bermula sekarang.
Step 1
Langkah PERTAMA. Buka maybank 2u. Jangan bukan bank lain pulak. Memang tak jumpa lah gambar atuk dan budak ini nanti, penat tiap kali buka dia nganga mulut.
Step 2
Langkah KEDUA. Lepas masukkan kata laluan akan keluar paparan sebegini. Cepat cepat clik kat situ sebelum kehabisan goal yang ada.
Ads
Step 3
Langkah KETIGA. Seterusnya isi bahagian ini. Matlamat kena jelas baru seronok nak menabung.
Buat sasaran selama berapa lama. Tak digalakkan terlalu lama nanti cepat bosan kecuali anda memang bagus menabung.
Belajar mulakan 6 bulan dulu atau setahun. Bila lihat hasilnya nanti, kita akan semakin TERUJA NAK BAWA ISTERI jalan jalan lagi.
Step 4
Langkah EMPAT. Lepas isi semua tadi tekan START akan keluar paparan ini untuk pengesahan kita. Dapatkan SMS TAC untuk bermula. Dah hampir siap nie, boleh mohon pak baju dalam bag sebab nak bawa bini jalan-jalan dah ni.
Step 5
Ads
Langkah LIMA. ‘Dah siap!” (sila guna nada Mira Filzah bila siap pakai tudung ya) maka siaplah impian kita yang mana bank akan potong tiap bulan untuk simpanan kita.
Ini kutu moden yang tidak menyalahi undang undang, selamat dan tidak berisiko ibu kutu bawa duit lari ke Siam.
Step 6
Langkah ENAM. Kalau terdesak nak pakai duit macam mana? Ok ini
panduannya.Tekan 3 butang itu akan keluar pilihan dalam kotak. Kita boleh Remove Goal jika hidup kita memang tiada impian langsung.
Step 7
Langkah TUJUH. Duit akan dikembalikan ke dalam akaun kita
semua dengan sangat pantas. Kita tak perlu cipta alasan pada ibu
kutu, “Mertua i nak pakai duit buat gigi emas palsu la”.
Moga bermanfaat untuk semua. Share laju laju dan mulakan buat hari ini ya.
Share jer agar semua pandai dan bijak menyimpan sendiri tanpa main kutu . Ia lebih terjamin dan disiplin.
#Tag pasangan masing masing agar semua ada impian jalan jalan sama sama.
Dzahira yang lebih mesra disapa Dekta disifatkan sebagai seorang anak gadis yang memahami tanggungjawab dirinya sebagai seorang kakak dalam keluarga mereka.
Anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib yang kini berusia 8 tahun dikatakan banyak mewarisi sifat kasih arwah ibunya.
Pemilik nama sebenar Dzahira Talita Zahra bagaimanapun seorang yang lembut hatinya. Dalam perkongsian terbaru, kelihatan dia menangis teresak-esak dek kerana ‘disakat’oleh Uwais Al Qarni dan Ariq Matin.
Dalam video pendek tersebut, Dekta memberitahu yang dia tidak mahu menjadi anak perempuan lagi kerana asyik ‘dibuli’oleh abang dan adik lelakinya.
Dekta dan drama berpisah tiada yaaa 😂 Siapa anak perempuan dia macam ni? Tak boleh usik sikit, nangis dah macam kena pukul. Si Matin dah takut tu sebenarnya 😂 Haihhh la anak-anak, waktu kecil ni gaduh2 dulu, besar nanti haaa baru rindu ❤️❤️❤️
Perkongsian tersebut mendapat respond warganet, rata-rata bersimpati dan tak kurang memberi kata-kata semangat buat satu-satunya anak perempuan Allahyarham Siti Sarah.
zarraoreo 😢 Ala cian dekta, pls bagi more attention to her, sbb die perempuan hati lembut dan mudah sedih.
sifujamallmatin & uwais – uncle bagi warning ni.. jangan buli2 dekta lagi aaa.. nanti uncle rotan jari kaki kelingking tu.. pedih tau☝🏻🤭😍
yunaaaaa786_Aduh berair air mata, teringat arwah ibu dia, kalo ibu ada pasti ibu pujuk dekta 😢😢
chasing_starbabeAlalala alhamdulilah ada nenek lagi leh jadi pengganti Ibu pujuk dia 😢❤️
nazieranasarudin“Dekta nak berhenti jd perempuan.”… Alahhh sayang, takmau sedih2 tau. Abg dgn Matin gurau je tu. Dekta kan good girl? Dahla comel, bijak pulak tu. Jgn nangis ye sayang. Semua org syg Dekta. Sending you lots of love and hugs okay! Loveyou Dekta ❤️🥺
lizaummidinieSedih dengar dekta ckp tkda yg sayang dia…😢..Allahu..kecik2 mcm tu lah sayang gaduh2 tu biasa nak..❤️
Pergaduhan kecil antara adik-beradik adalah perkara biasa. Sedangkan lidah lagikan tergigit.Lumrah bila bertemu ada sahaja yang benda tak kena, tetapi kalau salah seorang tiada mula rindu kan.
Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
Pun begitu, pelakon ini mengakui anak sulungnya itu lebih suka belajar dengan guru berbanding dirinya. Bimbang situasi pembelajaran anaknya disebabkan Covid-19 ini, Nad dan suami sepakat untuk mengupag guru untuk mengajar anak mereka.
“Disebabkan covid nampaknya macam tak berkesudahan… buka suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat… kita jadi cikgu dekat rumah lepas 15 minit dia mengadu tangan sakit… jadi kena juga dapatkan khidmat guru… ok.. kita dah mula cuti panjang… Yem ada dua cikgu.. cikgu bertauliah.. dengan cikgu singa kat sebelah dia..
Selain itu, Nad turut timbulkan persoalan tentang penerimaan anak yang mana terdapat perbezaan apabila ibu bapa yang mengajar berbanding guru.
“Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini.. bukan senang tau.. nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu.
“Tapi kenapa ya bila parents mengajar , anak cepat bosan.. dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu?? Geram pulak kita.
Dalam pada itu, Nad mengakui cara didikan anak tiada masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan Nad.
“Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet.
“Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan.
Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
Sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, Noor Nabila enggan situasi berkenaan berlaku kepada anaknya Jebat Jayden.
Malah, dia dan ahli keluarga lain juga bertutur dalam Bahasa Malaysia apabila berada Di rumah.
“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.
“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.
“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia.Sharnaaz pun pilih cara begini. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya.
“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.
“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” kongsi Noor Nabila lagi.
Begitupun, Akui Nabila kepentingan bahasa inggeris tetap diberi perhatian,namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.
“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.
Mengulas persoalan mengenai zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Kakak kepada Neelofa ini tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.
“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.