Biarpun PKP 3.0, beraya tanpa kunjung mengunjung, namun raya tetap raya. Tetap ada baju raya untuk dipadankan pada sambutan hari raya Aidilfitri.
Malah tak lengkap sambutan hari raya jika tak rakam gambar bersama keluarga. Perkara yang penting dibuat selepas solat hari raya.
Sudah tentu gambar raya kenalah cantik kan. Bagi yang ada anak yang masih kecil, memang mencabar untuk memastikan mereka duduk diam sebentar. Tentu huru hara dibuatnya.
Namun tetap bersabar demi memastikan gambar tetap cantik! Memang benarlah, struggle is real! Begitulah yang dilalui oleh pelakon cantik, Amyra Rosli dan suami Amar Baharin yang kelihatan sabar menghadapi kerenah anak kala merakamkan gambar keluarga hari raya.
Menerusi muat naik gambar terbaru di Instagram Amyra Rosli, berkongsi beberapa gambar anak-anak ketika bergambar. Ada yang tidur, ada yang panjat tangga, tanggal baju dan mengamuk pun ada!
Mama dah singsing lengan baju
Ads
Korg selalu nampak indah sungguh celebrity ni depan camera kan? Kali ni kita tunjukkan reality sebenar artis dibelakang camera.. 😂 Moral of the story : artis pun manusia biasa.. xde lebih xde kurang.. sama je.
Peminat terhibur dengan gelagat anak-anak pasangan pelakon ini. Ramai mengakui, itu cabaran jika rakam gambar hari raya bagi yang mempunyai anak kecil.
Tidak sampai dua minggu lagi kita akan menyambut raya. Pastinbya anak-anak yang lebih teruja kan, dengan pakaian baru, kasut baru dan sebagainya. Ibu bapa pun apa kurangnya.
Tradisi kunjung mengunjung di pagi Syawal pasti tidak akan dilupakan. Namun, bagi sesetengah ibu bapa, waktu inilah yang memeningkan kepala. Ada yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.
Don’t be jungemental.
Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.
Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki. Jadi jangan sesekali bandingkan antara mereka.
Nah ini beberapa tip untuk kawal anak-anak ketiak beraya. Perkongsian daripada Ashikin Hashim pastinya memberi manfaat untuk semua ibu bapa.
1. Duduk lah sama-sama dengan suami rancang perjalanan hari raya kita. Nak raya mana dulu. Nak tidur mana. Berapa lama nak raya. Ingatlah bahawa kita beraya dengan mahkhluk kecil. banyak ragam, banyak cerita. Rancang perjalanan dan raya kita inshaAllah kita lebih mudah handle anak.
2. Anak-anak 4 tahun ke atas: Anak-anak umur begini senang je sebenarnya nak handle jika kena gayanya. Masa merancang raya tu, ajak diaorg sekali. Cakap, berbual, komunikasi dengan diaorg. InshaAllah diaorang akan faham. Ingat – kunci perhubungan anak-ibubapa adalah komunikasi yang baik.
3. List kan do’s & donts’ kepada anak-anak 4 tahun ke atas ni. Terangkan kepada mereka. Cakap dengan nada tegas tapi still mesra. Cakap yang kamu semua kena bersikap baik supaya raya kita enjoy dan happy-happy sahaja. Kalau ada benda yang korang nak marah, cakap dengan Ummi dulu. Faham dak? hihihi
Contoh: 1. Cakap elok-elok 2. Duduk elok-elok 3. Minta izin kalau nak sesuatu
Pengalaman saya handle anak-anak sebegini, bila kita beritahu awal, faham kan mereka, bagi penerangan, mereka akan lebih mudah di handle daripada sikap kita yang tak mahu bercakap, tak nak komunikasi dengan anak, sebab kita rasa anak tak akan faham. Itu sangat silap!
4. Bagi anak-anak yang bawah 4 tahun – Ini sedikit mencabar sebab mereka masih kecil. Kurang faham. Tak boleh tolerate. Ego sentricnya tinggi. Nak berebut saja. Tak boleh orang ambil barang dia. Jadi kita sebagai mak ayah kena extra peka, extra observant, extra careful. Ayah jangan buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar. Tak yah nak jadi YB sangat, bual-bual lama sangat sampai mak seorang saja yang layan anak yang mengamuk. Mak pula, tak yah nak gosip lebih sangat, anak tu dah ada bunga-bunga mengamuk, kita kena bertindak pantas.
5. Bila anak mengamuk, apa nak buat? – 1st kalau dari mula kita dah nampak bunga-bunga kemengamukan tu lagi senang kita nak handle. Tapi kalau lambat agak sukar. So, macam saya cakap tadi, kita jangan sikit pun lepas pandang. kita extra sensitif dengan pergerakan anak. Bila nampak anak start nak mengamuk, terus cuba pujuk dia. Bawa dia ke tempat yang lebih selesa dan lapang.Bawalah keluar rumah sekejap. Ajak tengok burung terbang ke, lori lalu lalang ke….janganlah pujuk dari jauh. Atau harap orang lain nak pujuk anak kita. Kita lah kena proaktif.
6. Bagi mengelakkan anak mengamuk dengan mudah, bawalah mainan kesukaannya atau buku kesukaannya. Bawa snack dan air. Pastikan anak makan. Dia kenyang. Baju yang dia pakai sesuai dengan dia. Tak panas. Semua ni sangat penting walaupun nampak remeh.
7. Beraya mengikut kemampuan anak kita. Ya kita ni orang dewasa, kita kuat. Kita tahan sabar. Kita ni tahan penat. Tapi anak kita kecil lagi. Sebab tu perancangan raya tu tadi sangat penting.
Kalau konvoi macamana?
Pandai-pandailah kita. Minta izin tenangkan anak dulu ke. Bincang elok-elok dengan peserta konvoi ke. Kita pun tengok-tengok lah anak orang lain. Kalau anak orang lain dah mengamuk, offerlah untuk bantu atau rehatlah sekejap ke macamana kan.
8. Nak jaga anak ke nak tolong kat dapur? – 1st sekali, bagi anak tu kat suami. Kita nak tolong kat dapur ni. Suami mesti faham punya kan? Kalau suami tak dapat jaga, bawalah anak tu sekali kat dapur. Selagi anak ok, selagi tu lah kita tolong kat dapur. But by the time dia dah mula mengamuk ke nak menyusu ke, saya rasa mak/mak mertua, ipar duai pasti akan faham betul tak? Sebab dari mula kita cuba membantu. Bukan terus menyorok dalam bilik. Apa yang penting???? Ya….Kerjasama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya Boleh Guna Kalimah Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.
Lazimnya apabila ada kematian yang melibatkan non-muslim kita sudah terbiasa akan memberi ucapan takziah dengan perkataan RIP iaitu Rest In Peace untuk menunjukkan turut bersedih dan bersimpati kepada keluarga.
Namun, sebenarnya tidak ramai tahu bahawa boleh guna Kalimah Istirja apabila ada non muslim yang meninggal dunia.
Seterusnya ikuti perkongsiannya. Semoga istiqomah menjadi muslim yang terbaik dalam setiap amalan kita.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Persoalan: Assalamualaikum, ustaz. Boleh ke kita ucap R.I.P. pada kematian sahabat kita yang bukan Islam?
Penjelasan:
Waalaikumussalam warahmatullah. R.I.P. atau istilahnya ‘Rest In Peace’ adalah perkataan yang biasa diucapkan oleh orang bukan Islam setiap kali menerima berita kematian.
Hukum untuk kita mengucapkannya kepada kematian orang bukan Islam adalah Haram dan dilarang sama sekali. Ia bersandarkan kepada peristiwa yang berlaku saat kematian bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang sangat dikasihinya iaitu Abu Thalib.
“Bila Abu Thalib hampir mati, maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata:
“Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.”
Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?”
Namun Rasulullah s.a.w. tetap terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.”
Maksudnya: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
(At-Taubah: 113)
(Hadis Riwayat Muslim)
BUKAN RIP TAPI KALIMAH ISTIRJA’
Bersandarkan kepada dalil di atas, kita mengetahui bahawa Allah s.w.t. sendiri menegur Rasulullah s.a.w. supaya tidak mendoakan kepada orang musyrik (bukan Islam) yang telah meninggal dunia walaupun ahli keluarga sendiri.
Maka kita juga tidak seharusnya mendoakan atas ucapan apa sekalipun kepada orang bukan Islam setelah kematiannya termasuklah dengan ucapan ‘R.I.P (Rest In Peace) atau maksudnya ‘Berehatlah Engkau Dengan Tenang’. Ia bertentangan dengan hukum syarak.
Bagi kita orang Islam, ucapan yang disunnahkan kepada kita adalah kalimah Istirja’ ‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’ untuk setiap berita kematian yang diterima. Ia juga merupakan ucapan bagi setiap musibah yang berlaku. Hal ini disebutkan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:
Maksudnya: Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami kembali)“.
Ayat ini menerangkan tentang apa sahaja bentuk musibah yang berlaku sama ada pada diri kita ataupun orang lain, maka ucapan yang perlu kita sebutkan adalah ‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’. Ucapan ini juga terpakai bagi setiap kematian orang bukan Islam dan juga termasuk haiwan peliharaan kita.
CARA HORMAT JENAZAH BUKAN ISLAM
Dalam pada itu, beliau turut memberi huraian lanjut apabila ada komen yang berkata ia sekadar ungkapan sopan atau istilahnya tanda kita menghormati si mati (bukan Islam).
Katanya, bagi seorang muslim yang beriman dengan hari akhirat, iktikad kita jelas bahawa hanya kematian dalam Islam sahaja yang selamat.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Ayat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya kematian sebagai seorang Muslim kerana hanya itu sahaja yang akan beroleh ketenangan dan nikmat di akhirat atau istilah lain ‘kerehatan yang sebenar’. Selain dari Islam tidak ada istilah ‘kerehatan’. Rujuk pula dalil di bawah berkenaan keadaan orang kafir,
“Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). Allah berfirman, “Bukankah (kebangkitan) ini benar?” Mereka menjawab, “Sungguh benar, demi Tuhan kami.” Allah berfirman, “Karena itu rasakanlah adzab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)” (QS. Al-An’am [6]: 30).
Maka natijahnya, bersandarkan dalil dan perkara di ataslah, kita sebagai Muslim yang beriman kepada hari akhirat tidak boleh mengatakan R.I.P. atau beranggapan mereka yang kafir itu setelah mati akan mendapat ‘kerehatan’ walaupun hanya sekadar tanda ‘sopan’ kita pada si mati.
Perkara sebegini perlu kita jelaskan agar mereka yang bukan Islam memahami keyakinan kita hanya dengan Islam sahaja akan mendapat nikmat ‘kerehatan’ yang sebenar.
Sungguh, perjalanan setelah kematian tanpa Islam lebih sukar dan memeritkan. Ia tidak ada istilah ‘kerehatan’.
Sebagai seorang Muslim yang beriman juga, kita wajib menghormati jenazah walaupun si mati bukan beragama Islam. Namun kita ada kaedahnya yang disunnahkan, antaranya:-
‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’.
Mudah-mudahan penjelasan ini dapat difahami secara menyeluruh. Walaupun setiap amalan tergantung kepada niat, namun jika terkait dengan urusan akhirat ia tetap perlu bertunjangkan kepada dalil.
Wallahualam.
Semoga dengan penjelasan ini dapatlah memberi kefahaman kepada kita untuk memperbaiki kekhilafan kita selama ini. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Wallahualam.
Ustaz Rafie Zainal – Undertaker , Pengerusi, Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Majlis Usrah Nur Fattah
Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian keluarga yang sering menjadi tumpuan dek kerana tempat ini berada di kawasan tanah tinggi, suhu yang sejuk dan udara yang nyaman.
Jadi tidak hairan lah tempat percutian ini selalu dikunjungi tidak kira waktu, sama ada pada hujung minggu dan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah. Boleh dikatakan memang padat dengan pengunjung!
Baru-baru ini Memey dan Norman Hakim telah meluangkan masa untuk membawa keluarga kecil mereka bercuti di Cameron Highlands. Difahamkan menurut Memey, kunjungannya pada hari tersebut adalah kali pertama selepas hampir 11 tahun tidak berkunjung ke Cameron Hinghlands.
Apa yang pasti,ia satu jangka masa yang lama. Tentu sahaja keterujaan Memey dan anak-anaknya untuk menikmati keindahan percutian tanah tinggi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bonding time
Meskipun difahamkan kunjungan Memey kali ini disebabkan ada urusan kerja, namun tetap digunakan sebaik mungkin untuk lakukan aktiviti bonding bersama keluarga tercinta.
Lantaran itu, Memey di entry tersebut turut bertanyakan kepada peminatnya dimanakah tempat makan yang menarik untuk dikunjunginya. Apatah lagi menurutnya, bab makan memang menjadi sesuatu yang menyeronikkan buat dirinya.
Maka ramailah yang memberi respon, menyenaraikan lokasi tempat makan yang menarik di Camaeron Highlands. Tidak dengan itu, netizen yang lainnya juga seakan teruja untuk menikmati indahnya bercuti di tanah tinggi bersama keluarga di sana.
Antara lokasi tempat makan yang dicadangkan adalah seperti Bamboo Briyani di Tanah Rata, ada juga yang mencadangkan jika ingin makan scone tersedap kena pergi di Opah Strawberi, jika ingin makan nasi lemak strawberi di Aidilbadri, manakala jika ingin menikmati keenakan Kek, boleh singgal di Kek Viral Pak Tam. Bahkan jika ingin makan malam yang enak bolehlah mencuba Steamboat Grill and Cheese dan banyak lagi yang disenaraikan.
Di dalam posting berikutnya Memey turut berkongsi momen bahagia memetik strawberi. Menurutnya, aktiviti memetik strawberi adalah menjadi senarai pertama yang ingin dilakukan oleh anak-anaknya bila berkunjung ke sini.
Lantaran itu, Memey tidak menghampakan permintaan anak-anaknya.
Ternyata sepanjang berada di ladang strawberi, terpancar keterujaan dan keseronokkan di wajah Muhammad Darwisz , Muhammad Dikhriz dan Mikayla Delisha. Ketiga-tiga mereka begitu gembira memilih dan memetik buah strawberi yang segar dengan begitu banyak sekali.