Rupanya Boleh Guna Kalimah Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.

Lazimnya apabila ada kematian yang melibatkan non-muslim kita sudah terbiasa akan memberi ucapan takziah dengan perkataan RIP iaitu Rest In Peace untuk menunjukkan turut bersedih dan bersimpati kepada keluarga.

Namun, sebenarnya tidak ramai tahu bahawa boleh guna Kalimah Istirja apabila ada non muslim yang meninggal dunia.

Sebagaimana persoalan ini telah dijelaskan oleh perkongsian oleh Ustaz Rafie Zainal – Undertaker  menerusi facebook miliknya.

Seterusnya ikuti perkongsiannya. Semoga  istiqomah menjadi muslim yang terbaik dalam setiap amalan kita.

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Persoalan: Assalamualaikum, ustaz. Boleh ke kita ucap R.I.P. pada kematian sahabat kita yang bukan Islam?

Rupanya Boleh Guna Kalimah  Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.

Penjelasan:

Waalaikumussalam warahmatullah. R.I.P. atau istilahnya ‘Rest In Peace’ adalah perkataan yang biasa diucapkan oleh orang bukan Islam setiap kali menerima berita kematian.

Hukum untuk kita mengucapkannya kepada kematian orang bukan Islam adalah Haram dan dilarang sama sekali. Ia bersandarkan kepada peristiwa yang berlaku saat kematian bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang sangat dikasihinya iaitu Abu Thalib.

“Bila Abu Thalib hampir mati, maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata:

“Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.”

Abu Jahal dan  ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?”

Namun Rasulullah s.a.w. tetap terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.”

Selepas itu Allah s.w.t menurunkan ayat:

{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }

Maksudnya: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

IKLAN

(At-Taubah: 113)

(Hadis Riwayat Muslim)

BUKAN RIP TAPI KALIMAH ISTIRJA’

Rupanya Boleh Guna Kalimah  Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.

Bersandarkan kepada dalil di atas, kita mengetahui bahawa Allah s.w.t. sendiri menegur Rasulullah s.a.w. supaya tidak mendoakan kepada orang musyrik (bukan Islam) yang telah meninggal dunia walaupun ahli keluarga sendiri.

Maka kita juga tidak seharusnya mendoakan atas ucapan apa sekalipun kepada orang bukan Islam setelah kematiannya termasuklah dengan ucapan ‘R.I.P (Rest In Peace) atau maksudnya ‘Berehatlah Engkau Dengan Tenang’. Ia bertentangan dengan hukum syarak.

Bagi kita orang Islam, ucapan yang disunnahkan kepada kita adalah kalimah Istirja’ ‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’ untuk setiap berita kematian yang diterima. Ia juga merupakan ucapan bagi setiap musibah yang berlaku. Hal ini disebutkan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:

 وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ  ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

Maksudnya: Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami kembali)“.

Ayat ini menerangkan tentang apa sahaja bentuk musibah yang berlaku sama ada pada diri kita ataupun orang lain, maka ucapan yang perlu kita sebutkan adalah ‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’. Ucapan ini juga terpakai bagi setiap kematian orang bukan Islam dan juga termasuk haiwan peliharaan kita.

CARA HORMAT JENAZAH BUKAN ISLAM

Rupanya Boleh Guna Kalimah  Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.

Dalam pada itu, beliau turut memberi huraian lanjut apabila ada komen yang berkata ia sekadar ungkapan sopan atau istilahnya tanda kita menghormati si mati (bukan Islam).

IKLAN

Katanya, bagi seorang muslim yang beriman dengan hari akhirat, iktikad kita jelas bahawa hanya kematian dalam Islam sahaja yang selamat.

Ia bersumberkan dalil surah Ali ‘Imran Ayat 102

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya kematian sebagai seorang Muslim kerana hanya itu sahaja yang akan beroleh ketenangan dan nikmat di akhirat atau istilah lain ‘kerehatan yang sebenar’. Selain dari Islam tidak ada istilah ‘kerehatan’. Rujuk pula dalil di bawah berkenaan keadaan orang kafir,

وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى رَبِّهِمْ قَالَ أَلَيْسَ هَذَا بِالْحَقِّ قَالُوا بَلَى وَرَبِّنَا قَالَ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

“Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). Allah berfirman, “Bukankah (kebangkitan) ini benar?” Mereka menjawab, “Sungguh benar, demi Tuhan kami.” Allah berfirman, “Karena itu rasakanlah adzab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)” (QS. Al-An’am [6]: 30).

Maka natijahnya, bersandarkan dalil dan perkara di ataslah, kita sebagai Muslim yang beriman kepada hari akhirat tidak boleh mengatakan R.I.P. atau beranggapan mereka yang kafir itu setelah mati akan mendapat ‘kerehatan’ walaupun hanya sekadar tanda ‘sopan’ kita pada si mati.

Perkara sebegini perlu kita jelaskan agar mereka yang bukan Islam memahami keyakinan kita hanya dengan Islam sahaja akan mendapat nikmat ‘kerehatan’ yang sebenar.

Sungguh, perjalanan setelah kematian tanpa Islam lebih sukar dan memeritkan. Ia tidak ada istilah ‘kerehatan’.

Sebagai seorang Muslim yang beriman juga, kita wajib menghormati jenazah walaupun si mati bukan beragama Islam. Namun kita ada kaedahnya yang disunnahkan, antaranya:-

  1. Mengucapkan kalimah Istirja’

‘Innalillahi wainna ilaihi roojiiun’.

  1. Berdiri tanda penghormatan kepada jenazah sehingga jenazah hilang dari pandangan
  2. Jangan berkata perkara yang buruk kepada si mati walaupun kepada jenazah bukan Islam.

Mudah-mudahan penjelasan ini dapat difahami secara menyeluruh. Walaupun setiap amalan tergantung kepada niat, namun jika terkait dengan urusan akhirat ia tetap perlu bertunjangkan kepada dalil.

IKLAN

Wallahualam.

 Semoga dengan penjelasan ini dapatlah memberi kefahaman kepada kita untuk memperbaiki kekhilafan kita selama ini. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Wallahualam.

Ustaz Rafie Zainal – Undertaker , Pengerusi, Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Majlis Usrah Nur Fattah

Sumber: Ustaz Rafie Zainal – Undertaker

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Boleh Guna Kalimah  Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal Dunia.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI