Diakui hanya segelintir sahaja di atara kita yang dapat melanjutkan pelajaran hingga keperingkat PhD. Bahkan ada juga yang terkandas di tengah jalan. Nyata ia bukannya mudah, perlu pengorbanan dan usaha berganda berbeza daripada apa yang telah dilalui di peringkat ijazah mahupun master.

Jadi tentunya bila berjaya menamatkan pengajian dengan dianugerahkan PhD, itu adalah suatu perkara yang cukup membanggakan. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah ibu ayah juga tumpang gembira dan bangga.

Begitulah kegembiraan yang ingin diterjemahkan oleh ibu kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman bila mana anaknya telah membuktikan meskipun sibuk namun akhirnya berjaya memperolehi Ijazah Dortor Falsafah daripada universiti Asia e University (AeU) yang merupakan universiti swasta bertaraf global.

Meninjau di Instagram @azizanosman_official turut ada berkongsi video menzahirkan rasa gembira dengan mendapat hadiah jambangan bunga daripada ibu tercinta. Dapat dilihat  anak beranak ini berbalas pelukan dan ketawa riang tanda gembira.

Meninjau di ruangan komen,  ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan mendapatkan PhD.

“Mak Kita Pun Bagi Bunga…”-Datuk Wira Azizan Osman Dapat PhD, Warganet Tumpang Gembira!

Manakala memetik berita di Astro Awani, difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman mencari jalan bagi menyediakan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Mentor usahawan itu, mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, beliau merupakan role-model kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya bila mana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.

IKLAN

Katanya, Azizan bukan hanya pergi belajar malah mengolah dan lakukan tindakan bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.

“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.

“Azizan bukan saja cakap malah melakukan apa yang disebut kepada ramai bangsa usahawan di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Sabtu.

Untuk ijazah doktor falsafah itu, Azizan telah menyediakan tesis Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.

Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.

IKLAN

Tambah Radz, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

Dalam pada itu, Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima semalam.

“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.

Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan passion dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan.

Sumber : Astro Awani & Ig Datuk Wira Azizan Osman

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Mak Kita Pun Bagi Bunga…”-Datuk Wira Azizan Osman Dapat PhD, Warganet Tumpang Gembira!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

“Mak Kita Pun Bagi Bunga…”-Datuk Wira Azizan Osman Dapat PhD, Warganet Tumpang Gembira!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI