Keluar pagi wangi, bila balik bau macam-macam. Agaknya apa sebabnya anak-anak yang baru pulang dari sekolah, pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan di badan mereka?
Mak-mak mulalah buntu memikirkan sebabnya malah tertanya-tanya dengan keadaan ini.
Menurut perkongsian dari Dr.WanShare di laman Instagramnya, sebab pertama perkara ini berlaku adalah perubahan hormon dalam tubuh anak-anak terutama ketika mereka mula meningkat remaja. Ini boleh menyebabkan kelenjar keringat mereka bekerja dengan lebih keras.
Kelenjar keringat apokrin yang terletak di kawasan berbulu seperti ketiak mula mengeluarkan lebih banyak keringat ketika mereka aktif sepanjang hari.
Ads
Keringat atau peluh ini apabila bertemu dengan bakteria di kulit, akan menghasilkan bau yang kurang nyaman!
Sebab kedua adalah, aktiviti fizikal yang berlebihan di sekolah seperti berlari, bermain dan kelas tiada pendingin hawa akan membuatkan mereka berpeluh dengan lebih banyak. Peluh yang terkumpul dan tidak segera ditukar bajunya sudah semestinya menyebabkan bau yang kurang enak.
Ads
Sebab ketiga menurut doktor adalah, diet atau pemakanan anak-anak juga menjadi faktor kenapa badan mereka berbau. Makanan tertentu terutamanya bawang putih dan rempah boleh menyumbang kepada bau badan yang dipecahkan oleh tubuh.
Selain itu, jenis kain baju sekolah yang kurang menyerap peluh pun menyebabkan bakteria mudah membiak dan seterusnya menghasilkan bau aneh pada anak-anak.
*Oleh itu jalan penyelesaianya adalah mak-mak kena pastikan anak menggunakan pewangi badan atau deodoran yang bersesuaian untuk mengurangkan masalah bau ini. Baju yang sudah digunakan pun mesti cepat-cepat basuh supaya tak bau kepam!
Bila ibu tak boleh kawan emosi didik anak tentulah pelbagai perkataan keluar dan kata-kata diluahkan dengan jeritan. Memang rasa nak lepaskan geram pada anak-anak. Namun cara ini totally salah mengikut kaedah keibubapaan.
Mendidik anak-anak ini ada caranya salah satunya, ibu bapa perlu belajar cara untuk mengawal emosi. Barulah dapat mendidik anak-anak dengan cara yang betul, bukan cara jeritan dan sebagainya. Apa yang pasti anak adalah cerminan ibu bapa.
Bila kita jerit dan marah-marah pada anak, cuba tanya diri kita, kita sebenarnya tengah cuba nak DIDIK dia, Atau kita nak LEPAS GERAM?
Most of the time sebenarnya kita nak lepas geram. Actually memang sebab nak lepaskan je.
Elemen didikan yang ada ialah kita didik dia untuk menjerit jugak. And kakraja bercakap berdasarkan pengalaman sebagai mak yang dulunya banyak jerit kat anak (not proud of it at all).
When Fahim and Zharif was younger, I was a control freak. My way or the highway.
Listen to me coz I said so. I’m the mother so no questions asked. Just do what I say.
Kebanyakan masanya, kakraja handle dengan kemarahan bila kelakuan dorang mencabar.
Tak kira lah berapa banyak alasan dan sebab yang kita bagi atas tindakan kita, it is still NOT OKAY.
UBAH PENDEKATAN DIDIK ANAK
Tahun ke 7 of parenting baru kakraja banyak tone down. Lama kan? Bukan sebab umur tapi sebab tambahan ilmu baru. Kalau sebelum ni asyik nak jadikan anak excellent dalam academic sampai tukar tadika 6 kali, tapi sebenarnya pembentukan EMOSI anak jauh lebih penting.
Belajar untuk jaga emosi anak dulu. Bukan bermaksud kena spoil kan dia supaya dia tak nangis langsung. Tapi anak kecik sebenarnya belum tau cara nak KAWAL EMOSI.
Tugas sape untuk latih dia? KITA. Melalui perbuatan dan tindakan yang betul. Fahamkan yang tegas dan marah tu berbeza.
Selalu tanya kat diri sendiri, kalau aku macam ni, sape yang menang sebenarnya?
Kita jerit.Anak nangis. Emosi tercalar. Takut. Senyap. Pendam perasaan.
Kita rasa kita menang tapi sebenarnya kita kalah besar.
Kawal emosi kita dulu sebelum handle anak-anak. I’m still struggling but I’m trying. ?
“One generation full of deeply loving parents would change the brain of the next generation, and with that the world.” -Dr. Charles Raison
Penggunaan cuka di dalam masakan, semua antara kita sedia maklum. Bukan sahaja digunakan untuk menyediakan menu masakan tradisi, malah di negara-negara Barat juga menggunakan cuka ini dalam pelbagai jenis masakan.
Pun begitu, ada 8 lagi kegunaan lain cuka yang boleh dipraktiskan oleh ibu-ibu dalam mengurus hal rumah tangga. Nak tahu apakah dia, jom baca sampai habis!
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan tile
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila mana melibatkan kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hal ini sebenarnya perlu difikirkan oleh lelaki bergelar suami.
Jangan mempersoalkan berapa banyak tugasan yang isteri harus lakukan sebaliknya cubalah memahami mereka setiap hari. Tulisan lelaki ini, Ahmad Affzan Abdullah banyak benarnya. Mohon suami buka mata!
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya.
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
Sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di