Ramai yang memilih melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai jalan akhir untuk mendapatkan zuriat tanpa mengetahui pelbagai ilmu mengenai rawatan itu.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre stres atau tekanan bakal ibu yang menjalani rawatan itu turut mempengaruhi keputusan rawatannya. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
IVF – Efek stress. “Effect of Stress on Each of the Stages of the IVF Procedure: A Systematic Review, 2024”
Kajian sistematik terkini mengenai kaitan antara stres & kejayaan IVF mendapati bahawa S T R E S :
• yang kronik & akut memberi kesan negatif kepada kualiti telur
• menjejaskan kadar kejayaan implatasi
• memberikan kesan negatif terhadap rawatan IVF
Ads
Hubungan antara stres sama ada fizikal, mental/emosi dan kejayaan IVF adalah kompleks serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Walaupun terdapat pelbagai kajian yang turut menidakkan kaitan stres & kejayaan IVF, secara peribadi, saya berpendapat stres turut mempengaruhi bukan sahaja keberhasilan IVF, malah perjalanan #ttc sepanjang kembara IVF.
Ads
Strategi pengurusan tekanan yang berkesan boleh memberikan sokongan yang berharga untuk pasangan yang bakal/sedang menjalani proses IVF.
Maka, adalah penting untuk memilih pusat kesuburan & pakar kesuburan yang memahami kerumitan ini & menyokong anda melalui setiap langkah sepanjang proses IVF.
Ads
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
“Betul ke Doktor ni dah tampal gigi aku? Kenapa makin sakit ni? Patutnya kalau dah tampal, makin eloklah. Ish Doktor ni, buat betul-betul ke tak ni?”
Mungkin ini antara yang pernah dialami oleh sebilangan antara kita. Walaupun gigi telah ditampal namun masih terasa sakit. Nak tahu puncanya, Dr. Yuliana Ayob berkongsi info untuk makluman bersama.
[su_highlight background=”#f4f2c0″ color=”#d93232″]6 Sebab Gigi Masih Sakit Selepas Ditampal[/su_highlight]
1) PROSES TAMPALAN IBARAT MENCUCI LUKA DI TANGAN
Cuba anda bayangkan, jari anda terkena pisau. Sakit tak? Sakit kan. Lepas sehari, makin kurang sakit.
Cuba anda bayangkan, gigi yang berlubang, bayangkan, jika ia berlubang kat tangan korang, pastu Doktor gunakan sejenis peralatan, korek-korek untuk buang kulit mati, buang kulit kotor, pastu Doktor cuci, letak ubat, dan tutup dengan ‘plaster’. Agak-agak korang, sakit tak? Sakitlah, selagi tak sembuh luka tu, selagi tu ia sakit. Paling kurang pun seminggu.
Bayangkan lagi, gigi anda yang berlubang tu, kami buang struktur gigi yang rosak. Berdesing telinga dengar bunyi peralatan kami, kami letak ubat, letak bahan tampalan, dan tutup lubang.
Memang akan ada rasa sakit selama beberapa hari selepas tampalan, kerana proses tampalan tadi bukanlah proses seminit dua. Dalam gigi kita ni ada saraf. Saraf yang sensitif semasa rawatan boleh menyebabkan kesakitan.
Jadi, tak perlulah risau. Sabar dulu beberapa hari. Ia akan baik semula.
2) GIGIKU BERLUBANG SANGAT DALAM
Dahlah tak mahu jumpa kami, sampai gigi berlubang sangat dalam. Sampai nak kena akar dah. Aduh, kasihannya gigi.
Gigi, kalau dah berlubang dalam sangat, memang boleh kena bahagian yang ada banyak saraf. Saraf kalau dah terluka, ibarat hati seorang ibu yang terluka, kita minta maaf, mak kita maafkan. Tapi, parut tu masih ada. Sakit tu, masih ada…hmm..
Ada sakit tu…untuk beberapa hari. Mungkin sampai seminggu.
3) JENIS BAHAN TAMPALAN
Ada ke bahan tampalan yang sempurna? Yang terbaik, terhebat dan termahal. Eh. Biasalah, nak yang bagus, harga lebih mahal. Tapi dalam kes bahan tampalan ni, memang ada kelebihan dan keburukan masing-masing.
Tetapi, banyak lagi kelebihannya. Cuma, ada jenis tampalan tertentu yang boleh menyebabkan rasa sensitif untuk beberapa hari. Kebiasaannya, rasa sensitif itu akan berkurang.
4) MAKAN MINUM APA SAHAJA
Biasanya kita tiada nasihat khusus untuk menjaga apa yang dimakan atau diminum selepas tampalan. Kalau selepas beranak, ada pantang larangnya.
Selepas tampalan pula, jika anda makan makanan yang panas atau sejuk, ia juga mungkin boleh menyebabkan rasa ngilu. Tiada pantang larang khusus selepas tampalan. Tetapi jika anda berasa ngilu selepas tampalan akibat jenis makanan atau minuman yang diambil, itu biasalah. Kalau tak nak rasa sensitif, jagalah apa yang anda makan. Ada pula orang yang makan kacang atau gigit tulang ayam selepas tampalan. Aduh… Apa jadi?
5) TAMPALAN PECAH
Sedar tak sedar, rupa-rupanya gigiku sakit selepas tampalan kerana telah pecah.
Apa puncanya?
Gigit makanan keras.
Makanlah makanan yang lembut dalam tempoh 24 jam selepas tampalan.
6) TAMPALAN YANG TINGGI
Namun, jika sakit masih berlarutan selepas seminggu dan anda rasa sukar untuk menggigit atau mengunyah makanan, ada kemungkinan tampalan itu tinggi. Berjumpalah dengan Doktor, supaya kami boleh ratakan tampalan yang tinggi.
Jadi, cukuplah dahulu 6 punca biasa yang sering menyebabkan anda berasa tidak selesa selepas tampalan. Paling utama dan terutama, jumpalah Doktor sekurang-kurangnya satu kali setahun, supaya pemeriksaan awal untuk mengesan gigi yang berlubang dapat dilakukan dengan jayanya.
Sumber : Dr. Yuliana Ayob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN
Hemoglobin atau singkatannya Hb adalah protein yang berada dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tahap hemoglobin dalam tubuh boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan darah.
Apabila tahap hemoglobin kita rendah, fungsi sel darah merah yang penting ini akan akan terganggu.
Kita akan menjadi lebih mudah penat, sukar bernafas dan tidak bertenaga.
Oleh itu, masalah tahap hemoglobin rendah harus segera dirawat.
Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah.
Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin.
Ambillah makanan yang mengandungi nutrisi ini. Antaranya :
1. Daging merah
Daging merah tanpa lemak merupakan salah satu makanan untuk dapat meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah. Di dalam daging merah terdapat zat besi. Ambil daging merah sebesar dadu kotak mancis dalam setiap hidang. Tidak perlu berlebihan.
Dalam 100 gram daging merah mengandungi 2.7 mg zat besi. Ia Selain juga mengandungi asid folik.
2. Organ dalaman
Organ dalaman termasuk jantung, otak, ginjal dan hati merupakan makanan yang kaya dengan sumber zat besi. Dalam 100 gram, terdapat zat besi sebanyak 6.5 mg. Bagi yang tidak menggemari organ dalaman, kekallah memilih daging merah tanpa lemak.
3. Daging putih
Selain daging merah, daging putih seperti ayam, dan ikan juga mengandung zat besi. Boleh ambil bahagian ayam sebesar bahagian peha yang dibakar, dibuat sup atau dikukus.
4. Makanan laut
Makanan laut, seperti kerang dan udang juga mengandungi zat besi.
Selain kerang dan udang, ikan kembung juga mengandung zat besi. Dalam seekor ikan kembung yang sederhana besar terdapat 1.4 mg zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.
5. Tauhu dan produk soya
Protein dari soya seperti tauhu dan tempeh juga merupakan makanan yang baik untuk meningkatkan hemoglobin. Satu hidangan tahu (100 gram) mengandung 2.5 mg zat besi dan sejumlah mineral, termasuk kalsium, magnesium, dan selenium.
6. Sayur dan buah-buahan
Mengambil makanan yang mengandungi zat besi saja tidak cukup jika proses penyerapannya tidak berjalan baik. Oleh itu kita perlu makan makanan yang kaya vitamin C bagi memudahkan penyerapan secara maksima.
Makanan tinggi vitamin C contohnya sayuran hijau, seperti bayam, kangkung dan bak soy. Dalam 100 gram bayam mentah mengandungi 2.5mg zat besi, dan asid folik yang penting dalam pembentukan hemoglobin dalam darah.
Selain itu, brokoli juga kaya vitamin C.
Selain itu, makanan yang mengandungi beta karoten juga sangat penting. Ia banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning, dan oren, sepert:
a) Jus Delima
b) Tomato
c) Cili merah
d) Cili benggala
Selain yang telah disebutkan di atas, zat besi boleh didapati dalam bentuk suplemen pil. Ia boleh didapati dari klinik dan farmasi. Cuma kita mungkin mendapat kesan sampingan seperti sembelit.
Dalam satu hari, seorang lelaki dewasa dianjurkan untuk memerlukan 13 mg zat besi, sedangkan wanita dewasa dari usia 19 hingga 49 tahun memerlukan paling kurang 25 mg besi per hari.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah makan rasam? Mungkin ada yang biasa dan tidak kurang juga yang langsung tidak pernah dengar apa tu rasam?
Rasam bolehlah kita katakan sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam-masam hangat dan beraroma rempah ratus.
Rasa masam terbit daripada penggunaan asam jawa, dan hangat pula dari lada hitam dan gabungan beberapa rempah ratus lainnya. Ia bagus dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Malah menurut perkongsian Vanistry Kavitha, Rasam juga dikatakan sebagai salah satu cara bagi masyarakat India untuk mencegah virus Corona dengan mengamalkan pengambilannya setiap dua hari sekali.
Jadi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Rasam dan bolehlah dicuba.
Bahan-bahan:
Biji ketumbar 4 sudu
Lada hitam 3 sudu
Jintan Putih 4 sudu
Jintan kecil 4 sudu
Bawang Putih dgn kulitnya sekali
Bawang Merah kecil dgn kulitnya sekali
Halia 2 inchi ya…
1 biji tomato
(Kesemua bahan tadi di giling dengan air yang sedikit.)
____________________________________
BAHAN BAHAN TUMIS
I sudu biji sawi
5 tangkai cili kering
Sedikit daun Kari
1 biji tomat
____________________________________
Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya…
(Untuk system imunisasi)
Cara penyediaan
1.Panaskan Minyak
2.Masukkan Biji sawi
3.Masukkan bahan bahan tumis seperti bawang yg dihiris ,tomato, daun Kari dan cili kering
4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.
5.Masukkan bahan bahan giling…masak 2 minit
Masukkan air seperti mana yang di kehendaki.
6.Biar panas dulu ,masukkan garam dan air asam jawa…
7 Akhir sekali tutup api ,masukkan daun ketumbar jangan bagi didih terlalu lama ya…