“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!

Share

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini berkongsi kisah gembira apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau.

Dalam Majlis tersebut, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.

Tidak pernah tersangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.Ribuan terima kasih ChongWei ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. ChongWei bertekad akan terus berusaha untuk menyumbang dalam arena sukan Malaysia, semampu yang boleh.

Sidenote: Mak pasti paling happy saya rasa, finally anak ada chan join konvokesyen pakai topi empat segi. Tetapi baru perasan tadi, bulat pulak rupanya…

Sidenote2 : kepada sesiapa yg nk kasi bunga konvo kat chong wei, chongwei minta sejambak kubis bole?

fareiza_arianna Padu arr Datuk @leechongweiofficial, tahniah!! 👏🙌 Terus menyumbang utk kemajuan sukan negara ok Datuk 💪❤️
eni.aziz Congratulations DLCW! Btw, baju kurung datin sangat cantik! 😍😍😍
hafshahmdsohi Tahniah DLCW…minta kobis pulak😂😂..kobis boleh mkn, bunga x boleh mkn…sayur mahal skrg nii..👏👏
sherazulghafar Kubis mahal la, Datuk! Saya kirim salam sayang je la. Hahaha. Tahniah, Datuk! You’re a jewel to this nation. Terus menyumbang dalam arena sukan negara okey? ❤️👏

 

 

 

IKLAN