Memiliki ruang dapur yang bersih dan susun atur yang kemas sudah tentu memudahkan urusan memasak.
Selain itu, penstoran yang praktikal dan sempurna akan memudahkan kita mencapai perkakasan memasak dengan cepat.
Dapur yang bersih dan cantik pasti menjadikan mood memasak akan lebih teruja.
Namun untuk memilik kabinet dapur yang cantik memerlukan bajet yang mahal, tapi itu bukan alasan bagi puan Qelaa Arsh yang memilik daya kreatif untuk memiliki ruang penstoran yang praktikal pada harga bajet.
Menerusi perkongsianya, jelas membuktikan almari pakaian kanak-kanak telah diubah suai menjadi kabinet dapur dengan bantuan wallpaper untuk menjadikan kabinet ini lebih cantik!
Ads
Jom kita lihat hasil kreativitinya.
Susun atur yang cantik dan kemas!
Ads
Almari baju kanak-kanak beli di Gaint. Wallpaper sy pki wallpaper foam eco shop
Kekurangan jumlah air dalam badan ketika bulan puasa membuatkan kulit muka juga turun terkesan. Lebih-lebih lagi pada kulit kering.
Ditambah dengan keadaan cuaca yang panas terik, air yang kurang pastinya buat ibu rasa tidak selesa.
Walaupun berpuasa, namun jangan biarkan kulit terus kelihatan kering dan kusam sebaliknya ambil jumlah air yang banyak selepas berbuka hinggalah ke waktu imsak.
Selain itu ada baiknya anda lakukan spray mudah ini. Guna bahan di rumah sahaja. Petua yang dikongsikan Sifu Kitaro ini pasti dapat menyelamatkan anda daripada kesibukan menguruskan rumah tangga, tetapi masih tampil jelita dengan kulit yang cantik dan flawless.
Mana taknya, petua yang dikongsikannya ini cukup mudah. Hanya rebus bunga lawang dan spraykan ke muka setiap hari. Mudah kan? Ibu-ibu wajib cuba ni!
Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Guna bahan semulajadi yang 200% bebas dari bahan kimia merbahaya. Cuma guna bunga lawang je.. ye, rempah ratus yang wajib ada kat dapur tu.
Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat tau. Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.
Nak tau lebih lanjut korang boleh google sendiri khasiatnya. Sekarang ni kami nak cerita macam mana nak buat toner menggunakan bunga lawang ni.
Bahan-bahannya:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air putih
1 botol spray (kecik pun cukup)
Caranya:
1. Rebus bunga lawang dalam periuk. Guna dua cawan air.
2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan di dalam peti ais.
4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.
Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia berada di kota Paris.
Semuanya untuk membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Tambah Intan lagi, kunjungannya ke Paris merupakan persiapan akhir buat bayinya yang merupakan seorang bayi perempuan.
“It’s a hot chocolate and shopping day for my baby girl.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, dapat dilihat, Intan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman berada di sebuah pusat beli belah dan sedang memilih pakaian buat bayi perempuan yang bakal dilahirkan kelak.
Intan turut memilih sehelai baju berwarna merah jambu yang cukup cantik serta beberapa aksesori dan mainan buat bayinya nanti.
Intan sebelum itu dilihat menghabiskan masa dan bersantai bersama suami bagi menikmati secawan air coklat. Memang mengujakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menumpang gembira melihat kehidupan Intan bersama suami malah tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka.
Warganet turut mendoakan kelahiran cahaya mata yang dinantikan semua itu dipermudahkan sehingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai.
Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal, bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan.
Menerusi perkongsian video yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Malah anak muda ini turut menawarkan bantuan untuk membawa dua anaknya pulang ke rumah namun permintaan itu ditolak dengan cara yang baik ibu ini.
“Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ini baru sampai nak isi minyak bersama dua anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak kecil.
“Perkara paling menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggu motorsikal sambal mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala abangnya pula aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun.
“Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga itu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motorsikal sambil bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan bantuan.
“Aku tanya dulu nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal,” kata.
Namun pelawaan itu ditolak secara baik oleh ibu berkenaan.
“Aku pun masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tu..
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik dekat area situ je sekali dia turun highway dari Educity menghala ke Perling.
“Aku follow dari jauh tak nak dia takut sebab highway tu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore.
“Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi,” katanya lagi.
Situasi sebegini membuatkan kita tersedar bahawa ada insan lain yang mengalami kesulitan yang lebih hebat.
“Kadang-kadang kalau rasa diri kita susah & ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita,”katanya lagi.
Semoga urusan ibu ini dan dua anaknya dipermudahkan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.