“Makyong Jangan Tengok Emas Je. Cimpan duit, beli cucu adik!” Membebel Dalam Voice Note Sebelum Tidur, Gelagat Anak Ni Undang Tawa!

Share

Lucu dan buat ramai terhibur, demikianlah yang boleh diungkapkan tatkala melihat video yang tular baru-baru ini

Video yang dikongsikan menerusi tiktok itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan ‘membebel’ di dalam voice note WhatsApp. Dengan loghatnya itu membuatkan ramai terhibur.

Antara lain bebelannya adalah meminta semua untuk tidur dan jangan asyik bermain telefon. Apa yang melucukan, dia sempat meninggalkan pesanan  buat mak longnya supaya menyimpan duit beli mainan dan Susu untuknya.

Selain itu, dia menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja.Cara bebelan tersebut tak ubah seperti mak-mak memarahi anak.

Video tersebut dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.

@iliayuni_ Reply to @dylayasir ♬ annur bebel sebelum tidur – Ili Ayuni

Sumber: @iliayuni_ 

 

IKLAN