Memang benar, anak adalah cerminan ibu bapa. Apa sahaja didikan yang diberikan kepada anak-anak, ia akan menjadi panduan dalam hidupnya. Oleh itu menurut pendapat ibu ini di laman facebooknya Intan Dzulkefli “masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.”  Akibat kesibukkan mencari nafkah untuk keluarga, suami isteri kadang kala alpa dalam memberi pendidikan yang terbaik buat anak. Malah beliau menyentuh salah satunya adalah memanfaatkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan sebaiknya. 

____________________________________________________________________

Manfaatkan Waktu Antara Maghrib Dan Isyak. Masa Tak Banyak! Ibu Ini Berkongsi Pendapat. Deep!

Jikalau kita biasa dengar tips rumahtangga yang soleh dan musleh, antara satu kuncinya ialah memanfaatkan waktu antara Maghrib & Isya’ dengan sebaiknya.

Sayang kalau pada waktu ini dihabiskan dengan berkocohan di dapur untuk memasak, atau duduk bersidai di depan televisyen menonton lakonan pelakon yang tidak menjaga ikhtilat dan aurat.

Wahai ibu bapa, 
Jangan harapkan sepenuhnya pada ustaz ustazah ajar anak solat, mengaji, ilmu agama.

Jangan bila maghrib tiba, kita sekadar kerahkan anak solat cepat, mengaji! Sedangkan si ibu duduk leka menonton drama duniawi. Si bapa leka menghadap game di telefon pintar.

Siapa orang yang kita kagumi keluarganya? Kita sejuk lihat cara didikan keluarganya?

Ustaz Ebit Liew yang sentiasa santun dan menghargai dengan anak isteri?

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa yang walau sibuk ke sana kemari dengan dakwah, urusan rumahtangga namun masih mampu menggenggam status Doktor Falsafah?

IKLAN

Ustazah Fatimah Syarha yang menginspirasikan Projek Mega Dalam Rumah untuk mendidik anak jadi hafiz hafizah sejak kecil?

Kalau kita perhalusi… agaknya apa yang mereka isikan semasa waktu 7-9 malam?

Ya.. tentulah dengan solat berjemaah & majlis taklim sesama keluarga. Waktu itulah suami menyemak bacaan al-Quran anak isteri, tasmi’ hafazan, atau berjemaah di masjid, mendengar kuliah agama dan sebagainya.

Hal ini kerana 2-3 jam ini adalah waktu yang kritikal. Waktu ini sahaja yang selalu mengumpulkan semua anggota keluarga bersama sementelah seharian mungkin sibuk dengan kerja dan persekolahan.

Malah, kalau berziarah ke rumah orang alim, televisyen hanyalah hiasan yang dibuka hanya apabila tetamu berkunjung ke rumah. Selebihnya perhiasan rumah lebih kepada rak buku yang bersusun-susun dipenuhi buku ilmiah & kitab-kitab ibarat perpustakaan mini.

Hiburan mereka adalah buku dan al-Quran!

IKLAN

Saya menulis bukan kerana saya bajet bagus. Astaghfirullah, jauh sekali. Terpulanglah sekiranya ada yang kata, poyonya tak ikut drama tv waktu senja. Atau bajet alim. Atau ketinggalan zaman tak ikut trend terkini.

Ada ramai yang kata, mereka tengok drama bukan waktu maghrib pun. Dah download dan lihat di waktu lain. Ya begitulah, tentu ada sahaja alasan untuk kita memenangkan pilihan kita.

Sayangnya, kalaulah kita boleh spend masa itu untuk hal pembinaan diri yang lain. Umpamanya membaca buku ilmu baitulmuslim & parenting.

Cuba tanya diri kita, berapa banyak buku ilmiah atau pembinaan diri yang kita berjaya habiskan dalam masa sebulan? Berapa banyak pula buku yang kita baca, ceritakan kepada anak-anak?

Saya berpendapat, sekiranya kita mahu menjadi orang yang hebat, ikutlah cara orang hebat mengemudi hidup mereka.

IKLAN

Untuk itu, tinggalkanlah perkara yang tidak membina keimanan, ubahlah rutin hidup kerana dari situ akan lahirnya akhlak dan jati diri.

Mulakanlah dari dalam rumah sendiri. Tentunya dengan menjaga tautan hati sesama suami, isteri dan anak-anak. Dan tali ikatan yang paling kukuh ialah dengan keimanan. Tentulah ini diraih dengan aktiviti yang di dalamnya mengingatkan kita dengan Tuhan. Solat berjemaah, taklim, bacaan al-Quran, misalnya.

Kerana sifirnya, “merapatlah kamu dengan al-Quran & tahajud, serapat mana kamu mahu kebahagiaan merapatimu.”

Masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada. Manfaatkanlah masa dengan sebaiknya.

Kerana kita akan ditanya, masa yang kita ada, dengan apa kita telah isikannya?

Kerana masa kalau tak dihabiskan untuk iman & agama, ia tetap akan habis BUKAN untuk iman & agama.

.Saya berpesan untuk diri sendiri juga yang selalu lalai & leka juga. ?

Intan Dzulkefli
270718
#intandzulkefli
#selfreminder
#notabaitulmuslim

Cuma pendapat peribadi. Tak setuju tak apa.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI