Dalam banyak-banyak menu pemanis mulut yang enak dimakan, tentunya mencuba rasa Mango Float tidak kurang hebatnya.
Seakan melihat juadah ini terhidang, sudah tergambar keenakannya. Jadi tunggu apa lagi, ayuh dicuba untuk menyediakan menu ini untuk dapat dirasa seisi keluarga.
Mango Float
Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk malam ni. Nak puasa ni selera macam-macam. Siapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa.
Nah resepinya.
Ads
Bahan-bahan :
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
Ads
Caranya :
1. Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi.
2. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
Ads
1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut di dalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
P/s : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.
Masakan ayam merupakan antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Menu yang berasaskan ayam ini wajib ada dalam hidangan setiap hari. Jika tak ada, anak-anak tentu tidak selera. Sebenarnya pelbagai jenis masakan ayam. Namun biasanya kita akan masak ayam goreng, kari ayam dan ayam masak kunyit. Tetapi jika hari-hari masak menu yang sama tentu anak bosan.
Jadi, anda bolehlah mencuba hidangan ayam menggunakan resipi mudah.
Sebagaimana perkongsian puan Nana Sabrina Sarsan yang hanya menggunakan 5 bahan aje untuk memasak menu kepak ayam bakar madu. Hanya masak dalam kuali aje!
IKUTI PERKONGSIAN INI
resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
*klu tak ada kicap mahsuri pedas, bole guna kicap manis,kemudian tambah cili padi hiris, letak sikit jer jgn bnyk nti pedas
10 kepak ayam 3 biji bawang putih 1 sudu makan madu 2 sudu makan kicap manis pedas 1 sudu makan sos tiram 3 sudu makan minyak.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
17855072_10210908009554556_5975978311139923351_o
3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
INFO :
Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ baud an warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
Ambil limau nipis. Potong kecil.
Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cendol merupakan antara minuman pencuci mulut yang digemari ramai. Cendolnya di campur dengan santan, pulut, ais, gula melaka dan palinh best durian. Memang terangkat!
Selain beli, boleh cuba buat di rumah cendol ni. Boleh cuba resipi ni. Mudah aje!
Resepi cendol;
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung beras
-2 sd makan tepung ubi
-3 cawan air pandan
-1/2 sd kecik air kapur
-sedikit garam
-sedikit pewarna hijau
Cara-cara
-bancuh semua bahan ,kemudian tapis
-masak atas api sederhana ,sentiasa kacau sampai likat dan berkilat
-sediakan besin berisi air sejuk + ais
-masukkan adunan cendol dakam piping beg
– paipkan adunan cendol
-sedia dihidangkan mengikut citarasa.
Siap cendol! Boleh dicampur dengan bahan-bahan seperti ais, santan , gula melaka. Tambah durian memang superb!
Selamat mencuba!
Kredit: haslindawati omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.