Mangsa nahas UPSI hilang 15 rakan termasuk sahabat karib – “Rasa tidak sedap hati itu rupanya petanda.” Rasa gelisah yang menyelubungi hati Nurul Athirah Zakaria sebelum menaiki bas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim rupa-rupanya menjadi bayangan kepada satu tragedi besar.

Mangsa Nahas UPSI Hilang 15 Rakan Termasuk Sahabat Karib – “Rasa Tidak Sedap Hati Itu Rupanya Petanda”

Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tidak menyangka perasaan tersebut menjadi petunjuk bahawa dia bakal kehilangan 15 rakan, termasuk sahabat karibnya, Nurly Shahirah Azman.

MENURUT NURUL ATHIRAH, 23 TAHUN, DIA SEMPAT MEMAKLUMKAN RASA TIDAK SEDAP HATI ITU KEPADA IBUNYA, ROSMAWATI MUDA, 57, SEWAKTU BERSALAMAN SEBELUM MENAIKI BAS. NAMUN, IBUNYA MENASIHATINYA AGAR TIDAK TERLALU MEMIKIRKAN PERKARA YANG BURUK.

“Tidak sangka malam itu merupakan detik yang paling memilukan dalam hidup saya, apabila saya kehilangan sahabat baik saya, Nurly Shahirah. Kami sudah bersahabat sejak Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Imtiaz Besut. Kami sangat rapat dan sama-sama merupakan hafizah al-Quran,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Landak, Terengganu.

Kemalangan Tragis Di Jalan Raya Timur-Barat

Kemalangan yang berlaku pada malam Isnin lalu di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, meragut nyawa 15 penuntut UPSI apabila bas sewa khas yang membawa mereka terbalik selepas memintas sebuah Perodua Alza. Bas itu dalam perjalanan pulang ke kampus utama di Tanjung Malim. Insiden ngeri itu turut mencederakan 33 individu lain, termasuk pemandu serta kelindan bas dan empat orang dari kenderaan Alza berkenaan.

Ads

Mangsa Nahas UPSI Hilang 15 Rakan Termasuk Sahabat Karib – “Rasa Tidak Sedap Hati Itu Rupanya Petanda”

Saat Akhir Bersama Sahabat

Menceritakan kembali saat-saat terakhir bersama arwah, Nurul Athirah berkata dia sepatutnya duduk bersama Nurly Shahirah di sebelah kiri bas. Namun, tempat duduk itu sudah diisi oleh rakan mereka yang lain, menyebabkan dia duduk di sebelah kanan, sebaris dengan tempat duduk sahabatnya.

Mangsa Nahas UPSI Hilang 15 Rakan Termasuk Sahabat Karib – “Rasa Tidak Sedap Hati Itu Rupanya Petanda”

Ads

“Saya masih ingat, sebelum kemalangan berlaku, saya nampak arwah tidak tidur. Tetapi selepas itu saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku, saya tercampak keluar dan terus pengsan,” katanya.

Nurul Athirah hanya sedar sekitar jam 3 pagi dan ketika itu dia dibantu oleh sepasang suami isteri yang kebetulan melalui kawasan kejadian. Mereka membantunya menghubungi ibunya.

“Saat itu, saya cuma fikir, kalau saya meninggal, biarlah saya sempat bercakap dengan ibu buat kali terakhir,” katanya sebak.

Ads

Kecederaan Dan Pemulihan

Akibat kejadian itu, Nurul Athirah mengalami kecederaan pada paru-paru, kaki dan belakang kepala. Kini, dia masih dalam tempoh berehat di rumah dan akan kembali ke kampus selepas pulih sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro 

Baca artikel lain juga: 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI