Masa Khutbah Jumaat Imam Selitkan Doa Untuk ‘Abang Viva’. Bukan Tu Je, Dikatakan Perodua Pun Cari!

Share

Syabas kepada semua sukarelawan, NGO dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini di Lembah Klang.

Antara nama yang disebut-sebut oleh warganet adalah  seorang pemuda bernama Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ ini.

Betapa ikhlas hatinya dan bersemangat tinggi untuk terus membantu menyelamatkan mangsa banjir  walau hanya dengan menggunakan kereta viva, membawa botnya bergerak dari Melaka ke Selangor dengan berbekalkan RM50 duit poket. Ini sekali gus kisahnya masih trending di laman Twitter.

 

Abang Viva, nama dia disebut sewaktu khutbah Jumaat today in a few places.

 

 

 

Sementara itu seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai @UsharDaniele memuat naik satu ciapan meminta nombor telefon Azwan. Tulisnya“Siapa boleh kongsi nombor Abang Viva dengan segera? pihak Perodua sedang cari dia,” ciapnya.

Dalam pada itu, Azwan yang kini sudah berada di Temerloh meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir di daerah tersebut.

Manakala meninjau di  laman sosial Perodua mendapati tiada pengesahan sama ada betul atau sebaliknya pihak Perodua mencari Azwan.

Sumber : Twitter

ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN