Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
Bagi peminat-peminat tempe, anda pastinya gemarkan ianya dimasak garing dengan kicap ataupun sambal. Namun jika ianya sudah lemau, pasti anda kecewa untuk makan hidangan yang kebanyakkan di gemari oleh masyarakat Jawa ini.
Jika anda tidak mahu ianya lemau, pastikan anda mengikut petua yang diberikan.
Kalau guna 6 petua di bawah, confirm sambal tempe tahan lama dan sedap!
6 PETUA SAMBAL TEMPE KEKAL RANGUP WALAUPUN DAH LAMA BUAT
Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin. Actually sebelum ni pun ramai juga tanya Ira tips buat sambal tempe. So hari ini Ira kongsikan 6 tips sambal tempe rangup dan tahan lama.
1. Guna cili kering kisar
Cili kering tu jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang half jug blender tu, air pula bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Lepastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
2. Tempe, kacang & ikan bilis goreng asing
Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan goreng asing-asing. Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.
3. Bawang putih & bawang holland blend
Bawang pula jangan guna bawang tumbuk. Blend juga. Guna bawang putij dan bawang holland, ok?
4. Gula
Gula pula Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna gula apong. Seriously lagi sedap. Gula apong ni spesis gula melaka cumanya gula apong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.
5. Jangan guna sos cili, tomato & segala jenis sos
Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
6. Potong tempe nipis-nipis
Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.
Itu la 6 tips utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Selamat mencuba!
Bulan Ramadan ni salah satu kuih yang popular dihidangkan untuk berbuka adalah kuih kaswi.
Cara masaknya mudah dikukus. Rasa lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa. Memang sedap!
Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ni. Gerenti jadi!
Bahan-bahan
*2 cawan tpg gandum
*1/2 cawan tpg ubi
*1 cawan gula merah
*1 cawan gula putih
*5 cawan air
*2 sudu besar air kapur
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan diatas. Kacau sehingga sebati semuanya
Kemudian tapis. Loyang hendaklah disapu dgn sedikit minyak
Sebelum tu panaskan kukusan. Kukus dlm masa 45 minit. Tunggu sejuk barulah dipotong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur dgn sedikit garam. Siap.
Kredit: Jamilah jamilah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Allahu, membaca kisah keluarga ini cukup meruntun hati. Manakan tidak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga ini terpaksa melalui ujian demi ujian. Sementelah anak-anak pasangan ini masih kecil namun sudah terpaksa melalui kesusahan.
Keluarga ini dikatakan memerlukan bantuan RM 7,000 untuk menampung kos rumah sewa selama sebulan dan sebuah gerai untuk mereka berniaga di situ.
Kisah pasangan mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang aktif membantu golongan yang memerlukan.
Mimpi indah jatuh berkecai
Kisah keluarga ini sungguh meruntun kalbu. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Segala mimpi indah jatuh berkecai berserakan di kaki waktu dalam sekelip mata. Pasangan suami isteri beranak dua ini berdagang nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.
Buta huruf Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ( 35 tahun ), merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang yang buta huruf … kepandaiannya hanya lah memasak semata. Terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof ( 33 tahun ) mengajak Encik Khairullah berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan. Dengan membawa beg pakaian … mereka pun bertolak ke Kedah dengan sebuah bas ekspres. Tiba di Kedah .. mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.
Tidur atas lantai tanpa alas Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah rice cooker sahaja. Dengan rice cooker itulah mereka masak nasi, masak lauk- pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun. Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi sepuluh-dua saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.
Diusir tak bayar sewa Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan. Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur. Bagaimana pun selepas tiga bulan .. majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting. Lebih malang .. tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah .
Tuan rumah enggan beri tempoh
Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah. Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga. Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini. Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja .. Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 18 Jun tahun lalu.
Kaki nyaris dipotong Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya nyaris dipotong . Beliau menjalani dua siri pemedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.
Saat itu .. Puan Akma pula baru saja hamil anak ke tiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad. Sejak kemalangan itu … mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan.
Suami terbaring kemalangan Encik Khairullah pula … setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat. 12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ke tiganya. Alhamdulillah .. bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya. Pulang ke rumah .. tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang .. suami pula terbaring kerana kemalangan. Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa sekim PERKESO.
Berniaga hadapan rumah Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah. Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak. Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.
Rumah sewa tertunggak Buat masa ini, sewa rumah mereka ( sebulan RM400 ) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu. Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula. Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain , InsyaAllah ..
Bagi yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.