Masih Dalam Pantang, Wawa Zainal Ligat Bantu Mangsa Banjir Undang Rasa Risau Netizen!

Share

Umum mengetahui Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu dan kini masih lagi di dalam pantang.

Jika sebelum ini pelakon ini menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini dilihat ligat pula meredah banjir bagi menghulurkan bantuan.

Melalui hantaran video di Instagram miliknya, dilihat Wawa Zainal begitu bersungguh-sungguh melaksanakan misi membantu mangsa banjir dengan membeli sendiri barang keperluan seperti lampin bayi, telekung, bantal, tilam dan sebagainya di sebuah pasaraya dengan ditemani oleh suaminya Aeril Zafrel dan beberapa orang daripada teamnya.

Tidak dengan itu, dilihat juga Wawa Zainal sendiri turun ke lokasi banjir untuk menyerahkan barangan bantuan yang dibelinya. Difahamkan Wawa berbuat demikian sebab mahu merasai pengalaman dan lihat sendiri  keadaan masyarakat yang ditimpa banjir besar di Selangor.

Meskipun ramai yang memuji semangatnya, namun ada segelintir netizen meluahkan rasa risau dengan kesihatan Wawa yang masih dalam tempoh berpantang.
Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan apa yang pelakon itu cuba buktikan dengan berbuat demikian sedangkan dia mempunyai ramai kakitangan yang boleh turun padang.
dyannazamani
Ape2 pun wawa Moga dipermudahkan segala urusan.. Risau tgk redah banjir lasak2 dlm pantang.. Bukan apa risau bentan.. Skg xsakit.. Dh tua risau… Moga Allah permudahkan urusan wawa.. Rehatla bg team yg buat… Tegur tanda syg❤️
Ummi_zarazaidahzarif
Dalam pantang boleh redah air banjir..dahsyat sgt ni..mmg takde sape boleh ganti ke kerja wawa tu huhu
afizaradamalriana
Wawa… Jaga diri baik2 …Bru 24 hari pantang..dlaman belum Kuat lgi tu…T. Caredear…
sit.isham
Semoga murah rezeki dn diberikan kesihatan yg baik buat wawa sekeluarga.
ummuaiynul
Ya Allah. Aku pula yang risau dengan Wawa ni, pantang tak habis lagi. Semoga Allah permudahkan urusannya, diberi kesihatan yang baik untuk Wawa. Subhanallah.
Sumber : Ig [su_button url=”https://www.instagram.com/w4w4_zainal/” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]@w4w4_zainal[/su_button]

 

IKLAN