Kisah kejayaannya di dalam bidang hartanah sebelum ini pernah tular di media sosial. Jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin, pernah mendapat perhatian kisahnya yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.
Biarpun bergelar jutawan, anak kelahiran Kampung Tok Raja, Besut itu tidak pernah mendongak ke langit, sebaliknya bersikap tunduk ke bumi.
Malah, dia lebih selesa memilih kehidupan serba sederhana dan sentiasa istiqomah dalam setiap apa yang dilakukannya. Namun kadang kala, tetap ada cabarannya dalam hidup.
Terbaru menerusi facebook miliknya, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaiannya kehidupannya sehingga ada tidak sedap didengar mendakwa dia hanya berpura-pura seorang hartawan.
Tidak mahu ia berpanjangan, Azlan terpaksa mendedahkan nilai aset yang dimiliki. Bukan niat untuk mendabik dada tetapi berharap ia menjadi iktibar kepada pihak berkenaan.
Dia meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dimilikinya dan berharap sentiasa memburu tawadhuk dengan caranya tersendiri.
MAAFKAN SAYA TERPAKSA TUNJUK SEKALI SEKALA.
Jujurnya,saya malu dan tak mahu bercerita tentang aset aset hartanah yang saya miliki dengan izinNya.
Tetapi apabila ada segelintir suara suara sumbang yang seakan menuduh saya hanya berpura pura menonjolkan diri bak hartawan,maka saya terpaksa sekali sekala tampilkan sedikit aset hartanah yang Allah swt anugerahkan sementara kepada saya.
Mungkin kerana gaya hidup saya simple dan ala kadar sangat,rumah pun tak mewah macam dewan badminton,pakai macam penoreh getah,maka saya seakan dilihat tak munasabah untuk diangap hartawan.
Tapi sabar dulu kawan,jangan cepat menduga cetak atau dalam air di lautan kalau kita bukan ahli untuk menyelam.
Hanya ikan yang tahu dunia air.
Saya tak minat bercerita pasal harta.
Saya hanya ada sedikit sahaja aset untuk jana kehidupan berkeluarga.
Tak banyak pun!
Sepanjang sepuluh tahun saya di bidang hartanah,ada lah lebih 100 juta nilainya jika dihitung sekarang.
Rm100 juta nilai tu bukan besar,biasa biasa saja.
Saya anggap itu pencapaian yang sangat serta masih kecil,kerana saya sasarkan untuk memiliki aset lebih rm1 bilion menjelang sepuluh tahun ke depan…InsyaAllah
Malu saya nak mengaku berharta,saya suka menyendiri dengan cara sendiri.
Lagipun,lebih ramai di luar sana yang kaya raya.Setakat saya ada cikit cikit,apalah sangat.
Apepun,saya syukur dengan apa yang Allah kurniakan seadanya ini.
Di bawah ini,hanya sebahagian geran geran tanah yang saya ‘terpaksa’ kongsikan untuk ‘menjawab’ tuduhan tuduhan jahat oleh segelintir mereka yang jelas mencemburui kejayaan kerdil saya!
Saya tak mahu terkesan dengan suara suara sumbang,nanti saya akan jadi sombong dan lupa diri sedangkan kita hanya hamba saja.
Kalau saya hidup untuk menunjuk sehingga sombong,saya mungkin akan tanya kembali seperti berikut :
“Berapa ratus juta kau ada aset untuk sembang dengan aku???”
Saya akan soal lagi “Setakat kau hanya ada toyota atau mercedes dan rumah banglo guna pinjaman bank,tak payah sembang lah! Tunjuk geran geran tanah kau ada berapa ratus keping!”
Tapi nauzubillah..
Innalillah,jika saya jadi sombong begitu,saya dah ikut sifat IBLIS!
Justeru,izinkan saya terus memburu tawadhuk dengan cara saya walaupun saya pasti belum tawadhuk!
Pelakon Nad Zainal, 30, selamat bersalin cahaya mata keduanya kelmarim. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada sekitar jam 2.50 petang di sebuah hospital swasta, di ibu kota.
Menurutnya, dia bersyukur proses kelahiran dipermudahkan dan lancar. Bagaimanapun, dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu.
Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun. Akui Nad, semuanya berjalan dengan lancar.
“Bila masuk OT (bilik pembedahan), berborak seolah-olah tengah main batu seremban dengan doktor tu.. walhal perut tengah kena belah.
“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!” dedahnya.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.