Melihat keadaan wayar paip air yang berselirat di laman rumah memang menampakkan ruang laman nampak tidak terurus. Bahkan kalau dibiarkan begitu sahaja boleh undang bahaya, andai tersadung. Jadi buat anda yang ingin atasi masalah mengurus wayar paip air, jom kita lihat perkongsian dari Ben Safwan ini.
Katanya, pada mula ingat nak rehat tapi mata tak tenang tengok wayar paip berselirat. Ada dalam TAHI yang share guna tempat letak botol air di basikal tapi saya nak yang kukuh lagi. Yang boleh tampung jenis wayar paip saya guna.
Maka bermula analisis projek dalam kepala otak saya. So saya come out dengan idea ini. Beli bracket L di Mr. DIY,saya potong kedalaman separuh pada bahagian depan besi bracket dengan FCOT M12 mata besi /grinder. Lipat bagi sudut 90 dan potong lagi perbetukkan supaya sudut betul.
Ads
Tengok belakang rumah ada aluminium 1×1. Cantik.
Apa lagi tebuk lubang pada besi untuk lekat skru self drill.
Lekatkan dengan skru.
Ads
Sepatutnya saya guna Etch Prime tapi cat tu di stor satu lagi.
Ads
So saya cat dengan sealer outdoor biasa 2 layer lepas tu sudahkan dengan cat gold waterbase dari Sancora. Itu je ada di rumah ni. Kalau beli baru pasti saya pilih yang besi.
Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.
Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.
Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini. Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.
Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.
“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.
“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.
“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.
“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.
Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.
“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.
“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.
Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.
“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.
Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.
Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut.
Sangat menyentuh hati
yang ada mak jaga elok-elok
Doa tiada hijab
Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.
Kotoran pada cawan yang digunakan untuk minuam kopi atau teh adakalanya akan melekat dan sukar untuk dihilangkan. Usah terus buang bekas tersebut kerana ada cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil tersebut.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Mudah dan menjimatkan lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini kan. Jom semak caranya:
Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh
1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:
1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.
Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adam Corrie berkongsi cerita dan gambar anaknya, Adam Fateh Lee yang kini sudah berkhatan di salah sebuah hospital swasta.
Di dalam perkongsian tersebut, Adam Corrie memberitahu pengalamannya berkhatan ketika berusia 38 tahun.
“Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.
“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.
“Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat.
“Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah,”ujar Adam Corrie menerusi kapsyennya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.