Sesekali tekak kita terasa jemu juga menjamah nasi, kalau boleh enak juga jika dapat pekena mee hailam yang berkuah banjir dan ‘mewah’ dengan daging, sotong dan udang. Memang puas hati menikmatinya.
Pun begitu, tidak semua restoran atau kedai makan menyediakan mee hailam seperti yang dibayangkan. Kadang-kadang bila dipesan, dapat pula mee hailam berkuah cair dan ramuannya tidak berasa.
Jadi apa kata anda sediakan sendiri memandangkang tidak susah mana pun untuk menyediakan menu mee hailam ini.
Apatah lagi dengan perkongsian resipi daripada Puan Hasniza Hassan, kuah mee hailamnya agak istimewa dan lain sedikit kerana perlu ditumis dengan lada hitam. Sekali gus menjadikan kuah lebih berasa dan berempah.
RESIPI MEE HAILAM
BAHAN-BAHANNYA:
bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.
2. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
3. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.
4. Selepas itu,boleh masukkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.
5. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.
6. Masukkan udang dan sotong tetapi jangan biarkan terlalu lama.
Ads
7. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
8. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.
9. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak berhadapan dengan pandemik Covid19 pelbagai usaha dilakukan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan kisah pelakon era 80, Harun Hashim yang turut hilang punca pendapatan akibat tiada lagi penggambaran boleh dilakukan ketika PKP.
Dalam kesulitan hidup pelakon veteren ini baru sahaja sedar daripada serangan darah tinggi setelah tidurkan sebelum ini.
Lebih menyedihkan lagi, isterinya juga isterinya, Sakinah menjalani pembedahan akibat barah otak. Pasangan ini dimasukkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang.
Situasi yang dialami oleh pasangan ini yang mempunyai enam cahaya mata diketahui setelah Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi menerusi Facebook berkenaan pelakon yang sinonim dengan watak hero drama TV sekitar 1970-an sehingga awal 1990-an itu yang sedang sakit serta isteri.
Dalam pada itu, menerusi Instagram pelakon Betty Banafe, memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.
Meluahkan rasa simpati kepada apa yang dilalui oleh rakan seperjuangannya, beliau mendedahkan bahawa Harun sebelum ini pernah menghantar mesej meminta bantuan bayaran sewa rumah.
“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.
“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital.”
Katanya lagi, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.
“Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.
“Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.
“Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Dilaporkan Harun membantu isterinya mengusahakan perniagaan makanan di sebuah restoran di Batu Caves Centerpoint sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Dia juga turut membuka cawangan kedua perniagaan mereka di Sentul, selain berniaga secara dalam talian.
Dalam pada itu, sejak tular kisah pelakon veteren dan isterinya, para peminatnya mendoakan kesihatan agar kembali sembuh.
Sudah tentu ada yang mengemari hidangan bakso. Rasa dan aromanya memang menyelerakan. Nak buat sendiri tentu ada yang tidak tahu, malah ada yang akan membelinya di kedai sahaja.
Namun kepada penggemar menu ini, ikuti resipi bakso homemade daripada ibu Puan Fara Amirullah dari Indonesia. Memang licin bila dihidangkan bersama keluarga. Boleh cuba resipi ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Bahan Sup Bakso
– bawang besar / 2 biji – garlic in olive oil / 2 sudu makan – halia / 2 inci – lada hitam / 1 sudu makan
Blend halus kesemua bahan ni
Panaskan minyak and tumis bahan blend tadi, masukkan 2,3 helai bay leaf
Dah naik bau masukkan air. Ikut la nak banyak mana, i masukkan 3 jug blender. Garam sikit, sup bakso ni tak payah masak sedap2 sbb nanti kite nak balance kan rasa dia dgn kicap, sos and sambal bakso.
Resepi Bebola Daging Bakso – daging kisar / 250gm – tepung ubi / 3 sudu makan – garlic in olive oil / 1 sudu makan – lada putih / 1/2 sudu makan
– putih telur / 1 biji
– garam secukup rasa
Blend kesemua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli
Nak senang pakai senduk spaghetti ni 😂 i tekan yg lubang tengah tu kat daging yg i blend tadi, then sudu kan je daging ke dalam sup. Senang mudah ringkas.
Daging yg dah blend tadi dah uli terus masukkan ke dalam sup yg kite dah buat, masak sampai daging empuk. Rupa daging tu buruk nau 😂 tu menandakan daging betul2 lembut tak banyak tepung. Bebola bakso ni jgn banyakkan tepung, tak sedap!
Kalau malas nak uli2 bagai beli je bebola bakso yg dah siap tu, tuang terus dalam sup. Kalau malas lagi, beli jela bakso kat kg pandan tu bersepah2 bakso sedap2 😋 kalau malas jgk kau jadi kucing jela semua benda nak malas.
Bahan Sambal Bakso – cili api / 20 batang – cili padi / 10 batang – cili kering / 5 batang – bawang putih / 2 ulas
– apple cider / 1/2 sudu makan
– garam secukup rasa
Blend halus
Mcm ni, jaga2 cili ni pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili. Esok kalau buasir i tak nak tanggung.
Sambal bakso, Daun sup & daun bawang dan Bawang goreng.
Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pon boleh.
Sos cili. Kicap (patut nye pakai kicap pekat tp i tak ada.
Satukan la mereka didalam mangkuk , adjust rasa sos cili, kicap and sambal tu. 3 bahan ni yg penting dalam bakso kite.
Bakat seorang pemimpin yang ada dalam diri wanita bernama Zuraida Kamaruddin ini membuatkan beliau mudah merentasi laluan berliku dalam dunia politik apabila memenangi Pilihan Raya pada tahun 2008. Sekali gus dilantik menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Ampang. Terbaru, beliau dilantik menggalas tugas sebagai orang nombor satu di Kementerian Perumahan & kerajaan Tempatan.
Sebelum terjun ke dunia politik, YB Zuraida memulakan perkhidmatan dalam sektor swasta pada tahun 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau pada ketika itu menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun.
Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.
Selain bergelar Ahli Parlimen, YB Zuraida juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman.
Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.
“Kalau diikutkan pembabitan saya dalam dunia politik adalah secara kebetulan. Dan saya sendiri secara peribadi jenis yang akan buat yang terbaik di mana saya berada walaupun itu bukan pilihan saya. Dan itulah yang saya lakukan apabila berada dalam bidang politik yang sebelum ini tidak pernah terbayang pun akan aktif di dalamnya.
“Malah, waktu saya berada dalam bidang korporat, saya tidak minat dalam politik. Bahkan saya sendiri tidak pernah pergi mengundi. Waktu itu, saya beranggapan tidak ada sebarang perbezaan dalam hidup tentang siapa yang jadi menteri atau parti mana yang memerintah. Saya masih kena kerja dan laksanakan tanggung jawab ikut keupayaan sendiri.
“Sebenarnya bidang politik dan korporat tidak jauh berbeza kerana masih sama baik dari bab pengurusan, disiplin dan kepimpinan. Barangan berbeza iaitu politik tetapi masih sama dalam soal berhubung dengan manusia. Cuma mungkin mereka yang menyertai bidang politik tidak biasa dengan pengurusan cara korporat yang lebih sistematik dan disiplin.
“Disiplin adalah tunjang dalam setiap pekerjaan dan saya sudah biasa dengan hal tersebut. Sebab itu, tidak menjadi masalah untuk saya sesuaikan diri baik dengan orang bawahan seperti di kampung mahupun golongan atasan di peringkat menteri.
“Saya boleh anggap diri masih baru dalam bidang politik dan saya perlukan kekuatan dan kedudukan dalam mempengaruhi untuk membuat keputusan. Kalau dilihat kebanyakan jawatan tinggi dimonopoli lelaki. Sukar untuk mendapatkan suara dalam membuat keputusan.
“Alhamdulillah saya jenis yang ‘cepat tangkap’ dan daripada situ saya belajar serba sedikit tentang politik. Saya perlu menapak dalam satu tempat untuk menempatkan diri. Daripada situ saya membina kekuatan.
“Pada tahun 2004, ada persempadanan semula di Setiawangsa dan di situ peluang saya mengembangkan pengaruh dan memartabatkan suara serta memperkasakan wanita. Kebetulan juga waktu itu ada satu klausa yang mengatakan bahawa parti harus mengiktiraf pembabitan wanita.
“Kepentingan wanita dalam bidang politik terutama era masa kini yang mana penglibatan wanita membantu menaikkan produktiviti dan memartabatkan sesebuah syarikat kerana sifat wanita itu sendiri yang rajin, tekun, amanah dan membuat kerja. Bahkan permintaan untuk wanita menyertai politik pada masa kini lebih terbuka.
“Cuma wanita kena tahu struktur dalam parti dan tidak boleh masuk secara terus menggunakan ‘payung terjun’. Kena ikut laluan akar umbi. Kena tonjolkan kebolehan melakukan kerja terlebih dahulu, bila orang tengok dan yakin baru boleh meniti tangga jawatan satu persatu. Kena ada strategi baru boleh menampakkan keupayaan kita.
“Bukan hanya dalam bidang politik, bahkan kerjaya lain juga sudah ramai disertai wanita. Cuma saya berharap majikan tidak mendiskriminasikan jantina. Kerana keupayaan wanita bukan setakat dalam bidang pekerjaan.
“Wanita yang berada dalam dunia korporat atau arkitek misalnya, dalam masa yang sama mereka masih melakukan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah, Sepatutnya mereka ini dibayar gaji yang lebih tinggi. Saya mahu hapuskan jurang stereotaip supaya wanita dan lelaki dipandang sama atas kebolehan dan keupayaan diri.
Suka naik bas
Mengulas mengenai penerimaan keluarga, akui YB Zuraida sangat bersyukur kerana keluarga sangat memahami memandangkan sudah tahu cara kerja dan kebolehannya.
“Sejak dahulu saya amalkan masa yang berkualiti. Waktu bekerja, saya akan beri tumpuan sepenuhnya pada kerja. Begitu juga dalam soal keluarga, itu yang penting. Tidak ada masa untuk bersenang lenang. Tidak seperti wanita lain ke spa, saya tidak suka buang masa untuk berbuat demikian.
Dulu saya suka membaca tetapi kini sudah malas, sebaliknya saya tengok televisyen. ‘Healing time’ pada saya lebih baik sendirian tetapi kerja saya begini tidak memungkinkan saya berbuat demikian. Saya sudah biasa berdikari tetapi saya kena sesuaikan diri. Kerana itu saya suka naik bas atau naik flight untuk ke mana-mana. Waktu itu saya boleh fikirkan macam-macam perkara.
“Sejak dahulu lagi, saya jenis yang suka berdikari, selalu berinteraksi dengan kaum lelaki dan kerja-kerja saya banyak membabitkan kaum lelaki. Waktu itu, di dunia korporat, tidak timbul soal gender kerana pada saya siapa yang terbaik dia yang menjadi pemimpin. Tetapi masuk politik itu takkan terjadi pada wanita biasa.
“Soal berinteraksi dengan lelaki dalam dunia politik tidak menjadi masalah memandangkan latar belakang saya sebelum ini. Pengalaman saya banyak membantu dan tidak malu juga untuk saya sebut bahawa tidak semua lelaki itu pandai. Jadi, mereka tahu kedudukan masing-masing dan itu memudahkan kerja saya,”seloroh YB Zuraida sambil mengakui masuk ke bidang politik sendirian dan membina kekuatan politik dengan kebolehan sendiri.
Institut Wanita Berdaya
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida juga aktif dalam memperjuangkan polisi untuk meningkatkan taraf hidup. Untuk peringkat Negeri Selangor tercetusnya idea untuk menubuhkan Institut Wanita Berdaya.
“Ia satu badan pemikir untuk kaji dan hasilkan dasar untuk kemajuan wanita masyarakat dan keluarga di Selangor. Kertas kerja pertama adalah dengan penghasilan satu buku Dasar Wanita Selangor. Itu menjadi panduan apakah program yang boleh dilaksanakan kelak. Kami pastikan semua golongan wanita tidak terpinggir.
Sumber: Majalah Keluarga Mac-Apr 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.