Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
Ads
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
Ads
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Ads
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Anak perempuan yang rapat dengan ayah, bakal jadi orang yang hebat, IQ lebih tinggi. Bapa memainkan peranan penting sebagai teladan dalam kehidupan anak perempuan. Mereka sering melihat bapa sebagai figura lelaki yang kuat, penyayang, dan bertanggungjawab.
Ini memberi anak perempuan pandangan yang positif terhadap hubungan dengan lelaki dan membantu mereka dalam membentuk hubungan yang sihat di masa hadapan. Bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi, tapi sebagai pembentuk karakter hebat.
Tidak dapat disangkal lagi pengaruh seorang ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul cara dan didikannya, anak perempuan boleh jadi wanita yang hebat dan berkeyakinan diri.
Ayah, watak lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang.
Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi. Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya.
Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
“Ibu, kakak nak kahwin dengan abi”
“Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu”
“Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?”
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
“Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi”
“Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?”
” Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik”
“Owh, macam tu.Ok ibu” Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tidak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.
1: TEMPAT BERPAUT
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
2: HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
4: ELAK MASALAH FATHER-HUNGER
Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
5: MENJADI KAYU UKUR
Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
UNTUK ANAK PEREMPUAN YANG MUNGKIN SUDAH KEHILANGAN AYAH, WATAK LELAKI LAIN SEPERTI BAPA SAUDARA DAN DATUK MASIH BOLEH MENJADI HERO KEPADA MEREKA. ASALKAN NAMANYA ITU LELAKI.
Kehidupan berumahtangga ada masam dan manisnya. Ada bahagia dan sebaliknya. Ada kalanya hidup berumahtangga dilanda kemarau. Sehingga cetus kepada keretakkan hubungan suami isteri.
Namun, jika seorang suami itu sentiasa memberikan kebahagian buat isterinya pasti rezeki melimpah ruah.
Hakikatnya, duit bukan segalanya untuk membahagiakan isteri tetap layanan yang baik oleh suami kepada isteri dan anak-anak pencetus rahmat sebuah rumahtangga.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Mohd Fhais yang amat bermanfaat untuk dimanfaat bersama.
Suami pengantara rezeki untuk anak isteri
Dulu saya naif. Akibat cetek ilmu, mata hanya nampak duit sahaja sebagai hantaran rezeki dari yang Maha Pemberi Rezeki. Sedih!
Dalam otak berfikir ada duit banyak isteri pasti bahagia. Bila sudah ada duit, nak beli apa pun boleh. Fikir duit adalah penyelesaian kepada segala masalah. Naif sungguh masa ni.
Hati jadi buta bila mata hanya nampak duit !
Niat asal mahu membahagiakan anak dan isteri jadi terbalik pula. Makin di benci adalah.
Hati terlalu di kaburi duit sehingga anggap luangkan masa dengan anak isteri itu membazir, kalau buat kerja baru untung.
Kalau dulu selalu ajak isteri keluar jalan-jalan tapi sekarang bila isteri sebut je “jom keluar” terus bentak. Dalam kepala fikir seolah-olah isteri ni tak faham yang kita bekerja keras untuk membahagiakan dia. Tahu nak berjalan je!
Kalau dulu selalu bantu kemas rumah, paling tidak pun rajin basuh baju bila ada kelapangan. Tapi sekarang hampeh, dah la tak menolong, di marah pula isteri tu bila nampak rumah bersepah.
Kalau dulu di rumah sentiasa ada masa dengan anak. Kami main games, gurau senda dan bawa dia ke tapak permainan. Tapi sekarang, anak di label sebagai pengacau. Rasa anak ni menganggu sahaja kita nak buat kerja.
Natijahnya, walaupun dah buat macam-macam, cuba macam-macam, pergi kelas macam-macam tapi bisnes masih di takuk lama.
Rupa-rupanya laluan rezeki tu tersangkut kerana penerima rezeki tak gembira.
Penerima rezeki sebenar itu ialah anak dan isteri kita. Suami hanyalah pengantara. Dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk.
Bukan duit samata mata!
Sihat tubuh badan, hati gembira, masa di luang dengan sangat berkualiti, fikiran tenang, hidup tak kelam kabut dan keluarga mertua yang baik. Ini semua rezeki!
Semua ni tak perlukan duit pun.
Bila anak isteri gembira, duit yang sedikit pun kita akan mudah rasa cukup.
Tapi sebaliknya jika anak isteri bersedih, duit banyak pun kita akan rasa tak cukup.
Sebenarnya, tak perlu pun duit banyak untuk bahagiakan anak isteri. Jauhkan telefon, jauhkan komputer dan tutup semua kerja semasa di rumah, itu pun dah cukup membahagiakan.
Buat kerja biar berpada-pada, buat baik pada anak isteri mesti selalu.
Mohd Fhais Suka berkongsi kisah hidup bermanfaat
p/s : Ya, post ini halal untuk di kongsi supaya lebih ramai dapat manfaat.
p/s : Teruskan follow dan see first fb saya ni supaya anda tak terlepas tips dan info kekeluargaan dari saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar majikan tidak bermakna anda tidak boleh bergaul dan berbuat baik dengan orang bawahan. Bagi selebriti yang sorang ni, rupa-rupanya sangat prihatin dan baik dengan pembantu rumahnya.
Datin Paduka Eina Azman semalam memuat naik satu perkongsian tentang pembantu rumahnya bernama Bibik Nur yang sudah kembali ke kampung.
Did alam perkongsian tersebut, Datin Paduka Eina melahirkan rasa sedih dan sukar melepaskan bibiknya kerana sudah lama bekerja dengannya.
“Salam guys… today eina nak share dengan u all apa yang Eina rasa. Rasa sedih sangat bila hari ni bik Nur balik for good . Bik nur nak balik sebab nak rest kat kampung dan nak jaga anak2 cucu. bik Nur bibik yang paling lama dengan eina. Dia ada dengan eina masa susah dan senang eina. So susah nya rasa nak lepas kan bik Nur.
“I can’t stop crying rasa masa heartbroken dengan boyfriend pula. Eina pun bukan majikan yang perfect ada masa eina Ada juga mungkin termarah terkasar but seriously dalam banyak2 bibik eina, Bik nur berjaya buat eina menangis macam ni. Nasib baik semalam Eina sempat dating bawa bik Nur jalan2 makan dan shopping bersama. Saya tau kamu boleh baca ni bik!! Love you always bik? Daripada majikan mu : YANG KUAT BEBEL,” tulis Eina Azman.
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.