Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
Ads
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Ads
Botol ‘Spray’
Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Ads
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tip penjagaan kulit wajah agar terlihat bersih, cantik dan berseri mungkin ramai beranggapan perlu menggunakan produk-produk hebat dan ternama. Namun tidak dapat dinafikan, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur juga menunjukkan kesan yang hebat pada kulit wajah.
Ini sebagaimana jika mengamalkan cuka epal seperti perkongsian daripada DiaNa Said ini dengan menghasilkan sendiri toner menggunakan cuka epal ini. Jom fahami lebih detail cara dan kaedah penyediaannya.
DIY TONER APPLE CIDER VINEGAR
Sebut Tentang Apple Cider Vineger (acv) ni mesti ramai confius kan. Orang kita sebut cuka apple la. Siapa amalkan acv kat rumah dia?
Dari dulu lagi acv ni jadi bahan utama kat rumah untuk tujuan kecantikan. Acv ni kalau minum perit sangat rasa dia kat tekak sebab tu nak cepat kurus jangan bantai minum sesudu pulak.
Hari ni kita nak buat toner acv untuk mencantikkan kulit kita. Kombinasi air suam dengan acv ni boleh kurangkan kulit berminyak, kecutkan jerawat, buang black/white head dan kekalkan kelembapan kulit muka.
3 Item wajib ada:
1 sudu ACV
1 sudu Air Suam
1 kapas muka.
Cara cara
1) Ambil satu mangkuk kaca masukkan 1 sudu acv
2) Masukkan 1 sudu air suam dan kacau
3) Ambil kapas muka basahkan dengan acv tadi dan sapu pada muka seperti guna toner.
Senang amatkan. Lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit muka yang cantik. Selamat mencuba.
Begitu juga menurut perkongsian daripada Fyza Shah, cuka epal ini mempunyai banyak manfaatnya untuk kulit wajah. Nak tahu lanjut, jom semak.
5 MANFAAT HEBAT CUKA EPAL PADA KULIT WAJAH
1. Sebagai toner wajah. Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
2. Mengurangkan masalah minyak di muka Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
3. Menghilangkan garis kedutan Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
4. Hilangkan racun di wajah Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
5. Kurangkan bintik penuaan – jeragat Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni. Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki 32 minggu, pastinya pasangan ini berdebar menantikan saat si kembar yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka mengharapkan anak kembar ini bakal disambut secara normal.
Begitu pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.
“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg.
“Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.
“Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.
Dalam pada itu, Angkasawan pertama negara ini turut berkongsi keadaan Dr. Halina yang kini sedang sarat. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isteri kesayangannya itu kini sering mengalami sakit belakang.
“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.
“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.