Setiap daripada kita pasti menyimpan momen indah dan manis ketika zaman kecil kan. Malah, gambar-gambar lama yang ada pasti meninggalkan memori yang sukar dilupakan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Fasha Sandha.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, dia memuat naik sekeping gambar waktu kecil bersama kakaknya, Farra Sandha.
Dalam perkongsian tersebut, Fasha menyelitkan kehidupannya waktu kanak-kanak yang tidak semewah kawan-kawan yang lain.
Ads
Perjalanan kami membesar tidak semewah kanak2 lain, namun kami sangat bahagia. Selamat hari lahir buat kakak sulung kesayanganku Farra Sandha (gambar belah kanan tu ) i belah kiri tu, sama2 comel kan.. 😇😊
Namun dia tetap bahagia dan bertuah kerana mempunyai kakak yang penyayang biarpun suka membulinya ketika kacil dahulu.
Kak, Walaupun you Always bully me when i was small, i know you love me kak… Thank You for always showering Your Unconditional love on me sejak kita kecik lagi…
Perkongsian tersebut dibuat sempena hari kelahiran kakaknya yang ke 36 tahun.
Ads
Happy 39th kakak Ku, jom dear followers ku semua doakan agar kakakku diberikan kesihatan yang baik dan sukses dunia akhirat. We love you kak. Hope to see u and family soon. Kakak kita takde IG sebab dia tak suka media sosial 😆 Kalau nak dm, boleh dm anak laki dia @dani_raiyan 💓💘 Happy birthday kakak 5th Feb
Namun apa yang mencuri perhatian adalah wajah comel Fasha waktu kecil. Rata-rata mengakui anak perempuannya Putri Raysha Jemaima memang copy paste wajah mommynya. Comel dan manis je kan!
Sakit kepala yang teruk sehingga membawa ke migrain memang tak boleh dibuat main. Takkan jadi kerja kalau sekali dia menyerang. Bagi anda yang tak suka makan ubat, apa kata cuba petua ini yang menggunakan asam keping. Memang banyak sebenarnya khasiat air asam keping ini.
wanita bernama Fara Bakri berkongsi cara hilangkan migrain secara semula jadi. Tanpa sebarang produk di pasaran, dia berjaya menghilangkan sakit kepala selepas minum air asam keping.
Boleh lah kita sama-sama amalkan untuk mencegah penyakit lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat orang ramai.
UBAT SAKIT KEPALA .. Saya ada migrain .. 2-3 ari sekali dia datang jengah .. Xlalu la nak telan ubat selalu2 .. Sejak minum air asam keping ni , helokkk pulak .. Selalu baca tapi xpernah ikot pun , tapi tibe2 dapat hidayah dari mana tah ? kita pun cuba .. Setakat ni ok pulak xde datang sakit2 kepala .. Banyak khasiat taw asam keping ni .. Saya share kan kat bawah antara khasiat air asam keping ni , ni pun hasil gogel mengogel .. Yg best dia bantu kawal berat badan jugak .. Nyambil2 tu .. Hehee
Caranya perenggan paling bawah .. Sementara scroll2 tu boleh membaca , Bior semua jadi rajin membaca ?
Manfaat dan Khasiat Asam Keping untuk Kesihatan
Agar tidak salah dalam memahami manfaat dan khasiat asam gelugur, kami berikan perincian penjelasan tentang beberapa kegunaan buah ini untuk kesehatan Anda. Berikut ini informasinya.
1. Penurun darah tinggi Khasiat asam keping terutama akan efektif untuk penderita hipertensi atau darah tinggi. Kandungan buah ini dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi, sehingga membuatnya lebih stabil dan tidak membahayakan tubuh.
2. Mengubati kencing manis Manfaat asam keping juga mampu menjadi ubat untuk penyakit kencing manis. Buah ini akan bekerja membersihkan saluran kencing Anda dari bakteria sehingga penyakit kencing manis boleh cepat disembuhkan secara alami tanpa kesan sampingan.
3. Mengatasi berat badan berlebihan Salah satu khasiat yang paling terkenal dari buah asam keping adalah khasiatnya untuk mengatasi berat badan yang berlebihan. Buah ini sering dijadikan sebagai ubat herba yang mampu menangani kegemukan akibat lemak yang melekat di tubuh.
4. Menambah nafsu makan Manfaat asam keping juga baik untuk anak Anda yang tidak punya nafsu makan atau sukar untuk makan. Buah ini akan merangsang tubuh si anak dengan meningkatkan nafsunya untuk makan agar tidak kekurangan gizi apapun.
5. Mencegah sakit jantung Khasiat asam keping yang tak kalah penting iaitu mencegah jantung Anda dari serangan penyakit, contohnya penyakit jantung koroner. Buah ini akan melindungi organ jantung Anda dari dalam sehingga akan lebih senantiasa sihat.
6. Anti tumor Manfaat asam keping untuk tubuh yang berikutnya iaitu sebagai anti tumor. Sebelum tumor ganas menyerang tubuh Anda, alangkah baiknya jika Anda terhindar dari penyakit ini sejak awal. Buah ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dengan alami.
7. Ubat penyakit cacingan Buah keping ini boleh dijadikan ubat untuk penyakit cacing. Buah ini boleh membunuh cacing atau bakteria yang menyebabkan penyakit cacingan yang biasanya menyerang organ pencernaan Anda. Pencernaan Anda akan kembali lancar jika Anda mengambil buah ini.
8. Mengurangkan kolesterol jahat Selain berguna untuk diet, buah asam keping akan mengikat kolesterol jahat dan membuangnya dari tubuh. Kolesterol jenis inilah yang berbahaya bagi orang berbadan gemuk kerana menjadi penyebab penyakit yang dimulai dari kegemukan.
9. Mengatasi demam Obat demam yang alami yang bisa Anda cuba iaitu mengambil buah asam keping. Jika Anda terkena demam, Anda boleh merebus buah ini terlebih dahulu kemudian mengambil air hasil rebusannya sampai demam Anda turun.
10. Anti kanser Buah asam keping boleh menjadi anti tumor jika dimakan dengan teratur. Buah ini adalah baik untuk menyihatkan sel tubuh dan membuang sel tubuh yang rosak untuk mencegah pertumbuhan kanser
Selain 10 manfaat dan khasiat buah asam keping untuk kesihatan, ada lagi beberapa manfaat lainnya dari buah ini yang perlu Anda ketahui.
Berikut ini manfaat lainnya: Manfaat dan Khasiat Buah Asam Gelugur Lainnya: Membuatkan kulit awet muda Anti penuaan Menghaluskan kulit Melancarkan pencernaan
Cara nya rendam 1-2 keping asam keping dalam air panas , tunggu sampai suam dah boleh minum , tapi cara saya rendam semalaman , sebelum tidur saya rendam , bangun pagi saya minum , tambah air semula saya rendam sampai malam , sebelum tidur saya minum .. Hari berikut nye boleh ganti asam keping yang baru .. Semoga bermanfaat ♥
Jika ada lebihan nasi, jemu asyik buat nasi goreng je, apa kata anda buat Apam. Resipi Simple tapi sedap. Lebih menarik dan memikat selera seisi keluarga apabila ditambah dengan bunga telang sebagai perisa.
Jom cuba resipi perkongsian dari puan Hamidah Sudar.
Apam nasi perisa bunga telang. Dari proses mengadun, naik cantik. Kukus menjadi elok.
Guna bahan yang ada di dapur iaitu lebihan nasi dikisar. Bahan lain seperti gula, mauripan, susu pekat, tepung gandum dan air bunga telang.
Mudah, cepat dan sedap. Hasil kukusan dari dapur nenek.
Tidak dinafikan pengaruh ibu ayah adalah antara faktor utama dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang anak untuk terlibat dalam bidang kerjaya pilihannya. Hal ini kerana ibu ayah adalah orang yang paling dekat dengan seseorang sejak dari kecil hingga dewasa.
Umpamanya kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang popular selepas banyak naskha arahannya mendapat hit di pawagam terutama filem Mat Kilau.
Pun begitu tak dilupakan juga dengan anak bongsu pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatima Ismail iaitu Syafiq Yusof. Walaupun namanya kurang dikenali sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai seorang pengarah.
Banyak juga filem arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang dan antaranya filem Abang Long Fadil 3 dengan mencapai kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 pula RM18 juta. Manakala KL Special Force berjaya meraih RM12 juta dan Misteri Dilaila dengan RM9juta.
Bukan itu saja, kerana kehebatannya juga menjadikan Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia.
Keluarga Bahagia Syafiq Yusof
Jika ada yang tercari-cari tentang kisah peribadi Syafiq Yusof, seakan kisahnya begitu sedikit dikongsikan di media sosial. Ini mungkin disebabkan dia melalui kehidupan yang sederhana tanpa terpalit sebarang kontroversi sepanjang berada di dunia seni.
Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai.
Dia sebenarnya telah pun berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan hati bernama Aesah Zainal. Syafiq menjalani hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya dan kini difahamkan isterinya sedang hamil anak ketiga.
Ramai yang mendoakan semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.