Peluang  bertemu ustaz Wadi Anuar membuatkan Yatt Hamzah meminta penceramah menitipkan doa dan pesanan buat para ibu khususnya yang bergelar surirumah.

Berbahagialah wahai ibu2 yg menjaga anak2 siang malam terutama buat semua SURI RUMAH di luar sana. Sesungguhnya TIGA KETUA WANITA SYURGA ADALAH KESEMUANYA SURI RUMAH. Dan sekiranya dapat mendidik 1 atau 2 anak perempuan dengan baik di atas jalan Allah, maka SYURGALAH JAMINAN BUAT IBUNYA.


Membesarkan anak2 dan menguruskan rumah adalah sebenarnya TUGAS NOMBOR 1 PALING TINGGI di sisi Allah, maka jangan pernah rasa rugi. Itulah jihad buat seorang wanita bergelar IBU.
MashaAllah Tabarakallah.

Perkongsian tersebut membuatkan Yatt Hamzah berasa cukup sebak dan terharu. Sementelah dia sendiri menguruskan enam anak sendirian memandangkan suaminya banyak kerja di luar.

Pesanan ini buat Bonda dan semua wanita bergelar ibu terutama yg bergelar SURI RUMAH.

Sekarang, SENYUMLAH penuh BAHAGIA..

Terima kasih Tuan Guru @ustazwadiannuar atas pesanan dan doanya buat kami suami isteri. In shaa Allah akan kami sama2 amalkan.
Alhamdulillah.

Sumber: yatthamzah_suci