Selalu orang kata tanam serai ini mudah, cucuk begitu sahaja pun boleh hidup. Tapi tidak dinafikan ada orang berkali-kali cuba menanam serai namun asyik tidak hidup sahaja. Jika hidup pun serai yang ditanam tidak subur, nampak kurus sahaja. Memang tidak puas hati jadinya.

Jadi apa kata anda ikut langkah dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Rokiah Che Hat di group Belajar berkebun dirumah (untuk beginner) untuk menanam serai di dalam pasu agar hidup subur dengan cara yang lebih mudah.

Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan, selamat mencuba!

Cara Tanam Serai yang betul

– Perkongsian ini akan mengajarkan anda cara yang betul untuk menanam serai dirumah dengan mudah.

1. Pengenalan.
– Tanaman serai tidak terlalu terkenal kepada suri rumah terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang luas untuk menanam serai. Namun pada hakikatnya, serai juga boleh ditanam di dalam pasu ataupun polibeg dengan kaedah yang betul.

2. Penyediaan Tapak.
– Tapak atau kawasan tanaman perlu disediakan sebelum anak benih disemai. Bagi tanaman serai, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah gambut, tanah merah dan tanah berpasir. Bagi mereka yang tidak mengenali jenis tanah, disarankan untuk menggunakan campuran beberapa jenis tanah agar tanah yang digunakan adalah sesuai iaitu tidak terlalu padat dan tidak terlalu berpasir.
– Perkara penting mengenai tanah ialah keupayaan tanah tersebut untuk menyimpan nutrien dan juga merangsang pertumbuhan akar. Jika tanah terlalu padat, akar akan mempunyai kesukaran untuk bergerak, manakala tanah yang terlalu berpasir sukar untuk memegang nutrien dan pokok akan kekurangan nutrien sekiranya tanah tidak dapat menyimpan kandungan nutrien yang ada.

– Bagi tanaman serai di dalam pasu dan polibeg, adalah disarankan supaya saiz pasu dan polibeg adalah besar kerana saiz pokok serai yang besar dan mempunyai banyak batang apabila matang. Penggunakan pasu atau polibeg yang kecil akan menyebabkan akar terbantut dan pokok akan mengalami kekurangan nutrien. Kekurangan nutrien pula menyebabkan pokok tidak subur.

2. Penyediaan Anak Benih.

IKLAN

Menanam Serai Untuk Yang ‘Beginner’, Buat Cara Ni Nak Bagi Mudah Serai Hidup & Subur!
– Anak benih boleh didapati di kedai ataupun dari pokok serai sedia ada. Jika dari pokok, ambil bersama akar dan potong bahagian atas dahan. Benih yang mempunyai akar boleh terus ditanam di tanah.

Menanam Serai Untuk Yang ‘Beginner’, Buat Cara Ni Nak Bagi Mudah Serai Hidup & Subur!
– Benih yang dibeli dari kedai pula perlu direndam dahulu beberapa hari sehingga ada akar yang keluar. Ada juga cara dimana serai dipotong sehingga berukuran 1 atau 2 inci dan direndam sehingga akar mula keluar. Anda Boleh mencuba mana-mana cara yang terbaik.

3. Cara Tanam Benih Serai dengan Betul
– Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah cara menanam benih serai. Kaedah yang salah akan menyebabkan anak benih mati. Cara yang boleh digunakan ialah menanam anak benih hanya sedalam 1 inci di mana hanya menanam bahagian yang berdekatan akar sahaja. Adalah tidak digalakkan untuk menanam keseluruan batang kerana cara ini akan menyebabkan anak benih sukar untuk keluar tunas di benih serai.

Menanam Serai Untuk Yang ‘Beginner’, Buat Cara Ni Nak Bagi Mudah Serai Hidup & Subur!
4. Penanaman Pokok Serai.
– Pokok serai boleh ditanam setelah anak benih telah bertunas ataupun melalui benih yang telah mempunyai akar. Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki ataupun setiap 3 batang di dalam pasu dan polybag. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.

5. Pembajaan Pokok Serai
– Pembajaan pokok serai boleh dilakukan beberapa minggu setelah ditanam dengan menabur baja organik. Setelah itu, boleh dibaja dengan baja NPK Hijau iaitu baja 15:15:15 ataupun baja 16:16:16 pada peringkat umur 1, 2 , 3 dan 4 bulan. Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.

Menanam Serai Untuk Yang ‘Beginner’, Buat Cara Ni Nak Bagi Mudah Serai Hidup & Subur!

IKLAN

6. Tempoh Matang.
– Serai matang setelah berumur 7 hingga 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, serai dipotong menggunakan pisau. Kemudian serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau pisau untuk memotong akar dan daun serai.
– Penanaman serai tidaklah terlalu merumitkan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Maka, amat disarankan bagi surirumah untuk menanam serai di kawasan rumah supaya mudah di ambil dan untuk kegunaan dalam masakan dirumah.

Sumber : Siti Rokiah Che Hat 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI