Mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diakui bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Tentu ada cabaran dan rintangannya.
Pun begitu walau apa juga yang dihadapi oleh seorang ayah mahu pun ibu, teruslah bersabar dan tabah. Ini kerana ganjaran pahalanya cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.
2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
Ads
4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
Ads
5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila menyentuh bab persiapan keluarga untuk mengadakan majlis kenduri kendara, masa inilah kemeriahannya tergambar. Sanak saudara malah adik beradik tidak perlu disuruh-suruh, dengan sendirinya akan ringan tulang membantu.
Umpamanya dalam menyiapkan goodies untuk tetamu. Nur Diyana bersama adiknya, sama-sama ‘pulun’ untuk siapkan semuanya. Selain itu, apa yang lebih menarik tentang perkongsian bakal pengantin ini adalah cara bagaimana dia dapat berjimat untuk hasilkan goodies yang nyata nampak begitu eksklusif.
Nak tahu apa triknya, jom semak perkongsian ini. Jadi bolehlah dipraktikkan untuk majlis perkahwinan adik beradik kita pula.
DIY VIP Doorgift ideas untuk bakal pengantin
Kalau nak beli siap mahal juga ni jadi sebabkan tengah free saya dan adik yang tengah cuti semester buat lah hehehehe … sikit je ni cuma untuk majlis nikah, pulun la kan kami dua beradik siapkan memang jimat banyak kalau buat sendiri … tak susah pun balut-balut je siap, walaupun simple dan jimat banyak, tetap nampak exclusive juga kan ?
Tak Guna Bajet Yang Banyak Buat Goodies!
Tidak hanya dengan memberi sabun pencuci tangan dengan penjimatan yang hebat, malah Nur Diyana juga turut hadiahkan Buku Yassin yang dibelinya tanpa mengeluarkan wang tunai tetapi bijak menggunakan bajet yang tersedia di dalam kad matriknya.
Memberi sentuhan menarik pada goodies bag untuk diberikan kepada tetamu yang bertandang, gadis ini hanya menambah sedikit aksesori seperti daun hiasan, tali, getah dan kain net.
Kalau nak lebih murah, hand soap, paper bag dan tali jute semua tu kat Eco Shop pun ada jual siap boleh tambah manik blink blink lagi … memang puas hati buat sendiri walaupun penat huhuhuhu …
Sekarang tinggal cari duit untuk settlekan yang lain, diy vip doorgift is doneee
Lebihan nasi serta roti yang hampir tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Perkongsian dari Normala Saad ini mungkin dapat membantu membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Hanya menggunakan bahan terbuang dari lebihan masakan.
Lebihan nasi jangan dibuang, walaupun ianya sudah mula berkulat putih di atasnya. Kisar dengan air beras. Siram di pokok. Ia mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.
Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: Sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.
Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup…
Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi…
Torenia masa beli merimbun kemudian mulai merepvt. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa…
Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired.
Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah.
Sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.