Mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diakui bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Tentu ada cabaran dan rintangannya.
Pun begitu walau apa juga yang dihadapi oleh seorang ayah mahu pun ibu, teruslah bersabar dan tabah. Ini kerana ganjaran pahalanya cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.
2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
Ads
4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
Ads
5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak secara semulajadinya memang mudah tertarik pada warna. Apa lagi kalau warna-warni. Pasti buat mata tak bergerak memandang.
Makanan yang berwarna pasti jadi tarikan anak-anak kita. Tak percaya? Jom buat resipi ni.
Bukan hanya kaya warna, malah cara nak buatnya pun senang sahaja. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya mendapat perhatian netizen.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu beg sekolah berat di kalangan pelajar sekolah. Biarpun mendapat pelbagai pandangan daripada kalangan netizen.
Kebanyakkannya meluahkan rasa kesian melihat anak terpaksa menempuhi beban beg sekolah yang beerat.
Terbaru menerusi perkongsian puan Ailisa Azmi berkongsi mengenai loker di sebuah sekolah yang membantu meringkan beban beg sekolah.
Katanya loker berkenaan adalah inisiatif daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan sejumlah wang disumbangkan bagi kemudahan berkenaan.
Loker wakaf sekolah dapat perhatian
Kalau semua sekolah buat mcm ni, bagus kan?
Ni sekolah saya. Setiap kelas ada locker yg mencukupi untuk murid sesi pagi dan petang. Locker ni adalah ‘Projek Wakaf Locker PIBG’.
Bayaran yg dikenakan adalah sebanyak RM5 setahun bagi setiap murid (tahun ni je takde buat kutipan). Ni mcm lebih kpd nk mereka jaga kunci elok² tu je. Kalau hilangkan kunci, kena buat bayaran gantirugi
Murid akan dpt satu kunci dan guru kelas akan simpan kunci spare setiap loker (yg dilabelkan dgn nombor loker). Loker ni diperbuat dari besi tahan karat. So semua murid boleh simpan buku teks di dalam loker. Menjelang hujung tahun, murid akan pulangkan kunci loker dan kosongkan loker supaya boleh berikan kunci kepada murid yg akan guna kelas tersebut pada tahun seterusnya
Salinan buku teks digital pula dimasukkan ke website sekolah dan Google Classroom kelas masing². Dgn cara ini, beban beg dapat dikurangkan.
PIBG sekolah masing² mesti memainkan peranan. Sementara kita nk tunggu keajaiban pengurangan jumlah buku teks dan jumlah matapelaran berlaku, ni lah solution yg boleh dibuat oleh pihak sekolah dengan kerjasam PIBG.
Disclaimer:
Gambar 1 saya ambil gambar kelas Tahun 4 masa tengah jaga waktu rehat
Gambar 2 & 3 ambil masa cuci kelas sblm sekolah buka
[Update] Byk yg komen tentang saiz kelas. Utk pengetahuan, murid di sekolah saya berjumlah 1300 org. Ada 2 sesi. Setiap aliran ada 6-7 kelas. Setiap kelas ada anggaran 25-38 murid. Alhamdulillah masih muat letak sejumlah locker dan muat murid² duduk dgn selesa.
Jemput buat lawatan ke sekolah saya (SK Kampung Tunku, Petaling Jaya)
Dalam usaha memupuk minat atau hobi baharu dengan bercucuk tanam di sekeliling rumah untuk mengisi masa yang terluang dan sebagai terapi minda, ada baiknya anda mulakan dengan menanam pokok yang mudah dijaga dan cepat dituai hasilnya.
Jadi tidaklah pula menyebabkan yang mana hendak berjinak-jinak berkebun sayur terasa sukar dan putus asa jika tanaman tidak menjadi. Maklumlah ilmu dalam penanaman pun tidaklah banyak mana, baru mencuba.
Jadi di sini dikongsikan beberapa jenis tanaman sayur-sayuran yang boleh dikategorikan antara tanaman sayuran yang senang hidup dan cepat tempoh masa untuk dituai. Bila kita mulakan dengan menanam tanaman ini, makin bersemangat pula jadikan untuk mencuba tanaman yang lain dek kerana seronok melihat hasilnya.
Untuk itu, ketahui jenis sayur apakah yang dimaksudkan oleh Liyana Mohd Poad ini untuk beginner dalam ilmu bercucuk tanam.
Ini perkongsiannya.
Bagi beginner yang bercadang untuk bercucuk tanam tapi tak tau naak tanam apa, boleh mula tanam sayur sayuran yang paling mudah ditanam terlebih dahulu dan tidak banyak karenah, kurang penyakit, mudah dijaga serta cepat dituai.
Antaranya adalah spt.
Kangkung.
Gambar hiasan
-Benih tak perlu semai. Hanya campak campak dalam tanah organik,nanti akan cepat bercambah dan membesar dengan cepat. Kangkung perlukan air yang banyak.
Bendi.
Gambar hiasan
-Bendi juga paling mudah ditanam. Semai dalam seminggu kemudian dah boleh dipindahkan. Tempoh untuk bendi membesar ialah 3 minggu sebelum mengeluarkan putik bunga. Jarang terkena serangan serangga dan ulat. Proses pendebungaan biasanya 95% berjaya. Dalam sebulan, dah boleh tuai.
Kacang tanah
-Mudah ditanam. Lepas tanam, tinggal. Hanya siram sekali sehari. Daya tahan penyakit yang sangat tinggi. Tuaian selepas 4 bulan ditanam.
Bayam
-Sama seperti kangkung.
Kacang panjang & kacang botol.
-Senang bercambah.Mudah ditanam di atas tanah atau di dalam polybag. Tidak perlu penjagaan yang khusus. Selepas sebulan ke 45 hari, dah boleh tuai hasil.
Tanaman yang paling mencabar utk ditanam dan perlu kesabaran yang tinggi.
1.Cili (banyak penyakit)
2. Sawi/pakchoy (masalah bermula dari semaian lagi dan terbantut).
10 nyawa terkorban di Sungai Korok sejak 2018, termasuk tragedi enam sekeluarga. Sungai Korok di Jitra, Kedah terus mencatatkan angka korban apabila 10 nyawa telah terkorban sejak tujuh tahun lalu, termasuk kejadian paling memilukan pada Sabtu lalu yang meragut enam sekeluarga.