Bercucuk tanam walau sekadar di laman rumah ada cabarannya yang tersendiri. Ini kerana tanaman perlu juga diberi perhatian daripada serangan serangga perosak dan perlu dibaja dan disiram untuk hidup subur.
Selain itu, ada juga beberapa doa yang boleh diamalkan seperti mana yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman berkenaan penjagaan tanaman.
Doa dan kaedah hikmah menjaga tanaman
1. Doa sebelum tanam pokok dari Al Marhum Tuan Guru Hj Saleh Sik
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
( Baca 3 kali )
2. Doa menjaga harta (hartanah)
Ads
بسم الله على ديني ونفسي وولدي وأهلي ومالي
(Dengan menyebut nama Allah untuk keselamatan agamaku , diriku, anak anakku, isteriku dan hartaku)
*Dibaca sekali pada setiap pagi
3. Bacalah basmalah dan selawat ketika menanam dan menuai hasil.
4. Menjaga tanaman dari pencuri
Ads
a) Berpuasa pada hari khamis
b) Pada hari jumaat berikutnya hendaklah ambil EMPAT biji batu daripada dasar sungai yang airnya berpusar pusar.
c) Baca ayat berikut kepada batu itu sebanyak TUJUH kali pada setiap bijinya.
d) Batu batu itu ditanam pada empat penjuru kebun.
dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Al Kahfi 18:19)
e) Sewaktu menanamkan batu itu, dibaca pula tujuh kali ayat kursi bagi setiap bijinya.
Ads
5. Menghalau kera dan binatang- binatang lain
Hendaklah dibacakan ayat suci ini serta dihembuskan ke arah binatang binatang berkenaan dengan niat menghalau dari kebun :
ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا
Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (At Taubah 9:41)
* Ayat ini hendaklah dibaca 7 kali menggunakan suara kuat.
6. Dan banyak lagi kaedah hikmah lain untuk mencegah kutu, serangga, binatang binatang halus dan penyakit pokok, tikus, burung dll yang tidak sempat untuk saya tuliskan semuanya disini.
Wallahua’lam
Sumber : Muhaimin Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekolah di tutup akibat jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat, kanak-kanak tentunya berasa bosan tidak dapat ke mana-mana secara bebas.
Jika sebelum ini mengikuti pembelajaran di rumah. Seterusnya cuti sekolah pula, masih tidak dapat ke mana-mana lantaran arahan kerajaan untuk total lockdown.
Begitulah pula kisah seorang kanak-kanak ini, barangkali ‘terlepas’ daripada kawalan ibu bapanya telah keluar rumah tanpa kebenaran.
Lebih mengejutkan apabila berani menunggang motorsikal walaupun dibawah umur.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat kanak-kanak ini apabila panik setelah secara tidak sengaja teranggar pintu rumah orang dikawasan yang dilaluinya.
Tular video yang berdurasi 44 saat ini telah tular setelah dimuat naik oleh Hello Kelantan di akaun Tiktok.
Kejadian yang dilihat di kawasan perkampungan ini, menyaksikan kanak-kanak ini ini tanpa rasa bersalah meminta pertolongan pemilik rumah pagar yang dilanggarnya.
“Abe tolonglah metaaa…” yang bermakn “Abang tolonglah sebentar…”
Dalam bahasa loghat pekat Kelantan dan bersahaja, cuba menarik keluar motornya yang tersangkut di celah pagar.
Namun pemilik rumah menegurnya dengan cara yang baik perbuatannya kanak-kanak itu.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar agar ibu bapa mengawasi anak-anak agar perkara yang tidak diingini berlaku.
“Abe tolong lah metaa…”
Cuba menarik keluar motosikalnya yang tersangkut di celah pagar besi.
Ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, si kecil ini bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.
Ini Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dugaan yang menimpa bayi perempuan ini bertambah pilu apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter (sm) ketika berusia tiga bulan.
Menerusi perkongsian Khairiah Kamarudin di Facebook, dia meluahkan rasa sebak memikirkan nasib menimpa anak ketiganya ini yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit tersebut.
“Luluh hati mummy. Hari ni balik dari sekolah terus mummy ke hospital macam biasa. Sampai hospital daddy cakap result biopsy (sampel dekat buah pinggang) dah keluar.
“Mummy dan daddy tau Nishka seorang fighter. Nishka kuat untuk menghadapi semua ujian Allah.
“Mummu daddy tahu Nishka tahu segala-galanya. Jangan risau sayangku… selagi termampu kita usaha sampai berjaya ya sayang. Mummy… daddy dan semua orang sayang Nishka,” katanya.
Luahan hati Kheriy yang juga seorang guru di Kelantan mengundang sebak netizen dan ramai bersimpati dengan nasib menimpa bayi comel itu.
Si kecil ini sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.
Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.
Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.
“Naluri seorang ibu, saya perasaan kepala dia macam besar. Saya cakap dekat nenek dia tapi mak saya cakap ‘eh tak kot… dia kan kecik sebab masa lahir berat hanya 2.1 kilogram (kg).
“Lepas tu bila misi (jururawat) datang rumah check baby dia tanya eh kenapa kepala baby besar. Dia pun ukur. Masa lahir kepala baby 34 cm tapi masa 20 hari tu jadi 38 cm, naik 4 cm.
“Jadi misi pun refer ke Klinik Kesihatan. Lepas tu Klinik Kesihatan pula minta kami refer ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bahru untuk rawatan susulan,” katanya.
Semasa di HRPZ, Kheriy berkata Nishka menjalani imbasan CT di bahagian otak.
“Doktor nampak macam ada sesuatu. Lepas tu baby dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebab kat sana tak ada unit neuro.
“Masa dekat HUSM buat ujian MRI, rupa-rupanya bukan hydrocephalus sepenuhnya. Kepala baby besar sebab kanser tu halang air, jadi kepala makin besar.
“Tapi sebelum detect ada kanser tu memang baby normal. Dia menangis… dia hisap susu seperti biasa, macam baby lain,” katanya.
Menurut Kheriy, anaknya itu sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran keluarkan air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga minggu. Dia incubate dan terpaksa guna oksigen sebulan.
“Pembedahan kedua pula doktor pasang shunt untuk kurangkan tekanan manakala pembedahan ketiga perlu dilakukan bagi memasang alat untuk kemoterapi (kemo pod pada dada) dan ambil sampel untuk biopsi,” katanya.
Namun semasa pembedahan ketiga untuk memasang kemo pod, Kheriy berkata ketumbuhan baharu dikesan pada buah pinggang kiri Nishka.
“Masa tu baru nampak ada sesuatu solid dekat buah pinggang belah kiri. Semalam Prof Ariffin dari Unit Onkologi HUSM beritahu benda tu pun kanser tapi jenis berlainan.
“Kanser tu jenis aktif. Jadi kalau tak ada aral melintang, doktor akan datang untuk bincang pembedahan susulan,” katanya.
Jelasnya lagi, anak ketiganya itu juga tidak lagi boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan tersebut.
“Sekarang dia langsung tak boleh nampak. Dia pun tak menangis dan kadang-kadang saya rasa dia tak ada deria. Malah dia juga minum susu melalui tiub.
“Doktor beritahu kanser dia betul-betul dekat cerebrum yang juga bahagian besar di bahagian otak. Kadang-kadang pernafasan dia pun tiba-tiba menurun. Pernah satu masa tahap oksigen dia menurun sehingga ke bacaan 50,” katanya.
Meskipun anaknya itu baharu sahaja selesai menjalani dua kitaran kemoterapi, Kheiry berkata saiz tumornya semakin membesar.
“Selepas kemoterapi kedua keadaan dia nampak merosot tetapi sekarang nampak ok sikit.Namun saiz tumor di kepalanya semakin membesar kepada 2 sentimeter kerana sel kanser itu aktif,” katanya.
Walaupun dugaan itu terlalu perit untuk ditanggung, Keiry bagaimanapun reda dengan ujian itu.
“Mula-mula tu saya macam susah nak percaya. Tak sangka berlaku pada diri sendiri sebab selalu kita tengok dalam drama TV.
“Dulu sebulan juga saya menangis tapi saya semakin kuat hari demi hari selepas menerima banyak sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
“Saya hanya mahu yang terbaik untuk baby Nishka. Jadi saya mohon orang ramai mendoakan anak saya diberi keajaiban dan kesembuhan segera,” katanya.
Sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya. Aamiin… Yarabbal Alamin.
Selalu guna lama-kelamaan kipas siling mulai perlahan walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Selain disebabkan oleh habuk yang melekat pada bilah kipas, ada masalah lain yang menyebabkan ia menjadi perlahan.
Tak perlu beli yang baru, sebaliknya kipas tersebut boleh dilajukan semula, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!